Tadi dia ada call aku. Dia meminta pertolongan untuk aku mengambil dia di stesen bas esok..Aku just setuju. Lagipun beg dan kunci kefreta dia ada pada aku. Nak tak nak aku kena pulangkan jugak nanti. Dari cara percakapan dia aku tahu dia nak bercakap-cakap dengan aku tapi jujurnya aku tak tahu nak cakap apa. Aku jadi blur. Dia tanya sepatah aku jawab sepatah. Sampai dia pun jadi blur. Aku sebenarnya nak cuba elakkan diri dari dia. Status dia dah lain. Tu yang aku tak nak...
Mungkin dia nak meredakan hubungan aku dan dia. Dia tak nak kami jadi orang lain. Dia nak kami menjadi kawan seperti mana orang lain..Mungkin bagi dia tu perkara mudah tapi tidak aku. Aku cuma perlukan sedikit masa untuk aku boleh berbuat begitu. Aku dah pernah cakapkan pada dia dulu...Bila aku dah pulih, baru aku dan dia akan berkawan macam biasa. Bukan senang untuk melupakan dia.
Hari tu aku pernah janji nak belanja dia burger king tapi masa tak mengizinkan. Aku dah bagitahu dan dia pun faham. Tapi dia ada cakap pasal tu td. Aku faham kiasan dia. Esok dia nak ajak makan kat situ la tu. Tapi aku buat derk ja masa dia cakap. Tak tahu la esok macam mana.Aku tak nak sebenarnya. Aku rasa bersalah. Lain la kalau dia bujang lg. Tidur kt burger king pun aku sanggup teman dia..
Hari selasa lepas dia ada call aku. Wish birthday. At least dia ingat. Ok r tu. Aku tak kisah sngt bab tu. Tapi hati aku rasa seolah-olah dia macam nak bg hadiah. Tu yang aku tak nak..Aku tak da cara untuk mengelak. Apa pun, tunggu dan lihat. Dan harap selepas ini aku tidak lagi berpeluang untuk berjumpa dia.
Dan berita buruknya, kak aku call td. kak aku belikan hadiah kahwin untuk dia..Ada saja alasan untuk aku jumpa dia nampaknya...Huhu...Tak like...Mmmm..Tapi aku rindukan saat2 dulu dimana aku selalu saja cari apa2 alasan untuk berjumpa dia di opis..Memang seronok time tu..Huhu....
Aku tak nafikan aku rindukan dia. Betul. Selalu aku teringat. Tengok wayang, shoping, pegi makan, tgk kapal terbang, buat asaiment dan banyak lagi..Aku rindukan semua tu..Rindu nak tengok wayang dengan dia. Dulu aku bukak kaki wayang tapi sejak kenal dia, sebulan mau 2 - 3 kali jugak tgk wayang..Dan bila dia dah tak da, keinginan nak tgk wayang tu tetap ada. Satu lagi dulu bila kami keluar di antara yang sibuk adalah kereta aku..Hehe..dan sekarang, dah 2 minggu tak start pun kereta..Mmm..sian kereta aku. Mesti dia sunyi..Sesunyi aku jugak..
Apa pun, harapnya esok semuanya berjalan dengan lancar. Aku akan cuba mengawal hati....Antara aku dan dia hanya lah disambungkan dengan tali persahabatan.....Dan ianya akan kekal begitu sampai bila2....
No comments:
Post a Comment