Monday, 24 June 2013

semalam yang aku tinggalkan...


Dia tidak lagi beraja di hati aku.
Dia tidak lagi menjadi kehujanan rindu.

Dia bukan lagi peneman yang aku dambakan.
Dia bukan lagi seseorang yang aku nantikan..

Mungkin semalam itu telah aku tinggalkan. Cerita aku dan dia yang akan tetap aku kenang. Betapa penuh dengan kegembiraan dan keceriaan yang orang lain tak akan faham. Benar, kami melalui detik-detik yang kami tahu penghujung cerita kami akan berakhir secara mutlak. Kami tak akan kemana pada akhirnya.

Aku juga hanyut. Aku tahu akan kecewa di penghujung namun dek kerana kebahagiaan sementara aku telah lupa semua tu.Aku menjadi buta dengan keindahan yang tidak kekal. Sesungguhnya tak ada apa yang kekal. Namun sedikitpun aku tak menyesal. Dengan dia aku melalui sesuatu yang mengujakan hari demi hari. Tiada sesiapa yang memahami aku sepertimana dia. Tak ada siapa yang melayan aku dengan begitu baik seperti dia. Sebab itu aku tewas dalam berperang dengan perasaan. Aku sanggup lakukan apa saja untuk dia. Itulah buktinya perasaan aku yang sepenuh hati.

Dia telah pergi dari aku. Aku sedar dari permulaan lagi. Dimana kami akan berakhir dan bagaimana ianya menjadi perpisahan bagi kami. Aku lepaskan dia dengan rela dalam terpaksa. Kerana aku tahu, kami tidak ditakdirkanuntuk  hidup bersama. Ada seseorang yang lebih baik untuk menjaga dia. Oleh sebab itu, aku redha. Aku mendoakan kebahagiaan dia selalu..

Bukan mudah untuk aku melupakan dia.Aku  mengaku. Tiap2 hari yang aku lalui sepertinya aku mengharungi duri-duri tajam yang menusuk hati. Dia sentiasa ada disisi aku walaupun disisi dia adanya orang lain yang mana lebih berhak terhadapnya. Aku cuba merangkak dengan tabah sekalipun aku parah. Hari-hari yang berlalu tak ada yang lain aku pinta sangat melainkan aku dapat meneruskan hidup tanpa dia...Melenyapkan dia dari hati aku yang cedera...

Akhirnya, saat-saat yang aku doa telah pun hadir tanpa aku sangka. Kehadiran seseorang telah menamatkan peperangan dingin dalam hati aku. Dia hadir ketika aku terhuyung hayang mencari arah. Tanpa aku ada tujuan... Aku bersyukur, aku ditemukan dengan orang yang memang aku inginkan. Kini aku sudah mempunyai matlamat hidup. Aku sudah punyai arah tujuan...Aku berada dilandasan lurus dimana seseorang ada bersama aku ketika aku susah dan senang...Aku bersyukur kerana doa akau selama ini telah dimakbulkan. Walaupun dia bukan yang pertama, wlupun sebelum ini aku pernah memberikan keseluruhan hati aku pada orang lain, namun dengan izinNya, aku mahu dia menjadi yang terakhir dalam hidup aku. Bersama dengan dia di tempat kekal abadi satu masa nanti. Aku akan memberikan yang termampu dan yang terbaik untuk dia...Aku juga akan memastikan aku akan memberikan dia lebih dari hati aku yang pernah aku buat pada orang lain sedangkan yang berhak adalah seseorang yang halal dunia akhirat....

Aku tinggalkan semalam yang indah......

