Friday, 27 April 2012


biar berlari ke hujung dunia, biar terbang ke 7 langit, biar menyelam ke dasar lautan, kalau dah jodoh pasti bersatu juga.









Saturday, 14 April 2012

i dont love you....

no words..........

Aku tipu kalau aku kata aku tak rindukan dia. Aku tipu kalau aku kata aku tak mahu jumpa dia. Aku tipu kalau aku kata aku tak menunggu panggilan dari dia.Aku tipu kalau aku kata aku tak da perasaan cemburu dia dah kahwin. Aku tipu kalau aku kata aku tak gembira dapat jumpa dia.

Aku hipokrit pada semua itu. Aku berpura-pura. Aku melawan apa yang aku rasa..Aku masih belum mendapat kekuatan untuk menanggung perasaan itu. Dah hampir dua minggu dan sehingga sekarang aku masih teringatkan dia. Waktu aku merasa berjalan begitu lambat sekali. Aku buntu...Benarlah kata orang, kita tak kan tahu berharganya seseorang sehinggalah kita kehilangannya..

Aku cuba untuk hidup gembira buat masa ini. Aku tak mahu terikat dengan ingatan terhadap dia. Untuk melupakan setiap detik dengan dia bukannya senang. Aku memerlukan masa. Ianya bukan boleh dengan sekelip mata, bukan boleh dengan sehari dua..Aku tak tahu berapa lama lagi aku harus melalui semua ini. Aku memerlukan seseorang. Seseorang yang dapat membuatkan aku melupakan dia sepertimana kehadiran dia yang membuatkan aku lupa pada peristiwa lalu.

Benar, aku amat memerlukan seseorang ketika ini. Seseorang yang dapat menyokong aku ketika emosi aku masih belum stabil. Aku tak suka berperasaan begini. Betul kata orang, luka dihati lebih memeritkan..

Tapi aku mesti kuat.. Aku mesti menjauhkan diri dari dia. Biarlah dia nak kata aku kejam sekalipun, aku tak peduli. Memang wajar aku berbuat begitu. Ini bukan benda main2...Ini berkaitan rumah tangga orang.. Sekalipun kami hanya kawan, lebih baik kami membawa haluan masing-masing. Itu adalah yang terbaik...Cerita aku dan dia telah pun berakhir..

Seperti apa yang aku katakan, aku hepi dia dah kahwin....


Thursday, 12 April 2012

12 April 2012 - Khamis

Hari ni kerja mcm biasa. Tapi hari pertama bagi dia...Pagi tu dia ada call aku nak bagi kuih. Mcm biasa kami jumpa di depan opis dia.Aku hanya mampu tersenyum dan ucapkan terima kasih...


Petang tu masa balik kerja dia ada call. Dia minta tolong tengok kan kereta dia yang liking. Aku bukan pandai sangat bab2 kereta ni. Aku ajak kawan aku teman tengok kan kereta dia..


Bila dh sampai rumah tu dia mesej ucapkan terima kasih tapi aku tak reply pun. Bagi aku tu perkara kecil. Tak perlu nak terima kasih, Just tengok-tengok kan ja..Lama kemudian dia mesej aku lg...Dia minta maaf sebab selalu susahkan aku. Lepas ni dia tak kan ganggu aku dah. Dia kata dia pentingkan diri.Dia suruh aku jaga diri dan lastnya assalammualaikum.....Aku faham maksudnya tu. Pasni dia tak nak contact aku dah..


Bila aku dpt mesej mcm tu, aku rasa mcm ada sesuatu yang tak menggembirakan. Perasaan aku bercampur baur. Ada baiknya dan ada juga tidak. Memang aku nak klu boleh kami tak berhubung dah. Tapi aku tak tahu kenapa perasaan sedih tu tetap ada..Aku pun tak faham..Aku asyik memikirkannya...Tidak terniat untuk aku memutuskan persahabatan aku dan dia. Tapi tak apa, dah keputusan dia mcm tu. Aku terima. Aku pun inginkan seperti tu jgk. Ini adalah jalan yang terbaik untuk kami berdua. Aku gembira dan aku jugak mengharapkan dia gembira seadanya...Apa pun, aku ucapkan terima kasih pada dia diatas kehadiran dia dlm hidup aku...

11 April 2012

Hari ni aku akan pergi ambil dia. Oleh sebab dia sampai petang, pagi tu aku pergi opis. Buat keja skit.


