Tuesday, 17 August 2021

hati yg tertusuk

Malam ini sungguh sunyi sekali. hening. sepi. Kedengaran desiran angin kipas memecah kesunyian lewat pagi. Aku disini, terbaring kaku . Dan waktu waktu sebegini lah hati ku rasa bagai di tusuk.. diicucuk. Sayu sekali rasanya. Pedih. Meronta ronta. Hati bagai di siat siat. Aku merindukan dia. Perasaan yang aku cuba kikiskan. Sedaya upaya aku mencuba..sedaya upaya aku melarikan dari kisah silam..tetapi aku hampa sekali..begitu besar sekali sayang aku pada dia..dan yang kelakarnya..aku dan dia tahu kami tk ditakdirkan utk meneruskan kehidupan bersama, namun masih lagi kami dengan berani mencipta detik indah hanya utk kami meratapi di kemudian hari..Jika bukan kami, mungkin hanya aku. Yaa..Aku lah orangnya. Bersendirian dalam melawan perang perasaan yang aku nafikan. Yang aku cuba elakkan. Tapi gagal. Bukan sehari, bukan seminggu, bukan sebulan..dan bukan setahun..hampir 9 tahun lamanya..Benar aku hidup dalam penafian selama ini..Minda berkata aku sudah melupakan dia..Tapi tidak hati...Aku tewas...aku merindukan dia. Saat indah bersamanya..Gelak tawanya..Aku gagal...

 

hanya kerana aku merindukan dia

tak bermakna aku ingin dia kembali dalam kehidupan lagi

sebab aku tahu

merindu kan dia, adalah sebahagian dari cara utk aku teruskan hidup..

 

dia bukan untuk aku

namun itu tidak bermakna aku harus berhenti merindukannya

 

merindukan dia adalah sesuatu yang aku perlukan dalam kenangan aku

namun bukan lah dalam kehidupan aku

 

hati aku pernah hancur, pernah luluh,..kerana dia....

namun

masih lg tidak cukup untuk buatkan aku berhenti dari merindukannya...

 

aku pernah sengsara kerana dia dahulu

namun tk pernah aku melupakan saat kebahagiaan bersama kamu

 

andai aku diberikan pilihan untuk hidup gembira dengan melupakan detik bersama kamu,

atau terus sengsara merindukan kamu,

sudah semestinya aku memilih terus merindukanmu..

kerana hanya itu yang aku mampu...

 

kenangan kau dan aku, akan terus hidup dlm ingatanku.

tp ia mati dalam kehidupan aku...


Tuesday, 21 January 2020

_


Hari ini, aku masih lagi merindukan dia. Hanya facebook tempat dimana aku tahu kehidupan dia. Aku happy kerana dia bahagia bersama keluarga dia. Aku juga. Cumanya kerinduan aku kepada dia tak pernah hilang. Senyuman dia, gelak tawa dia..Itulah keriangan kehidupan aku dahulu. Setelah banyak yang kami lalui walau dalam masa yang singkat, ia memberi kesan dalam kehidupan aku. Kesan yang amat mendalam. Terhiris, terguris sewaktu dia pergi dari hidup aku.

Bukan aku tak pernah frust sebelum ni tetapi dengan dia aku rasa luka yang aku rasakan amat amat dalam. Jauh dilubuk hati. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tak dapat lupakan dia. Walaupun macam tu tak bermakna aku tergila gila kan isteri orang. Aku Cuma merindukan saat saat aku bersamanya. TAk pernah aku contact dia walaupun aku teringin bertanya khabar. Bagi aku mencegah lebih baik. AKu tahu itu dosa.

Apa pun, aku doakan dia makin bahagia. Aku juga masih berkesempatan melihat dia tersenyum walaupun dari jauh. Itu sudah mencukupi bagi aku. Buat seorang yang pernah menggembirakan hidup aku..Aku Cuma ingin luahkan apa yang tak dapat aku zahirkan..Aku merindukan dia..

sesuatu tentang kita......

