Friday, 30 November 2012
Monday, 19 November 2012
19 November 2012
Tadi dia ada call aku. Aku agak terkejut. Saja bertanya khabar. Aku sebenarnya dah tak tahu nak cakap apa dengan dia. Tergagap-gagap. Janggal. Semuanya ada. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu dia sihat disana. Itu dah melegakan aku. Dia juga ada bertanya bila aku nak kawen, aku cuma jawab in syaa Allah kalau ada jodoh.....Hanya tu yang mampu aku jawab.....Dan perbualan kami hanya setakat itu.... Aku mendengar suara dia untuk sekian lamanya.... melankolia.......
Thursday, 15 November 2012
15 November 2012...
Aku melalui
hari-hari dengan rasa hampa dihati. Bukan bermakna aku sudah berputus asa
dengan hidup cuma apa yang aku rasakan sekarang ni adalah kosong. Aku rasa tak
lengkap. Tanpa dia memang rasa lain. Entah la. Susah aku nak cakap dengan
kata-kata. Dah nak masuk 7 bulan sejak dia berkahwin namun aku masih macam ni.Walaupun masa itu pantas berlalu tapi dalam masa yang sama aku rasakan masa itu lambat berputar. Semangat aku seakan-akan hilang.
Aku masih ingat
lagi saat terakhir aku menemani dia di lapangan terbang. Pada ketika itu aku
menyatakan perasaan aku pada dia buat kali yang terakhir. Kerana aku tahu selepas
hari itu, aku tak akan berpeluang lagi. Aku sedih sebab aku tahu apabila dia
melangkah pergi itu juga bermakna dia membawa kegembiraan aku bersama dia. Dia tidak pergi bersendirian.
Pada mulanya aku
merasakan aku boleh melepaskan dia dengan mudah tapi
rupanya aku tersilap. Pada awalnya aku rasa aku kuat tapi dari hari ke hari aku
semakin lemah. Dulu, setiap masa aku ada dia. Tapi, bila dia dah tak ada, aku
mula rasa sesuatu. Rasa ada yang hilang. Dan semakin lama semakin membebankan.
Bila tiba hari dia kahwin, susah untuk aku menerimanya. Tak ada kata untuk aku
terjemahkan apa yg aku rasa.
Aku masih ingat
lagi, dia pernah bertanya samada aku akan datang pada hari perkahwinan dia dan
jawapan aku secara terus terang aku tak akan datang. Betul. Sekalipun jarak
hanya selangkah, aku tetap tak akan pergi. Dia tak berkata apa mungkin sebab
dia dah faham. Tak sanggup rasanya aku nak melihat dia kahwin depan mata aku…
Dah 7 bulan berlalu. Yang pergi
biarkan pergi.Dia bukan jodoh aku. Walaupun perasaan aku masih pada dia namun
pada masa yang sama aku memohon untuk menghapuskan rasa sayang aku pada dia.
Aku mengharapkan aku hidup dengan gembira walau tak bersama dia. Aku mahu dia pergi dari hati aku. Aku akan mencari kegembiraan aku yang selama ini hilang.Aku tak kisah biarpun ianya akan memakan masa yang panjang. Yang penting aku akan tetap terus mencari jalan kepada kegembiraan aku.
Thursday, 1 November 2012
01.11.2012
Hari ni aku agak malas kerja. Ntah napa tiba2 aku rindu sangat kat dia. Aku belek2 mesej YM kami masa kami rapat dulu. Aku senyum sorang2..Memang bila kami YM kami slalu bergurau ngan menyakat. Kadang2 bergaduh jugak. Tapi tu la yg menghepikan kami....Seronok sangat masa tu. Sedih jugak sebab ianya dah berlalu. Tak kan dapat ulang lagi...Ahh, bila perasaan aku pada dia akan hilang?.........
Subscribe to:
Comments (Atom)

