Monday, 29 April 2013

29 April 2013



Kini, kenangan aku dan dia semakin berlalu. Tapi ia tidak bermakna aku melupakan dia. Aku masih terkenangkan dia tapi hanya sebagai memori indah. Merindui pada apa yang telah kami lalui berdua. Gelak tawa kami yang selalu aku ingati. Terlalu banyak untuk aku kenang dan kini aku merasakan tiba masanya untuk aku merelakan dia pergi dari hati aku. Aku harus melepaskan semua itu kerana ianya hanyalah satu masa silam. Aku kini telah bersedia untuk melalui detik-detik baru dlm hidup aku. Aku senang hati kerana dia gembira dengan hidup dia sekarang. Berstatus sebagai isteri dan juga ibu. Tak perlu untuk aku merisaukan dia. Dia punyai kehidupan sendiri yang aku rasakan hari-hari yang penuh ceria.  Memang benar, dia mendapat seseorang yang dia perlukan dalam hidup. Seseorang yang melengkapi kehidupannya. Aku gembira dengan itu. Sekarang tiba masanya aku mengatur hidup aku sendiri. Aku sedari, setiap apa yg berlaku itu ada hikmah yang tersendiri. Allah telah mengaturkan kehidupan sesesorang itu bersesuaian dengan kehidupannya. Aku bersyukur untuk itu. Apa yang aku doakan telah dimakbulkan. InsyaAllah…..Apa yang penting kini pada hari-hari yang mendatang aku dan dia walaupun dengan kehidupan masing-masing kami sentiasa didalam rahmatNya dan berbahagia dengan keluarga masing-masing.Walaupun kami tidak bersua untuk tempoh yang panjang, walaupun kami sudah tidak berhubung, aku dan dia akan tetap berkawan sampai bila-bila…

No comments:

Post a Comment