Dah lama aku tak menulis. Bukan kerana tak ada luahan cumanya aku memendam segala kerinduan. Aku tipu jika aku mengatakan yang aku tidak merindukan dia. Mana mungkin. Segala kenangan masih lagi tersemat didalam ingatan aku. Gelak tawa dia yang menjadi semangat buat aku. Rajuk dia yang menjadi iktibar buat aku. Ahhhhhh, susah untuk aku melupakan saat saat ketika aku dan dia bersama.
Aku masih ingat lagi detik detik terakhir aku bersama dia. Airport Bayan Lepas menjadi saksi hari hari terakhir kami. Renungan terakhir aku padanya. Disaat dia melangkah pergi. Aku merenung tajam padanya. Dia juga.. Aku masih mapu mengukir senyuman pahit supaya dia tahu aku merelakan pemergiannya. Jauh dilubuk hati aku, terasa hati seolah olah ditusuk dengan kejam. Fikiran aku kosong. Dunia aku juga. Entah kenapa aku menjadi kaku. Berjalan melangkah dengan rasa kekosongan yang amat sangat. Rasa hampa dan kecewa. Bercampur baur. Dikala hati aku remuk dan sengsara masih lagi aku mengharapkan kebahagian dan kegembiraan buat dia. Aku?? Hanya Allah yang tahu ketika itu.
Dia tak kan tahu dan tak kan pernah sedar, bila dia melangkah pergi, dia tidak keseorangan kerana dia pergi membawa kegembiraan aku bersamanya.Hati aku bagai disiat siat. Meronta ronta bagai luka yang amat dalam dan tidak dapat disembuhkan. Setiap saat yang berlalu aku terhimpit dan cuba memujuk diri. Mencuba untuk melupakan dia seolah olah aku sengaja menoreh hati dan jiwa aku dengan pisau yang tajam. Begitu teruk sekali aku cedera, Aku cuba bangkit tapi aku gagal. Aku menderita. Begitu kuatnya dia pada aku. Setiap hari yang aku lalui seolah olah berjalan diatas duri. Aku tidur dalam keadaan hati aku di toreh tanpa belas kasihan. Aku tidak mengadu pada sesiapa. Kegembiraan aku telah tiada. Tawar..Hampa..Kosong..Pudar..pedih..Sengsara. Sakit..Aku yang menanggung. Dia? Pernah aku cuba untuk membenci dia tapi semakin aku cuba semakin aku rindukan dia.
Hari ini, 21.03.2019. Aku masih lagi mengenang dia. Aku redha. Kami ada kehidupan masing masing dan aku gembira kerana aku tahu dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Aku juga. Aku tetap merindukan dia sehingga sekarang sebab dia adalah insan yang sangat aku sayang. Tapi itu hanya kenangan dulu. Masa yang tak akan kembali. Yang pergi biar pergi. Aku kena teruskan hidup,. Bkn setakat aku, orang lain juga.
Aku teruskan kehidupan ini dengan bersyukur pada Allah kerana telah banyak doa doa aku yang telah dimakbulkan. Didalam ketika aku merindukan dia, aku juga ingin memperbaiki diri. Ingin menjadi yang terbaik buat agama dan keluarga. Aku akan usaha walaupun kadang kala aku gagal. Aku bukan sempurna...Aku banyak berdosa. Biar aku pendam kerinduan ini sampai bila bila..