Sunday, 27 May 2012

27.05.2012 - Ahad


Hari ini kenduri kahwin dia di sebelah lelaki...Aku tak tahu apa yg aku rasa...Kosong....Sampaikan malam tadi aku mimpikan dia tengah bersanding. Aku hanya melihat......

Dia telah pergi dari aku..Aku terima...Cuma aku memerlukan masa untuk melupakan dia...Aku sunyi tanpa dia...Aku memerlukan seseorang untuk melupakan dia sepertimana dia hadir untuk mengisi kelukaan aku dahulu...

Memang betul aku tak sangka kesan dia agak dalam..Dulu aku rasa aku boleh melaluinya namun semakin hari ketiadaan dia membuatkan aku rasa seperti kehilangan...

Sekarang ni, aku akan meneruskan kehidupan..Sedikit masa lagi perasaan ini akan beransur-ansur hilang..Aku akan terus berdoa....Dan mendoakan kebahagiaan mereka berdua......

Benar dia pergi dari aku tapi kenangan dia tak akan pergi....

permintaan hati...





ini bukan berkenaan lagu...ini berkenaan ceritanya...Kalau lah kita boleh mengubah masa lalu.......Namun, aku tak akan mengubahnya sebab ianya cerita indah dlm hidup aku.....

Friday, 25 May 2012

23 Mei 2012 - Rabu


Dia ada call aku hari ni..Nak bagi kad kenduri katanya..Macam biasa, kami jumpa di depan opis dia...
Bila jumpa tu kami hanya mampu senyum kelat ja..Sempat dia tanya khabar aku..Sempat juga aku ucap selamat pengantin baru kat dia...

Aku tahu dia saja ja bg kad tu kat aku..Bagi cukup syarat. Ya la,aku dah pernah bgtau dia aku tak pergi kenduri dia..Dia pun tak suruh dh..Mungkin dia faham aku...


Wednesday, 23 May 2012

sekali beerti abadi....



Buat masa sekarang, aku masih lagi begini..Keceriaan yang benar-benar ceria itu seolah-olah telah diragut dari aku....Aku akui kehilangan dia agak berat untuk di atasi...Aku Cuma mampu berharap agar perasaan seperti ini akan cepat hilang dari hati. Sukar untuk aku melalui hari-hari aku jika berterusan begini...

Aku cuba untuk melupakan dia..Tapi benar kata orang, semakin ingin kita lupakan seseorang, semakin kuat ingatan kita terhadap dia...Mungkin, untuk merawat luka di hati bukan dengan cara melupakan. Banyak lagi cara yang boleh dilakukan. Oleh itu, aku juga cuba untuk berkawan rapat dengan orang lain.

Memang aku ada berkawan dengan orang lain. Tambahan pula kawan aku juga mengenalkan aku dengan kawan dia. Kalau sebelum ni aku agak segan dengan cara ini tapi tak salah rasanya kalau cuba untuk berkawan kali ni...

Tapi bila aku fikirkan balik, aku renungi dalam-dalam, aku rasa aku menipu diri sendiri dan juga mereka. Aku seolah menjadikan mereka tempat untuk aku menghilangkan rasa sunyi aku. Aku mempergunakan mereka demi kepentingan perasaan aku sendiri.Aku sedikitpun tidak ambil kisah tentang perasaan mereka..Aku kejam...Secara jujurnya, buat masa ini susah untuk aku menerima seseorang apatah lagi untuk menggantikan dia...

Dalam soal jodoh ni memang aku redha. Jodoh itu adalah satu misteri yang Allah aturkan. Sudah ada yang tertulis untuk aku sejak aku dilahirkan lagi...InsyaAllah...

Apa pun, aku akan menunggu masa itu datang. Dan dalam masa yang sama aku akan tetap terus mendoakan kebahagiaan dia kerana kebahagiaan dia adalah kebahagiaan aku juga..Dia tetap akan menjadi diantara orang yang pernah aku sayang dalam hidup aku...


