Friday, 31 August 2012

duhai hati



Aku masih merindukan dia. Dikala orang lain bergembira menyambut raya, aku pula sebaliknya. Aku merasakan seperti  sesuatu yang kurang dalam kotak hati aku. Kenapa perasaan ni  masih lagi terikat kepada dia? Aku masih lagi membaca mesej2 lama yang dia antar pada aku. Aku masih lagi menatap gambar2 dia. Seolah-olah susah untuk aku berhenti daripada mengingati dia. Selagi perasaan seperti ini membelenggu aku, aku tak tenteram. Kuat sekali penangan dia pada aku….

Aku dah bertekad untuk melupakan dia. Dari dulu lagi. Aku nak gembira sepertimana dia gembira sekarang.  Kenapa aku harus ingat pada dia lagi sedangkan dia sebaliknya. Dia juga ada kehidupan sendiri. Dah tidak mempunyai masa untuk mengenang apa yang telah kami lalui. Sekarang, tinggal aku yang masih terkapai kapai dalam mencari kegembiraan untuk diri aku sendiri.

Lewat-lewat malam sebegini, dia selalu hadir dalam fikiran aku. Tak pernah lari dari ingatan. Aku cuba untuk hidup tanpa dia walau untuk sehari tapi aku gagal. Dia tetap akan datang tak kira aku sedang ketawa mahupun aku berduka. Seringkali juga aku terfikir alangkah bagusnya jika dia ada disisi aku selalu. Ah, aku sangat merindukan gelak tawa dia. Ianya menjadi penawar aku. Senyuman dia menjadi ubat dan suara dia menjadi penyembuh kepada ‘sakit’ perasaan aku kepada dia..

Aku menunggu masa untuk sembuh. Tetapi aku merasakan masa itu menekan aku. Menyiksa aku seolah-olah aku telah melakukan kesalahan yang amat. Tiada simpati darinya. Tiap saat yang berlalu, ianya tidak memberikan ruang dan peluang untuk aku menggembirakan sang hati..Aku merayu pada hati tapi rayuan itu tidak diendahkan sama sekali. Apa lagi yang boleh aku lakukan?.

Aku bukan mahu dia merasa apa yang aku rasa. Tidak.Jujurnya aku nak kan dia gembira. Itu yang aku doakan. Cuma aku nak dia tahu melupakan dia adalah sukar bagi aku. Aku juga nak dia tahu sebesar zarah pun aku tak menyalahkan dia atas apa yang terjadi. Aku gembira kerana mengenali dia. Kenangan dengan dia tak ternilai.

Yang berlalu biarkan berlalu. Aku tak patut mengenangnya lagi. Apa yang aku nak sangat buat masa sekarang adalah melupakan dia. Duhai sang hati, dengarlah rayuan aku. Aku ingin memadam dia dari ingatan. Biarlah hanya kenangan aku dan dia hidup sampai bila-bila. Aku nak bergembira seperti mana dia bergembira sekarang. Dia lebih baik tanpa aku.Aku akan sentiasa mendoakan dia.

Setiap hari yang dilalui, tidak ada seharipun dia lekang dari aku.Namun, aku juga menunggu saat dimana dia tidak lagi beraja dihati. Pada ketika itu, sudah semestinya aku telah bergembira.  Aku tak perlu lagi untuk menulis di ruangan ini. Ruangan untuk sang hati menceritakan kisah lara. Bilamana masa tu tiba,, tak ada lagi luahan tentang dia. Aku kembali bebas dan bergelak ketawa seperti  selalunya.yesssssss….

Tuesday, 7 August 2012

Biarkan berlalu


Sejak dia berpindah jauh, kami dah jarang berhubung. Ada pun pada 3 mggu lepas. Dia  bgtau dapat interview. Lepas tu mggu lepas dia ada mesej bertanya khabar.Itu saja. Sekarang, aku dah tak berapa tahu perkembangan cerita dia. Aku tipu kalau aku kata aku tak kisah kalau dia tak call. Bukan apa, at least nak jugak aku tahu khabar berita dari dia. Walaupun begitu, yang pastinya aku tahu dia gembira disana.