Monday, 29 April 2013

29 April 2013



Kini, kenangan aku dan dia semakin berlalu. Tapi ia tidak bermakna aku melupakan dia. Aku masih terkenangkan dia tapi hanya sebagai memori indah. Merindui pada apa yang telah kami lalui berdua. Gelak tawa kami yang selalu aku ingati. Terlalu banyak untuk aku kenang dan kini aku merasakan tiba masanya untuk aku merelakan dia pergi dari hati aku. Aku harus melepaskan semua itu kerana ianya hanyalah satu masa silam. Aku kini telah bersedia untuk melalui detik-detik baru dlm hidup aku. Aku senang hati kerana dia gembira dengan hidup dia sekarang. Berstatus sebagai isteri dan juga ibu. Tak perlu untuk aku merisaukan dia. Dia punyai kehidupan sendiri yang aku rasakan hari-hari yang penuh ceria.  Memang benar, dia mendapat seseorang yang dia perlukan dalam hidup. Seseorang yang melengkapi kehidupannya. Aku gembira dengan itu. Sekarang tiba masanya aku mengatur hidup aku sendiri. Aku sedari, setiap apa yg berlaku itu ada hikmah yang tersendiri. Allah telah mengaturkan kehidupan sesesorang itu bersesuaian dengan kehidupannya. Aku bersyukur untuk itu. Apa yang aku doakan telah dimakbulkan. InsyaAllah…..Apa yang penting kini pada hari-hari yang mendatang aku dan dia walaupun dengan kehidupan masing-masing kami sentiasa didalam rahmatNya dan berbahagia dengan keluarga masing-masing.Walaupun kami tidak bersua untuk tempoh yang panjang, walaupun kami sudah tidak berhubung, aku dan dia akan tetap berkawan sampai bila-bila…

Wednesday, 27 March 2013

hari pertama....26 mac 2013...

24hb Mac 2013 genaplah setahun hari-hari terakhir aku dan dia...Aku masih ingat lagi detik itu. Aku menghantarnya ke airport. Pada pagi itu, kami g makan di nasi kandar terlebih dahulu dan selepas itu kami pergi ke tesco jalan-jalan. memandangkan terlalu awal kami pergi pula tempat wajib kami iaitu di starait quay. Suasana time tu memang agak sentimental. Aku sedih namun aku tidak menunjukkan kepada dia...Kami masih lagi bergelak ketawa ketika itu cumanya kadang-kadang kami bersedih. Hari ini adalah hari terakhir kami untuk berjumpa dan selepas itu kami akan membuat haluan masing2. 

Di airport, tak ada lagi gelak tawa. Hanya kekalutan dan kesedihan yang menyelubungi kami. Aku mengiringi dia ke balai berlepas. Saat itu, aku tak mempunyai perasaan. Apa yang aku mampu lakukan hanyalah melihat dia buat kali terakhir. Aku memandang dia...Dia memandang aku...Susah untuk aku terangkan dengan kata-kata. Dia akan pergi dari aku...Aku melihat dia pergi sehingga dia hilang dari pandangan....Sungguh, aku kelu seribu bahasa......

Setahun berlalu, dalam kepayahan untuk melupakan dia setelah 365 hari aku cuba melupakan dia, kini hari pertama aku hadir untuk memadam dia dari ingatan..InsyaAllah...

Sunday, 10 March 2013

10 Mac 2013

Sehingga ke hari ini aku tidak mendengar berita dari dia. Yang aku tahu dia dalam keadaan yang baik disana.  .Cuma yang membuat aku tertanya tanya bagaimana suasana kehidupan dia dan sekeluarga di kampung halaman. Ya la, sekarang ni ditempat dia berlakunya pencerobohan dari puak sulu. Tempat dia agak berhampiran dengan Lahad Datu. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah mendoakan mereka semuanya dalam keadaan yang baik2 saja termasuk dengan masyarakat disana. Harapnya tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Aku disini masih lagi mengingatinya. Macam biasa, sering teringatkan kisah kami masa dulu. Cumanya sekarang ni aku merasakan aku sudah boleh menerima kehadiran seseorang. Itupun jika aku berjumpa. Buat masa ni belum lagi tapi aku rasa aku telah bersedia. Bila sampai detik tu, aku akan terus masukkan gear 1 dan terus ke gear 5 tanpa berhenti lagi..Hehehe...Saatnya telah sampai dimana aku harus simpan cerita-cerita aku dan dia. 

