Kini, kenangan aku dan
dia semakin berlalu. Tapi ia tidak bermakna aku melupakan dia. Aku masih
terkenangkan dia tapi hanya sebagai memori indah. Merindui pada apa yang telah
kami lalui berdua. Gelak tawa kami yang selalu aku ingati. Terlalu banyak untuk
aku kenang dan kini aku merasakan tiba masanya untuk aku merelakan dia pergi
dari hati aku. Aku harus melepaskan semua itu kerana ianya hanyalah satu masa
silam. Aku kini telah bersedia untuk melalui detik-detik baru dlm hidup aku.
Aku senang hati kerana dia gembira dengan hidup dia sekarang. Berstatus sebagai
isteri dan juga ibu. Tak perlu untuk aku merisaukan dia. Dia punyai kehidupan
sendiri yang aku rasakan hari-hari yang penuh ceria. Memang benar, dia
mendapat seseorang yang dia perlukan dalam hidup. Seseorang yang melengkapi
kehidupannya. Aku gembira dengan itu. Sekarang tiba masanya aku mengatur hidup
aku sendiri. Aku sedari, setiap apa yg berlaku itu ada hikmah yang tersendiri.
Allah telah mengaturkan kehidupan sesesorang itu bersesuaian dengan kehidupannya.
Aku bersyukur untuk itu. Apa yang aku doakan telah dimakbulkan.
InsyaAllah…..Apa yang penting kini pada hari-hari yang mendatang aku dan dia
walaupun dengan kehidupan masing-masing kami sentiasa didalam rahmatNya dan
berbahagia dengan keluarga masing-masing.Walaupun kami tidak bersua untuk
tempoh yang panjang, walaupun kami sudah tidak berhubung, aku dan dia akan
tetap berkawan sampai bila-bila…