Dah setahun lebih aku tak update cerita aku ni. Ye la, sejak aku berkahwin bulan Ogos dulu. Tak ada apa yang aku nak perkatakan sangat cumanya aku gembira dengan apa yang aku lalui sekarang. Walaupun dia masih lagi di ingatan, namun itu tak bermakna aku tak sayangkan isteri aku. Dan sekarang aku sedar rupanya banyak sebab dan hikmahnya Allah tidak menjodohkan aku dengan dia. Benarlah kata orang, Allah memberikan kita apa yang kita perlukan..Bukan yang kita inginkan. Dan kini aku tahu dia juga bahagia bersama suami dan anak. Aku gembira kerana memang itu yang aku inginkan.
Aku juga bakal mendapat cahaya mata tidak lama lagi. InsyaAllah...Aku harus bersedia untuk menjadi seorang ayah yang baik dan juga suami...Benda yang lepas tu hanya untuk dikenang bukan untuk diratap. Aku ada kehidupan aku sendiri begitu juga dia..
Aku tahu kehidupan dia agak sukar kerana berjauhan dengan suami disebabkan tuntutan kerja tapi aku tahu dia seorang yang kuat. Aku kenal dia. Aku cuma mendoakan yang terbaik buat dia. Satu hari nanti mereka sekeluarga akan tinggal bersama.
Mungkin ada ketikanya aku merindukan dia..Namun ianya hanya sekadar mengimbau masa lampau yang indah. Banyak yang aku lalui bersama dia.Walaupun dalam jangkamasa yang singkat, namun ianya penuh dengan kegembiraan. Apabila aku melalui tempat-tempat yang pernah kami pergi, aku sering teringatkan detik-detik aku dan dia..
Kini aku tidak lagi berhubung dengan dia.Bagi aku cukuplah masa lalu. Kini aku dan dia ada kehidupan masing-masing dan ada tanggungjawab terhadap keluarga.