Dan sekarang, aku hanya mahukan aku menjadi diri aku yang dulu.. Bebas tanpa terbelenggu oleh perasaan yang membebankan. Buang semuanya jauh-jauh dan merancang masa depan yang lebih baik. Bila umur-umur begini keseronokan hidup bukanlah satu tujuan utama. Memang sekarang ni aku melalui hari-hari yang bosan seolah-olah tak ada tempat yang nak dituju. Aku perlukan sesuatu untuk menjadikan aku lebih bersemangat menjalani kehidupan seharian. Ramai kawan-kawan aku telah melaluinya. Mengharungi hari-hari yang tidak dirasai cepatnya masa berlalu kerana kesibukan hidup dengan kerja dan keluarga. Kegembiraan bersama-sama keluarga akan membuatkan hidup itu lebih bermakna dan walaupun aku tidak merasa seperti itu tapi aku faham. Satu hari nanti aku juga ingin melalui apa yang mereka lalui...InsyaAllah...

Friday, 1 February 2013

01 Februari 2013


Sekarang ni aku sedang mengikuti kursus intensif di usm lebih kurang 3 minggu. Sekejap sangat rasa masa berlalu. Dah setahun rupanya. Kalau di tahun yang lepas, dia selalu memberi kata-kata semangat pada aku. Kalau ada masa terluang pula aku akan berjumpa dengan dia.

Dan sekarang dah pun masuk bulan februari. Bermakna kalau pada tahun lepas, waktu-waktu sebegini adalah bermulanya saat-saat perpisahan diantara aku dan dia. Detik-detik begini lah bahangnya semakin terasa antara kami. Kami menyedari ia adalah penghujung cerita yang telah banyak kami ciptakan bersama.

04hb Feb ni adalah hari lahir dia. Aku tak dapat untuk mengucapkan selamat kepada dia. Waktu ini due untuk dia mendapat baby. Bukan bermakna aku lupa. Walau macamanapun, aku tetap mengucap dan mendoakan keselamatan dia sentiasa. Tahun lepas pada birthday dia kami ada gaduh2 sikit. Tapi 2-3 ari kemudian kami dah kembali baik. Masa tu baru aku sedar, aku dalam keadaan kondisi yang sangat tak baik kalau kami berselisih faham. Tak keruan.

Aku dah tak tahu apa yang perlu aku lakukan untuk melupakan dia selain dari membiarkan waktu itu membuat aku lupa padanya.  Apa yang penting sekarang ni aku dah tak mahu berhubung dengan dia. Biarlah kami menjadi kawan hanya secara tersirat. Itu yang seelok-eloknya.

Td dia mesej aku..dia bgtau dia da dpt baby boy...Syukur Alhamdulilah semuanya selamat..Aku tumpang gembira....

Thursday, 24 January 2013

untuk dikenang....


Aku masih lagi merindukan dia. Namun kerinduan itu tidak lebih dari  terjemahan perasaan aku terhadap dia sepertimana yang selama ini aku rasa. Mungkin aku sudah melupakan dia sedikit demi sedikit.Dan aku masih lagi berharap aku dapat menghakiskan dia dari hati aku. Walaupun perasaan aku masih belum berubah sepenuhnya, aku akui, dia semakin  kurang di ingatan.

Masa akan terus berputar. Itulah satu-satunya penawar untuk aku. Aku hanya perlu menunggu dan terus menunggu sehingga masa itu sampai tanpa aku sedari. Ketika itu, aku telahpun menerima sepenuhnya dia tidak lagi didalam ruang hati.

Memang, untuk melupakan dia sesuatu yang sangat susah untuk aku. Aku tak punya sebab untuk melupakan dia kerana aku mempunyai terlalu banyak sebab untuk mengingati dia. Aku menikmati setiap saat yang menggembirakan kami walaupun ada tikanya berlaku salah faham antara kami. Dan yang lebih lucunya, perselisihan faham disebabkan orang lain dan bukan disebabkan kami.

Banyak yang aku rindui, ketika dia ketawa, ketika dia mencebikkan muka, ketika dia membuat muka comey dan yang paling mencabarnya dah tentu ketika dia merajuk. Nak bercakap dengan dia pun aku takut.

