Wednesday, 3 October 2012

03.10.2012




 Aku membiarkan waktu itu terus saja berputar. Detik demi detik. Waktu demi waktu. Mengharap semakin ianya berjalan, semakin jauh kenangan itu berlalu.  Saat berganti minit, minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan namun perasaan aku pada dia masih sama.

Aku tak faham, kenapa yang indah itu terlalu degil untuk meninggalkan aku. Setiap waktu aku bersama dia, setiap gelak tawa kami berdua tetap bermain dalam ingatan.  Dimana tempat yang aku pergi, kalau aku pernah bersama dia, mesti aku akan terkenangkan detik yang kami lalui berdua. Waktu yang indah. Memang banyak kenangan diantara aku dan dia. Apa yang kami tak lalui? Semuanya..Waktu2 gembira, waktu2 sukar dan waktu2 sedih..Mungkin disebabkan itu juga semakin susah untuk aku lupakan dia..
  
Aku tak menjangkakan sesusah ini untuk aku lupakan dia.  Dalam setiap jejak langkah aku bayang dia akan tetap mengekori. Semakin hari semakin menghantui. Makin aku nak lupakan, makin dia datang menjelma. Aku agak tertekan. Buat masa ni memang aku buntu. Dah 7 bulan tapi rasanya masa itu baru saja berlalu pergi. Aku lain tanpa dia...Semangat aku dah hilang. Kekuatan aku juga.

Aku dah cuba berlari ke hujung dunia, terbang di langit tinggi , menyelam ke dasar lautan dengan harapan dapat melupakan dia tapi aku gagal. Tak tahu kenapa kenangan dengan dia masih lagi terbayang-bayang. Setiap apa yang kami lalui. Senyuman dia, gelak tawa dia..Aku nak sangat menjadi seperti aku yang dulu. Yang tidak langsung memikirkan masalah sang hati.

Aku susah hati. Tak tahu lagi macam mana aku nak bawa hati aku. Tak ada sapa yang faham apa yg aku rasa. Dia juga. Dia tak kan  faham walaupun satu ketika dulu dia pernah kata dia memahami aku. Dia tak kan faham apabila dia pergi itu bermakna dia membawa kegembiraan aku bersamanya. Mungkin, dia hanya akan faham kalau dia merasa apa yang aku rasa. Tapi aku tak mahu itu terjadi kepada dia.

Aku gagahkan diri.Cuba merangkak, berjalan dan kemudian berlari. Tidak ada perlunya aku menoleh ke belakang lagi. Sejarah itu telah tertulis tapi masa depan belum tentu. Aku percaya kepada Qada dan Qadar. Setiap sesuatu itu ada hikmahnya.

Aku sayangkan dia.  Bukan sedikit..Dia tahu tu..Oleh sebab tu jugak aku sentiasa mengharapkan kegembiraan dia. Walaupun dia tak bersama aku..Walaupun kami dah tak berhubung, aku selalu mahukan dia hidup dengan gembira. Menikmati hidup bersama orang yang memegang amanah terhadapnya. Dan aku yakin, sememangnya dia bahagia…..

No comments:

Post a Comment