Petang tu dlam pkl 6 aku pergi ambil dia. Ni lah 1st time aku jumpa dia lepas dia berkahwin. Dari jauh aku nampak dia. Berseri. Maklumlah, pengantin baru....


Bila jumpa dia aku jadi tak reti nak bersembang. Blur. Tak tahu la napa....Memang cara perbualan kami jauh beza dari sebelum ini. Tak ada gurauan pun dari aku..Aku tak pandai nak berpura-pura yang aku boleh melayan dia seperti dulu..


Dia ajak aku pergi makan di burger king. Aku pun ikut ja. Tapi oleh sebab petang tu penang dlm keadaan panic sebab ada gempa bumi kt acheh, kami pun batalkan. Kami just makan kat kedai depan rumah dia. Aku suka sebab sebolehnya aku nak cepat balik..


Kali ni bila dia bercakap aku tak tengok pun muka dia. Apatah lg mata dia. Aku tak sanggup. Ntah la..Aku cuba tapi tak boleh. Biarlah dia nak kata apa pun. Mungkin dia faham apa yg aku rasa. Buat masa ni biarlah kami begini dulu. Satu hari nanti semuanya akan kembali normal...

Wednesday, 11 April 2012

cintamu mekar dihati & skesta sebuah cinta

Lagu ni bagi aku memberi makna. Selalu aku nyanyikan lagu ni sambil main gitar untuk dia. Lagu ini menyampaikan perasaan aku pada dia...Apa yang aku rasa...



Lagu ni pun selalu aku nyanyikan untuk dia. Aku masih ingat lagi selepas aku baik dari demam campak, time tu aku tengah krisis dengan dia. Hubungan kami agak tak baik angkara orang lain. Memang stress..Bila aku nyanyikan lagu ni dia menangis. Aku terharu jugak. Lepas tu hubungan kami kembali baik....Sehingga skrg...Namun, semua tu hanya saat indah yang telah berlalu...



Tuesday, 10 April 2012

10 April 2012 - Selasa

Tadi dia ada call aku. Dia meminta pertolongan untuk aku mengambil dia di stesen bas esok..Aku just setuju. Lagipun beg dan kunci kefreta dia ada pada aku. Nak tak nak aku kena pulangkan jugak nanti. Dari cara percakapan dia aku tahu dia nak bercakap-cakap dengan aku tapi jujurnya aku tak tahu nak cakap apa. Aku jadi blur. Dia tanya sepatah aku jawab sepatah. Sampai dia pun jadi blur. Aku sebenarnya nak cuba elakkan diri dari dia. Status dia dah lain. Tu yang aku tak nak...


Mungkin dia nak meredakan hubungan aku dan dia. Dia tak nak kami jadi orang lain. Dia nak kami menjadi kawan seperti mana orang lain..Mungkin bagi dia tu perkara mudah tapi tidak aku. Aku cuma perlukan sedikit masa untuk aku boleh berbuat begitu. Aku dah pernah cakapkan pada dia dulu...Bila aku dah pulih, baru aku dan dia akan berkawan macam biasa. Bukan senang untuk melupakan dia. 


Hari tu aku pernah janji nak belanja dia burger king tapi masa tak mengizinkan. Aku dah bagitahu dan dia pun faham. Tapi dia ada cakap pasal tu td. Aku faham kiasan dia. Esok dia nak ajak makan kat situ la tu. Tapi aku buat derk ja masa dia cakap. Tak tahu la esok macam mana.Aku tak nak sebenarnya. Aku rasa bersalah. Lain la kalau dia bujang lg. Tidur kt burger king pun aku sanggup teman dia..


Hari selasa lepas dia ada call aku. Wish birthday. At least dia ingat. Ok r tu. Aku tak kisah sngt bab tu. Tapi hati aku rasa seolah-olah dia macam nak bg hadiah. Tu yang aku tak nak..Aku tak da cara untuk mengelak. Apa pun, tunggu dan lihat. Dan harap selepas ini aku tidak lagi berpeluang untuk berjumpa dia.


Dan berita buruknya, kak aku call td. kak aku belikan hadiah kahwin untuk dia..Ada saja alasan untuk aku jumpa dia nampaknya...Huhu...Tak like...Mmmm..Tapi aku rindukan saat2 dulu dimana aku selalu saja cari apa2 alasan untuk berjumpa dia di opis..Memang seronok time tu..Huhu....