Mungkin.......................

Mungkin,
Aku tidak menangis
Aku tidak nampak bersedih

Namun
Dalam hati aku merintih
Dalam hati aku pedih................

Mungkin
Perasaan ini tak kelihatan
Rindu ini tak ditunjukkan

Namun

Tidak ada sesaat yg berjalan
Tanpa kamu di ingatan.............

Mungkin,
Tak terluah segunung rasa
Tiada bicara selangit kata

Namun
Tamatnya cerita kita berdua
Tak terungkit sampai bila-bila..........

Dan mungkin
Walau darjat memisahkan kita
Kenangan itu berpisah tiada...................

Monday, 21 May 2012

20 Mei 2012


Semalam kami ada tournament bowling anjuran bangunan tempat kerja aku....Jabatan aku join...Dan aku tahu dia jugak AJK utk tournament tu...Sebenarnya aku tak nak join..Tapi dh takda org...Kwn pulak beria-ia suruh masuk..

Aku jumpa dia sewaktu register...Lepas tu aku perati dia dari jauh...Dia cantik mcm selalu..Senang ati aku tengok dia...Rindu dia sebenarnya..huhu.....

Tapi aku tak banyak cakap dengan dia..Aku nak jauhkan diri dari dia sebolehnya..Bila dia datang pada aku pun aku tak hiraukan dia sangat..Cakap sepatah dua ja...Tapi sebenarnya dlm hati aku hepi bila cakap dengan dia cuma aku tak tunjukkan sngt....

Balik tu aku rasa bersalah..Ya la, aku mcm tk pedulikan dia...Risau jugak aku klu dia terasa hati...Tapi aku melawan perasaan aku..Mungkin dia tak rasa apa2....

Ntah la...Aku malas nak fikir.....Dia dh jadi orang lain bagi aku.....Dia nak kata aku kejam sekalipun aku terima....Dia tk kan faham apa yg aku rasa.....

17 Mei 2012


Dia ada call aku...Selain bertanya khabar ada jugak dia berkongsi cerita pada aku..Dia agak tertekan dengan suasana kerja di opis dia...Bos dia asyik2 salahkan dia..Aku hanya mampu mendengar. Dan menyuruh agar dia bersabar...

Aku tahu dia tak tenang dan selesa..Dulu pun dia pernah jd begini...Aku rasa simpati..Teringin untuk aku berkongsi kesusahan dengan dia bersama tapi aku tak berhak...Apa yg aku harapkan agar masalah dia akan selesai dan dia akan kembali bersemangat untuk bekerja...Aku tak nak dia tertekan....

Sunday, 13 May 2012

alone...


Pagi ni ntah tiba2 aku rasa rindu kat dia..Rindu yg menusuk..Terkenang cerita kami berdua...Ingatan tu datang mungkin sbb aku rasa sunyi..Ya la, selama ni dia tempat aku mengadu kalau ada apa2...Aku suka kongsi dengan dia tak kisah la cerita apa pun...Tambahan pulak smlm aku main bola..Kena rempuh terus injured kt bahu...Klu ada dia aku akn bgtau at least dia amik berat psl aku..Rasa sakit tu akan kurang...Tapi skrg aku tanggung sendiri..|Sakit di bahu sakit di hati aku rasa....

Mmg lain bila dia tak ada....Ntah la...Susah aku nak cakap...



                                                                  wish you were here

Friday, 11 May 2012

11 Mei 2012 - Jumaat......01.12 pg...

Malam tadi dia ada call aku. Katanya nak bg puding yang dia masak, Oleh sebab aku ada kursus, dia nak bg kat aku minggu depan..Jumaat lepas pun dia call aku. Saja bertanya khabar...

