Aku masih lagi
merindukan dia. Namun kerinduan itu tidak lebih dari terjemahan perasaan aku terhadap dia
sepertimana yang selama ini aku rasa. Mungkin aku sudah melupakan dia sedikit
demi sedikit.Dan aku masih lagi berharap aku dapat menghakiskan dia dari hati
aku. Walaupun perasaan aku masih belum berubah sepenuhnya, aku akui, dia
semakin kurang di ingatan.
Masa akan terus
berputar. Itulah satu-satunya penawar untuk aku. Aku hanya perlu menunggu dan
terus menunggu sehingga masa itu sampai tanpa aku sedari. Ketika itu, aku
telahpun menerima sepenuhnya dia tidak lagi didalam ruang hati.
Memang, untuk
melupakan dia sesuatu yang sangat susah untuk aku. Aku tak punya sebab untuk
melupakan dia kerana aku mempunyai terlalu banyak sebab untuk mengingati dia.
Aku menikmati setiap saat yang menggembirakan kami walaupun ada tikanya berlaku
salah faham antara kami. Dan yang lebih lucunya, perselisihan faham disebabkan
orang lain dan bukan disebabkan kami.
Banyak yang aku
rindui, ketika dia ketawa, ketika dia mencebikkan muka, ketika dia membuat muka
comey dan yang paling mencabarnya dah tentu ketika dia merajuk. Nak bercakap
dengan dia pun aku takut.
Kami selalu
jugak pergi kerja bersama. Aku akan mengambil dia pagi2 dan dia akan didenda
kalau dia lewat walaupun seminit. Begitu juga aku. Tapi alasan aku lebih kukuh
sebab jem. Bukan senang nak ambil dia, agak jauh tambahan pulak jalan sentiasa
jem. Tapi tu semua tak menghalang aku dari berjumpa dia. Yang tak kan aku
lupakan bauan dia. Biasala pagi2, keharuman tu akan menusuk hidung. Kalau dia
ada baju baru pulak, dah tentu dia akan pakai untuk menjadikan aku orang 1st
yang akan tengok. Special untuk aku.
Kalau pegi
shoping pulak, aku yang mengekori dia dari belakang. Laju ja dia kalau bab
shoping nih. Ada ketikanya sampai aku penat berjalan tapi yang herannya dia
tetap steady. Lagi dia marah lagi la dia window shoping. Aku yang buat salah ni
kena la mengekori dia. Kang merajuk lagi nanti tak ke naya. Kadang2 aku
tersenyum sebab dia suka menyorok dari aku bila aku tengok arah lain. Aku masih
ingat lagi ada satu waktu tu dia nak beli baju baby untuk anak saudara dia. Dia
dah amik baju tu. Resit pun dah ditulis. Masa sedang berjalan tu dia berubah
fikiran tak nak beli pulak. Dia tanya aku, last2 kami tinggal baju tu di rak
macam tu ja.. Jahatnya kami…Ada jugak bila time aku nak beli baju, jaku akan
try dalam fitting room. Ada satu time tu dia goyang2kan bilik tu sampai aku
jadi tak tentu arah nak cuba. Jadi bila turn dia pulak, aku jugak akan kacau.
Balas dendam. Heheh..
Kadang-kadang
bila dalam kereta, dia akan terlelap. Jadi masa tu aku ambil untuk melihat dia
lama-lama. Comel ja dia. Bila dia perasan, cepat-cepat aku berpaling. Aku suka
keadaan macam tu bilamana aku melihat dia ketika dia tidak sedari. Bukan apa,
aku sedar peluang tu tak akan berulang lagi.
Yang boleh
membuatkan kami hepi kerana sebenarnya dia tu kepala gila macam aku jugak.
Sebab tu kami cepat serasi. Kami tak ada nak control2 ayu. Bedal ja cam na pun.
Jadi dia paham sangat perangai aku sepertimana aku paham perangai dia. Memang
orang seperti tu yang aku tunggu-tunggu. Yang boleh memahami aku seadanya.
Dan sekarang,
dia hepi kerana tak lama lagi dia akan dapat baby. Aku juga tumpang hepi
walaupun dari jauh. Seperti trademark kami dulu, u hepi I hepi. Aku akan
sentiasa mendoakan kebaikan kepada dia dari jauh.