Mungkin buat masa ini, aku belum dapat
melupakan dia. Aku terima. Bukan senang aku nak buang semua tu dengan sekelip
mata. Apa gunanya aku memaksa diri untuk lupakan dia..Dah memang tak boleh. Aku
cuma menambahkan lagi tekanan kalau terus menerus memaksa. Jadi sekarang ni,
kalau aku nak teringatkan dia, nak rindukan dia,nak tengok gambar2 dia, nak
baca mesej2 dia, aku akan buat.Aku akan biarkan sebab aku tahu bila tiba satu
masa nanti, semua tu aku akan tinggalkan. Tak ada lagi touching2 bila
teringatkan kisah lama. Just menunggu masa tu tiba.
Biarlah buat masa ni aku sendirian. Kadang2
sunyi itu adalah indah. Aku banyak masa untuk diri aku. Aku tak perlu menjaga
hati sesiapa. Aku tak perlu memikirkan pasal hati sesiapa. Aku bebas. Aku boleh
buat apa yang aku hendak. Tak dikongkong. Tak ada halangan. Jadi kenapa aku
perlu susah hati hanya disebabkan dia yang telah pergi dari aku? Kadang2 aku
terfikir, adakah dia mengingati aku walaupun sekelumit cuma?? Ntah la..rasanya
seperti tak. Dia pun tak ada contact aku. Dah lama…
Aku masih bersedih. Sejak hari terakhir dia
meninggalkan aku untuk menjadi tulang rusuk seseorang sehinggalah sekarang,
ianya tk berubah. Tak ada seharipun aku melupakan dia. , Mungkin dia tak seperti
aku.. Dia tengah bergembira sekarang. Menikmati hidup. Tapi aku?? Kami telah
lalui keindahan berdua namun bila kami jadi begini, aku seorang yang bersedih.
Hanya aku seorang. Adakah itu adil untuk aku??
Bukan bermaksud aku juga nak kan dia sedih.
Tidak. Cumanya aku rasa diri aku patut diberikan peluang untuk hepi-hepi.Aku
dah tak mahu hidup seperti ni. Aku tak macam diri aku yang dulu. Ianya
menyakitkan. Hanya orang yang rasa saja akan faham perasaan tu. Sebabkan itu
aku nak sangat untuk melupakan dia. Cumanya aku tak mahu untuk lupakan kenangan
bersama dia…
No comments:
Post a Comment