Wednesday, 17 October 2012

17.10.2012 - Rabu



Semalam aku bermimpikan dia..Dia datang rumah aku kat kampong. Kami berbual-bual bersama kak aku. Dia tetap manis walaupun dlm keadaan pregnant. Nampak wajah keibuan dia. Cumanya kami agak kekok berbual. Aku segan.Mungkin dia pun sama.. Aku hepi walaupun sekadar mimpi…

Dialam reality, setiap detik, macam biasa, aku rindukan dia. Apa yang dia lakukan sekarang?Bagaimana keadaan dia? Aku cuma mengetahui serba sedikit pasal dia melalui facebook yang di update. Aku tahu dia hepi. Dari cara wall dia pun menunjukkan dia hepi dengan hidup dia sekarang. Dia pregnant baby boy. Bertuah sungguh dia. Selalunya anak laki akan ada persamaan dengan mak. Mesti comel baby tu nanti..Aku tumpang hepi.At least aku tahu kabar berita dia.

Aku tak mengucapkan tahniah kepada dia. Namuni dia tahu aku gembira untuk dia. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dia. Semoga dia menjadi ibu yang baik nanti. Time macam ni aku teringatkan masa kami dating di Hospital. Masa tu aku ada program disana. Malam tu dia datang temankan aku. Dibawah pokok yg rendang, disinari lampu neon yang mengindahkan malam, disitulah kami bergelak ketawa dan bergembira. Disitu jugalah wujudnya anak anganan kami iaitu Mohd Syazlee.

Detik seperti itu bagi aku sangat sentimental. Saat yang sangat bermakna. Tak dapat untuk aku gambarkan dengan kata-kata. Rindu betul detik macam tu. Kalau la masa boleh di ulang semula….Tapi ini, semuanya dah berubah.

No comments:

Post a Comment