Aku tak nafikan aku rindukan dia. Betul. Selalu aku teringat. Tengok wayang, shoping, pegi makan, tgk kapal terbang, buat asaiment dan banyak lagi..Aku rindukan semua tu..Rindu nak tengok wayang dengan dia. Dulu aku bukak kaki wayang tapi sejak kenal dia, sebulan mau 2 - 3 kali jugak tgk wayang..Dan bila dia dah tak da, keinginan nak tgk wayang tu tetap ada. Satu lagi dulu bila kami keluar di antara yang sibuk adalah kereta aku..Hehe..dan sekarang, dah 2 minggu tak start pun kereta..Mmm..sian kereta aku. Mesti dia sunyi..Sesunyi aku jugak..


Apa pun, harapnya esok semuanya berjalan dengan lancar. Aku akan cuba mengawal hati....Antara aku dan dia hanya lah disambungkan dengan tali persahabatan.....Dan ianya akan kekal begitu sampai bila2....

Sunday, 8 April 2012

08 April 2012

Dah seminggu dia berkahwin. Pantas masa itu berlalu. Aku masih lagi begini. Memerlukan waktu untuk aku kembali normal.Jujurnya, aku tak melupakan dia.Tapi aku yakin dalam sedikit masa lagi aku akan kembali bersemangat. Sesungguhnya masa adalah penawar bagi hati..


Walaupun aku melalui hari2 yang sunyi, aku tetap kuatkan diri. Aku boleh melaluinya. Bila aku memikirkan kegembiraan dia, aku juga turut gembira. Aku yakin lelaki itu adalah yang terbaik untuk dia. Dia pernah katakan pada aku, dia juga mengharapkan aku bertemu seseorang yang lebih baik dari dia. Ntahla..Yang patah memang akan tumbuh kembali tapi yang tumbuh itu tak kan sama dengan yang patah...


Apa pun, cerita tentang aku dan dia sudahpun berakhir. rasanya ending kami adalah sesuatu yang menggembirakan. 





Thursday, 5 April 2012

Dalam seminggu dua ni, aku dapat rasakan sesuatu…Sesuatu yang susah untuk aku terangkan..Ntah.Nak kata aku tak hepi, aku hepi..Nak kata aku hepi, aku tak hepi…Tapi aku akui, aku sebenarnya sunyi tanpa dia..Rasa lain…Mengharungi hari-hari tanpa dia seolah-olah masa itu lambat berlalu…

Dalam setahun ni, kebanyakan hari dan masa aku dihabiskan dengan dia..Selalu berhubung dan bercerita..Tak kira sama ada remeh ataupun tak..Semuanya kami kongsi. Bergelak ketawa..Kadang2 merajuk dan macam-macam lagi. Sebab tu bila dia tiada, aku rasa sedikit janggal..

Sebelum aku mengenali dia, aku melalui fasa frust yang amat. Aku kecewa dengan seseorang. Jujur aku katakan, itu adalah waktu-waktu yang sangat sukar bagi aku. Setiap saat yang berlalu terasa amat perlahan. Malam pula terlalu panjang. Bersendirian dalam bilik, tidak bersosial dengan kawan. Berfikir macam-macam..Tak dapat aku nak lelapkan mata dengan mudah..Hati aku remuk ketika itu….

Dan bila aku kenal dia, sedikit demi sedikit perasaan frust itu hilang dan semakin lama aku aku telah melupakannya..Dia membuatkan hidup aku kembali bersemangat. Aku gembira. Sekurang-kurangnya aku sudah boleh bergelak ketawa dengan ikhlas…

Dan kali ini, walaupun dia sudah tidak lagi bersama aku, aku tidaklah terlalu frust seperti dulu. Bila masa terluang aku akan menyibukkan diri aku dengan sesuatu. Layan CD ataupun main futsal..Aku tak mahu memikirkan sangat..Mungkin peristiwa lalu membuatkan aku menjadi kuat. Tambahan lagi aku sejak dari awal sudah pun tanam satu kenyataan bahawanya aku dan dia akan ada pengakhiran...Berbeza dengan bulan 7 dahulu dimana aku dan dia juga dalam keadaan seperti ini..Waktu itu memang aku agak tertekan.....Teruk juga aku rasa time tu...

Aku gembira dia berkahwin. Tipu kalau aku cakap aku tak sedih. Tapi aku hepi..Kami berakhir dengan baik…Aku dan dia akan tetap terus berkawan sampai bila2 Cuma aku sebolehnya dah tak mahu berhubung dengan dia kecuali kalau ada hal…