Kami selalu jugak pergi kerja bersama. Aku akan mengambil dia pagi2 dan dia akan didenda kalau dia lewat walaupun seminit. Begitu juga aku. Tapi alasan aku lebih kukuh sebab jem. Bukan senang nak ambil dia, agak jauh tambahan pulak jalan sentiasa jem. Tapi tu semua tak menghalang aku dari berjumpa dia. Yang tak kan aku lupakan bauan dia. Biasala pagi2, keharuman tu akan menusuk hidung. Kalau dia ada baju baru pulak, dah tentu dia akan pakai untuk menjadikan aku orang 1st yang akan tengok. Special untuk aku.

Kalau pegi shoping pulak, aku yang mengekori dia dari belakang. Laju ja dia kalau bab shoping nih. Ada ketikanya sampai aku penat berjalan tapi yang herannya dia tetap steady. Lagi dia marah lagi la dia window shoping. Aku yang buat salah ni kena la mengekori dia. Kang merajuk lagi nanti tak ke naya. Kadang2 aku tersenyum sebab dia suka menyorok dari aku bila aku tengok arah lain. Aku masih ingat lagi ada satu waktu tu dia nak beli baju baby untuk anak saudara dia. Dia dah amik baju tu. Resit pun dah ditulis. Masa sedang berjalan tu dia berubah fikiran tak nak beli pulak. Dia tanya aku, last2 kami tinggal baju tu di rak macam tu ja.. Jahatnya kami…Ada jugak bila time aku nak beli baju, jaku akan try dalam fitting room. Ada satu time tu dia goyang2kan bilik tu sampai aku jadi tak tentu arah nak cuba. Jadi bila turn dia pulak, aku jugak akan kacau. Balas dendam. Heheh..

Kadang-kadang bila dalam kereta, dia akan terlelap. Jadi masa tu aku ambil untuk melihat dia lama-lama. Comel ja dia. Bila dia perasan, cepat-cepat aku berpaling. Aku suka keadaan macam tu bilamana aku melihat dia ketika dia tidak sedari. Bukan apa, aku sedar peluang tu tak akan berulang lagi.

Yang boleh membuatkan kami hepi kerana sebenarnya dia tu kepala gila macam aku jugak. Sebab tu kami cepat serasi. Kami tak ada nak control2 ayu. Bedal ja cam na pun. Jadi dia paham sangat perangai aku sepertimana aku paham perangai dia. Memang orang seperti tu yang aku tunggu-tunggu. Yang boleh memahami aku seadanya.

Dan sekarang, dia hepi kerana tak lama lagi dia akan dapat baby. Aku juga tumpang hepi walaupun dari jauh. Seperti trademark kami dulu, u hepi I hepi. Aku akan sentiasa mendoakan kebaikan kepada dia dari jauh.

Wednesday, 2 January 2013

03 Januari 2013

2012 telahpun pergi. Tapi tidak cerita aku dan dia..Aku masih lagi mengenang cerita yang telah berlalu pergi. Nampaknya susah untuk aku tinggalkan apa yang telah kami lalui. Tapi apa pun, aku hepi sebab dia hepi. Dari status di wall fb dia pun aku tahu dia melalui hidup yg hepi. Dia tak sabar untuk melahirkan baby. Mesti comel. Apa pun tahniah dari aku untuk dia. Aku tahu dia akan menjadi ibu yang baik walaupun dia tegas..Aku kenal dia..Hehe...

Dia ada mesej aku ari ni. mengucapkan selamat tahun baru dan moga 2013 ni lebih baik dan lebih berkat dari tahun sebelumnya.  Aku tak tahu mungkin dia ada maksud yang tersirat dalam mesej tu. Aku pun balas selamat tahun baru dan tahniah sbb bakal dpt baby..mesej kami hanya disitu....Kepada dia, aku mengucapkan selamat tahun baru. Jadilah anak yang baik, isteri yang taat, menantu yang baik, ibu yang baik dan baik semuanya...Itulah harapan aku...Dan seperti selalu, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia....