Dia tidak lagi beraja di hati aku.
Dia tidak lagi menjadi kehujanan rindu.
Dia bukan lagi peneman yang aku dambakan.
Dia bukan lagi seseorang yang aku nantikan..
Mungkin semalam itu telah aku tinggalkan. Cerita aku dan dia yang akan tetap aku kenang. Betapa penuh dengan kegembiraan dan keceriaan yang orang lain tak akan faham. Benar, kami melalui detik-detik yang kami tahu penghujung cerita kami akan berakhir secara mutlak. Kami tak akan kemana pada akhirnya.
Aku juga hanyut. Aku tahu akan kecewa di penghujung namun dek kerana kebahagiaan sementara aku telah lupa semua tu.Aku menjadi buta dengan keindahan yang tidak kekal. Sesungguhnya tak ada apa yang kekal. Namun sedikitpun aku tak menyesal. Dengan dia aku melalui sesuatu yang mengujakan hari demi hari. Tiada sesiapa yang memahami aku sepertimana dia. Tak ada siapa yang melayan aku dengan begitu baik seperti dia. Sebab itu aku tewas dalam berperang dengan perasaan. Aku sanggup lakukan apa saja untuk dia. Itulah buktinya perasaan aku yang sepenuh hati.
Dia telah pergi dari aku. Aku sedar dari permulaan lagi. Dimana kami akan berakhir dan bagaimana ianya menjadi perpisahan bagi kami. Aku lepaskan dia dengan rela dalam terpaksa. Kerana aku tahu, kami tidak ditakdirkanuntuk hidup bersama. Ada seseorang yang lebih baik untuk menjaga dia. Oleh sebab itu, aku redha. Aku mendoakan kebahagiaan dia selalu..
Bukan mudah untuk aku melupakan dia.Aku mengaku. Tiap2 hari yang aku lalui sepertinya aku mengharungi duri-duri tajam yang menusuk hati. Dia sentiasa ada disisi aku walaupun disisi dia adanya orang lain yang mana lebih berhak terhadapnya. Aku cuba merangkak dengan tabah sekalipun aku parah. Hari-hari yang berlalu tak ada yang lain aku pinta sangat melainkan aku dapat meneruskan hidup tanpa dia...Melenyapkan dia dari hati aku yang cedera...
Akhirnya, saat-saat yang aku doa telah pun hadir tanpa aku sangka. Kehadiran seseorang telah menamatkan peperangan dingin dalam hati aku. Dia hadir ketika aku terhuyung hayang mencari arah. Tanpa aku ada tujuan... Aku bersyukur, aku ditemukan dengan orang yang memang aku inginkan. Kini aku sudah mempunyai matlamat hidup. Aku sudah punyai arah tujuan...Aku berada dilandasan lurus dimana seseorang ada bersama aku ketika aku susah dan senang...Aku bersyukur kerana doa akau selama ini telah dimakbulkan. Walaupun dia bukan yang pertama, wlupun sebelum ini aku pernah memberikan keseluruhan hati aku pada orang lain, namun dengan izinNya, aku mahu dia menjadi yang terakhir dalam hidup aku. Bersama dengan dia di tempat kekal abadi satu masa nanti. Aku akan memberikan yang termampu dan yang terbaik untuk dia...Aku juga akan memastikan aku akan memberikan dia lebih dari hati aku yang pernah aku buat pada orang lain sedangkan yang berhak adalah seseorang yang halal dunia akhirat....
Aku tinggalkan semalam yang indah......