Dalam masa yang sama, aku meneruskan kehidupan harian dengan azam yang aku semat untuk melupakan dia. Perlahan-lahan. Aku juga berdoa agar diberi kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Buat masa ni, aku masih merindukan dia tapi yang nyatanya hati aku tidak lagi sesesak dulu. Aku akan menumpukan perhatian untuk melupakan dia. Itu saja yang aku mahukan.

Aku harus sedar. Dia hanya kenangan lalu.Kenangan yang tak akan  akan berulang lagi. Walaupun aku rasakan kenangan itu sangat berharga, namun aku harus akur untuk melepaskan dia pergi. Aku tak perlu bersedih.Aku tak kan dapat menerima orang yang lain sekiranya aku masih menganggap waktu aku bersama dia adalah yang terbaik untuk aku. Aku  juga  tak boleh menganggap kenangan dia adalah yang terindah sehinggakan aku tak boleh  mencipta  keindahan dengan orang lain. The reason people find it so hard to be happy because they think the past better than it was. Jika aku berfikiran begitu, maknanya sampai bila-bila pun aku akan bersedih dengan kehilangan dia. Sampai bila2 pun aku akan rasakan tiada siapa yang boleh menggantikan dia. Mind set aku patut berubah. Kenapa aku patut dikongkong perasaan sebegini sedangkan  aku masih mempunyai seribu alasan untuk bergembira. Aku masih mempunyai kawan-kawan yang begitu baik disekeliling aku. Lagi pun dia sedang bergembira, aku juga patut gembira.

Aku akui, memang susah untuk aku lupakan dia. Dah banyak yang kami lalui bersama. Ini bukan cerita sehari dua. Tapi melangkaui setahun lebih. Lebih kurang 500 hari. Gelak tawa, sedih duka telah menghiasi hari2 kami. Segala cerita juga kami kongsikan bersama seiring dengan perasaan. Tak ada hari-hari aku yang aku lalui tanpa dia. Dia sentiasa ada tak kira sejauh mana aku berada.Aku tak keseorangan.Siang malam dia menghiasi aku.

Aku tak tahu kenapa aku begitu mudah sayangkan dia sedangkan aku tahu dia sudah mempunyai orang lain.Setiap hari aku berperang dengan perasaan aku. Fikiran aku cuba untuk tidak dekat dengan dia tapi hati aku sebaliknya.Aku tewas. Dia begitu baik dengan aku. Memahami aku.Cara dia melayan,cara dia mengambil berat,cara dia bergurau membuatkan aku semakin hari semakin sayangkan dia. Walaupun aku sedar hakikat dia tak akan menjadi tulang rusuk aku, tapi hati aku masih berdegil untuk meneruskan perasaan yang aku rasakan indah dalam kepahitan. Setiap hari kami mencipta keindahan dan setiap hari juga aku tahu bila sampai masa, dia akan meninggalkan aku. Namun sedikitpun tidak mengurangkan apa yang aku rasa pada dia. Gila. Memang gila bila kita tahu dia akan tinggalkan kita tapi kita masih tetap terus sayangkan dia. Aku sanggup mengambil risiko tu hanya untuk keindahan sementara.

Dihari perkahwinan dia, ketika orang lain bergembira, aku juga turut menumpang gembira walaupun jauh disudut hati aku, remuk. Tak ada kata dapat diluahkan, tak ada perasaan dapat digambarkan dan tak ada lagu sedih yang dapat menandingi apa yang aku rasa pada hari itu. Remuk sepertimana pertama kali aku mendapat tahu dia akan berkahwin. Aku tak dapat nak terangkan bagaimana perasaan aku bilamana orang yang aku sayang berkahwin. Aku redha.Terima kenyataan dia bukan jodoh aku. Dalam duka aku menumpang gembira untuk dia. Memang berat untuk aku menerima tapi hakikat ni aku dah tahu dari dulu lagi. Akhirnya masa ini telah tiba juga.Sekejap sangat aku rasa. Seolah-olah masa itu mencemburui aku.