Dah sebulan lebih dia kahwin..Dan dalam masa itu juga aku tak lupakan dia. Dia tetap ada dlm ingatan aku. How i wish to forget her....Harap sngt dengan seberapa segera. Bunyi macam teruk kan? Aku merindui isteri orang...Sesuatu yg tak patut..Aku tahu semua tu. Dan disebab tu jugak aku tak menghubungi dia. Aku nak menjauhkan diri dari dia. Bila dia call pun sebolehnya aku tak nak jawab. Tapi aku rasa tak sampai hati...

Banyak cara aku buat untuk melupakan dia. Aku cuba menyibukkan diri. Aku juga menerima kawan perempuan yang di rekemen kan untuk aku. Aku terima sj semua tu. Aku berharap dengan cara tu aku boleh melupakan dia dengan cepat.

Betul, aku sunyi tanpa dia selama ni. Siang aku rasakan kosong. Malam pulak aku rasakan lambat masa berlalu..Aku rindukan gelak tawa dia...Gurauan dia..I miss all about her.....Dia membuatkan aku ketawa dan dia membuatkan aku gembira. Hati aku akan merasa senang dengan hanya melihat dia..Dengan hanya mendengar suara dia...Begitu kuat kesan dia kepada aku....

Apa yang aku nak kan dari seorang perempuan semua ada pada dia..Memang la dia tak sempurna tapi dia menyempurnakan hidup aku...Kekurangan aku di lengkapkan oleh dia...Kalau bukan sebab dia nak kahwin, dah tentu aku akan jadikan dia tulang rusuk aku walau banyak halangan yg melanda sekalipun...

Apa2 pun, dia bukan jodoh aku. Mungkin dia akan lebih bahagia dengan laki tu...Hidup kita ni dah diaturkan dengan baik oleh Yg Maha Esa...Aku gembira untuk dia..Itu yang pasti.....




Bila dengar lagu ni, rindu aku pada dia makin bertambah...Rindu sngt.....Terkenang masa-masa yg lalu..masa yg indah....

Thursday, 3 May 2012

03.05.2012

Dah lama aku tak update blog ni. Bukan apa, aku tak ada cerita baru..Lagi pun, tanpa dia cerita ni tak lah lengkap. 

Aku sudah menempuhi minggu-minggu yang aku rasakan sunyi. Betul, tanpa dia, aku rasa lain. Aku rasa kosong. Hari-hari yang aku lalui seolah-olah tawar..Tidak lengkap...

Sehingga ke hari ini aku masih mengenangkan dia. Aku cuba untuk melupakan dia secara perlahan-lahan. Aku menghiasi masa lapang dengan lepak bersama kawan dan paling kurangpun aku layan internet. Sedikit sebanyak ingatan aku pada dia tidak lah terlalu kuat. 

Dulu kebanyakan masa aku habiskan bersama dia, call dan mesej. Tapi sekarang tidak lagi. Tu salah satu faktor yang membuatkan aku seperti tak tahu nak buat apa....Jadi bosan...

Aku ada juga bertemu dengan dia. 3 kali.. Tu pun di opis. 1st, aku bagi hadiah kawen. Kedua dia bagi jeli yang dia masakkan. Time tu dia nak pergi ujian kecergasan untuk naik pangkat. Ketiganya aku bagi ole2 yang aku beli dari Terengganu...Tapi semua tu tak la kami sembang sngat pun..Just senyum2....

Semalam pun dia ada call aku. mengucapkan terima kasih atas hadiah yang aku beri..Perbualan kami kekok...Aku pun tak tahu nak cakap apa. Dia pun jd janggal bila aku tak banyak bertanya. Tapi jujurnya aku hepi bila dia call...

Apa pun, setakat ini aku masih kuat untuk bertahan dan aku yakin sedikit masa lagi dia akan aku lupakan walaupun tak sepenuhnya. Aku juga nak hidup dengan hepi....Dan aku akan terus mendoakan kebahagiaan dia...Amiinnn....