Thursday, 25 October 2012

25.10.2012

Esok dah nak raya haji..Tahun ni mungkin raya aku tak semeriah seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Kalau tahun lepas, raya haji aku agak meriah. Dia beraya bersama kami sekeluarga. Memang best time tu...

Dia ada mesej aku beberapa ari yang lepas. Sekali..Saja, bertanya khabar. Tu last kami berhubung. Aku pun tak tanya apa just wish selamat ari raya.

Apa pun, aku harapkan dia selalu sihat dan hepi di hari raya bersama famili....

Wednesday, 17 October 2012

17.10.2012 - Rabu



Semalam aku bermimpikan dia..Dia datang rumah aku kat kampong. Kami berbual-bual bersama kak aku. Dia tetap manis walaupun dlm keadaan pregnant. Nampak wajah keibuan dia. Cumanya kami agak kekok berbual. Aku segan.Mungkin dia pun sama.. Aku hepi walaupun sekadar mimpi…

Dialam reality, setiap detik, macam biasa, aku rindukan dia. Apa yang dia lakukan sekarang?Bagaimana keadaan dia? Aku cuma mengetahui serba sedikit pasal dia melalui facebook yang di update. Aku tahu dia hepi. Dari cara wall dia pun menunjukkan dia hepi dengan hidup dia sekarang. Dia pregnant baby boy. Bertuah sungguh dia. Selalunya anak laki akan ada persamaan dengan mak. Mesti comel baby tu nanti..Aku tumpang hepi.At least aku tahu kabar berita dia.

Aku tak mengucapkan tahniah kepada dia. Namuni dia tahu aku gembira untuk dia. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dia. Semoga dia menjadi ibu yang baik nanti. Time macam ni aku teringatkan masa kami dating di Hospital. Masa tu aku ada program disana. Malam tu dia datang temankan aku. Dibawah pokok yg rendang, disinari lampu neon yang mengindahkan malam, disitulah kami bergelak ketawa dan bergembira. Disitu jugalah wujudnya anak anganan kami iaitu Mohd Syazlee.

Detik seperti itu bagi aku sangat sentimental. Saat yang sangat bermakna. Tak dapat untuk aku gambarkan dengan kata-kata. Rindu betul detik macam tu. Kalau la masa boleh di ulang semula….Tapi ini, semuanya dah berubah.

Wednesday, 10 October 2012

10.10.2012 - Rabu



Mungkin buat masa ini, aku belum dapat melupakan dia. Aku terima. Bukan senang aku nak buang semua tu dengan sekelip mata. Apa gunanya aku memaksa diri untuk lupakan dia..Dah memang tak boleh. Aku cuma menambahkan lagi tekanan kalau terus menerus memaksa. Jadi sekarang ni, kalau aku nak teringatkan dia, nak rindukan dia,nak tengok gambar2 dia, nak baca mesej2 dia, aku akan buat.Aku akan biarkan sebab aku tahu bila tiba satu masa nanti, semua tu aku akan tinggalkan. Tak ada lagi touching2 bila teringatkan kisah lama. Just menunggu masa tu tiba.

Biarlah buat masa ni aku sendirian. Kadang2 sunyi itu adalah indah. Aku banyak masa untuk diri aku. Aku tak perlu menjaga hati sesiapa. Aku tak perlu memikirkan pasal hati sesiapa. Aku bebas. Aku boleh buat apa yang aku hendak. Tak dikongkong. Tak ada halangan. Jadi kenapa aku perlu susah hati hanya disebabkan dia yang telah pergi dari aku? Kadang2 aku terfikir, adakah dia mengingati aku walaupun sekelumit cuma?? Ntah la..rasanya seperti tak. Dia pun tak ada contact aku. Dah lama…

Aku masih bersedih. Sejak hari terakhir dia meninggalkan aku untuk menjadi tulang rusuk seseorang sehinggalah sekarang, ianya tk berubah. Tak ada seharipun aku melupakan dia. , Mungkin dia tak seperti aku.. Dia tengah bergembira sekarang. Menikmati hidup. Tapi aku?? Kami telah lalui keindahan berdua namun bila kami jadi begini, aku seorang yang bersedih. Hanya aku seorang. Adakah itu adil untuk aku??

Bukan bermaksud aku juga nak kan dia sedih. Tidak. Cumanya aku rasa diri aku patut diberikan peluang untuk hepi-hepi.Aku dah tak mahu hidup seperti ni. Aku tak macam diri aku yang dulu. Ianya menyakitkan. Hanya orang yang rasa saja akan faham perasaan tu. Sebabkan itu aku nak sangat untuk melupakan dia. Cumanya aku tak mahu untuk lupakan kenangan bersama dia…


Wednesday, 3 October 2012

03.10.2012




 Aku membiarkan waktu itu terus saja berputar. Detik demi detik. Waktu demi waktu. Mengharap semakin ianya berjalan, semakin jauh kenangan itu berlalu.  Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan namun perasaan aku pada dia masih sama.

Aku tak faham, kenapa yang indah itu terlalu degil untuk meninggalkan aku. Setiap waktu aku bersama dia, setiap gelak tawa kami berdua tetap bermain dalam ingatan.  Dimana tempat yang aku pergi, kalau aku pernah bersama dia, mesti aku akan terkenangkan detik yang kami lalui berdua. Waktu yang indah. Memang banyak kenangan diantara aku dan dia. Apa yang kami tak lalui? Semuanya..Waktu2 gembira, waktu2 sukar dan waktu2 sedih..Mungkin disebabkan itu juga semakin susah untuk aku lupakan dia..
  
Aku tak menjangkakan sesusah ini untuk aku lupakan dia.  Dalam setiap jejak langkah aku bayang dia akan tetap mengekori. Semakin hari semakin menghantui. Makin aku nak lupakan, makin dia datang menjelma. Aku agak tertekan. Buat masa ni memang aku buntu. Dah 7 bulan tapi rasanya masa itu baru saja berlalu pergi. Aku lain tanpa dia...Semangat aku dah hilang. Kekuatan aku juga.

Aku dah cuba berlari ke hujung dunia, terbang di langit tinggi , menyelam ke dasar lautan dengan harapan dapat melupakan dia tapi aku gagal. Tak tahu kenapa kenangan dengan dia masih lagi terbayang-bayang. Setiap apa yang kami lalui. Senyuman dia, gelak tawa dia..Aku nak sangat menjadi seperti aku yang dulu. Yang tidak langsung memikirkan masalah sang hati.

Aku susah hati. Tak tahu lagi macam mana aku nak bawa hati aku. Tak ada sapa yang faham apa yg aku rasa. Dia juga. Dia tak kan  faham walaupun satu ketika dulu dia pernah kata dia memahami aku. Dia tak kan faham apabila dia pergi itu bermakna dia membawa kegembiraan aku bersamanya. Mungkin, dia hanya akan faham kalau dia merasa apa yang aku rasa. Tapi aku tak mahu itu terjadi kepada dia.

Aku gagahkan diri.Cuba merangkak, berjalan dan kemudian berlari. Tidak ada perlunya aku menoleh ke belakang lagi. Sejarah itu telah tertulis tapi masa depan belum tentu. Aku percaya kepada Qada dan Qadar. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

Aku sayangkan dia.  Bukan sedikit..Dia tahu tu..Oleh sebab tu jugak aku sentiasa mengharapkan kegembiraan dia. Walaupun dia tak bersama aku..Walaupun kami dah tak berhubung, aku selalu mahukan dia hidup dengan gembira. Menikmati hidup bersama orang yang memegang amanah terhadapnya. Dan aku yakin, sememangnya dia bahagia…..