Banyak sebab kenapa aku masih rindukan dia. Banyak tempat-tempat yang kami teroka berdua. Di sini, semua shoping kompleks kami dah terjah.Tempat-tampat yang menarik juga kami dah singgah. Tempat lain pula di kedai makan berhampiran dengan rumah dia. Selalu kami makan disitu. Kopok goreng menjadi menu kegemaran. Selain tu,tempat yang sangat aku kenang dan suka ialah semasa kami berdua bersama-sama memerhati kapal terbang yang mendarat. Bagi aku ianya sangat istimewa. Sesuatu yang meninggalkan kesan kepada aku. Tapi satu-satunya tempat yang menjadi legend untuk aku dan dia, tempat dimana menjadi persinggahan kami setiap kali kami jumpa.Tempat yang cantik dan menjadi kesukaan kami. Strait Quay. Terlalu banyak kenangan kami disini. Aku tak kan lupakan tempat ni.Disini juga lah tempat terakhir kami singgah sebelum dia balik untuk menjadi tulang rusuk seseorang.

Aku juga tak lupakan saat-saat dia marah dan merajuk. Huh, bukan senang nak pujuk. Habis semua ayat aku keluarkan. Dia tu jenis keras hati tapi tapi boleh bertolak ansur. Dan aku juga rindukan saat bilamana dia pula memujuk aku. Memang sekeras-keras hati aku, sejual-jual mahal aku, aku akan lembut.Aku tak tahu kenapa tapi aku lemah bila dia menangis.Aku tak suka dia menangis. Dia jenis tak cepat putus asa. Dia akan terus pujuk sampai aku mengalah.Tu yang aku suka. Boleh nempak keikhlasan dia meminta maaf.Sepanjang kami kawan, Cuma sekali aku buat dia marah betul2 dan dia juga sekali buat aku marah sungguh-sungguh.Tapi bila dah setel, kami tak mengungkit. Cuma aku masih lagi ingat leteran panjang lebar dia kat aku dan aku jugak ingat leteran berjela aku pada dia..Di tempat yang sama. Hehehe..

Dulu, setiap hari aku memikirkan kesudahan hubungan aku dan dia.Setiap hari aku kuatkan hati agar bila tiba saat itu, hati aku cukup kuat untuk melepaskan dia pergi . Aku sudah menyiapkan diri untuk menerimanya. Anggapan aku bila masa itu datang, aku akan melepaskan dia dengan senang namun aku tersilap. Rupanya sukar untuk aku membiarkan dia pergi. Berat. Semakin hari semakin aku menanggung perasaan yang menyesakkan.  Rasa lain tanpa dia. Satu perasaan yang kosong. Seolah-olah tidak lengkap. Seperti irama yang tiada lagu. Seperti bulan yang tak ada bintangnya. Tak ada lagi gelak tawa dia.Gurau senda yang buat aku gembira. Tak akan ada lagi detik-detik seperti itu. Tak ada lagi senyuman dia yang membuatkan aku rasa senang di hati.

Kini masanya untuk aku meneruskan kehidupan aku.Alhamdulillah aku semakin sembuh. Benar ,masa itu sesungguhnya adalah penawar.Aku sudah boleh bergembira.Aku tanamkan dalam hati akan ada seseorang yang lebih aku perlukan.Yang akan melengkapkan aku. Yang akan membuatkan aku kembali bersemangat. Yang akan membuatkan akuh lebi h teguh dalam mengharungi hari-hari kami. Yang aku akan menghabiskan sepenuh masa aku dengannya..Aku akan terus menunggu saat itu. InsyaAllah.Semuanya telah tertulis.

Kenangan terindah dengan dia aku akan terus simpan dalam hati.Sketsa sebuah cinta ini akan terus menjadi yang isgtimewa. Setiap detik akan aku kekalkan kerana cintamu mekar dihati. Hati yang larut ini akan menjadi selimut hati. Disamping itu, aku akan terus bermunajat cinta agar satu hari nanti, dan mungkin nanti bintang hati akan hadir yang akan memberikan mimpi yang sempurna  kerana dia tercipta untukku.