Tuesday, 27 August 2019

mimpikan dia



27 Ogos 2019

Semalam aku termimpikan dia. Sehinggakan aku terjaga dan saat itu juga aku seolah olah nak update terus dalam blog ini. Aku ingin mengatakan aku rindukan dia supaya dia dapat membaca isi hati aku ini. Yaa, aku mimpikan dia membaca blog aku. Itulah sebabnya. Entah kenapa tiba2 boleh termimpikan dia. Aku merindukan dia..

Aduhhh..Sakit hati aku. Kenapa aku masih merindukan dia? Sudah hamper 7 tahun. Aku tk dapat melupakan dia. Bukan lah bermakna aku tak sayangkan isteri aku cumanya perasaan aku ini tidak dapat memadamkan kerinduan aku pada dia. Betapa peritnya aku masa dapat tahu dia akan berkahwin. Perit yang aku tak dapat jelaskan. Remuk hati aku. Walaupun dia tak pernah kisah, tapi itu bukan salah dia..dan aku akan terus merindukan dia…

Thursday, 21 March 2019

hari ini adalah kerana semalam...



Dah lama aku tak menulis. Bukan kerana tak ada luahan cumanya aku memendam segala kerinduan. Aku tipu jika aku mengatakan yang aku tidak merindukan dia. Mana mungkin. Segala kenangan masih lagi tersemat didalam ingatan aku. Gelak tawa dia yang menjadi semangat buat aku. Rajuk dia yang menjadi iktibar buat aku. Ahhhhhh, susah untuk aku melupakan saat saat ketika aku dan dia bersama.

Aku masih ingat lagi detik detik terakhir aku bersama dia. Airport Bayan Lepas menjadi saksi hari hari terakhir kami. Renungan terakhir aku padanya. Disaat dia melangkah pergi. Aku merenung tajam padanya. Dia juga.. Aku masih mapu mengukir senyuman pahit supaya dia tahu aku merelakan pemergiannya. Jauh dilubuk hati aku, terasa hati seolah olah ditusuk dengan kejam. Fikiran aku kosong. Dunia aku juga. Entah kenapa aku menjadi kaku. Berjalan melangkah dengan rasa kekosongan yang amat sangat. Rasa hampa dan kecewa. Bercampur baur. Dikala hati aku remuk dan sengsara masih lagi aku mengharapkan kebahagian dan kegembiraan buat dia. Aku?? Hanya Allah yang tahu ketika itu.

Dia tak kan tahu dan tak kan pernah sedar, bila dia melangkah pergi, dia tidak keseorangan kerana dia pergi membawa kegembiraan aku bersamanya.Hati aku bagai disiat siat. Meronta ronta bagai luka yang amat dalam dan tidak dapat disembuhkan. Setiap saat yang berlalu aku terhimpit dan cuba memujuk diri. Mencuba untuk melupakan dia seolah olah aku sengaja menoreh hati dan jiwa aku dengan pisau yang tajam. Begitu teruk sekali aku cedera, Aku cuba bangkit tapi aku gagal. Aku menderita. Begitu kuatnya dia pada aku. Setiap hari yang aku lalui seolah olah berjalan diatas duri. Aku tidur dalam keadaan hati aku di toreh tanpa belas kasihan. Aku tidak mengadu pada sesiapa. Kegembiraan aku telah tiada. Tawar..Hampa..Kosong..Pudar..pedih..Sengsara. Sakit..Aku yang menanggung. Dia? Pernah aku cuba untuk membenci dia tapi semakin aku cuba semakin aku rindukan dia. 

Hari ini, 21.03.2019. Aku masih lagi mengenang dia. Aku redha. Kami ada kehidupan masing masing dan aku gembira kerana aku tahu dia bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Aku juga. Aku tetap merindukan dia sehingga sekarang sebab dia adalah insan yang sangat aku sayang. Tapi itu hanya kenangan dulu. Masa yang tak akan kembali. Yang pergi biar pergi. Aku kena teruskan hidup,. Bkn setakat aku, orang lain juga.

Aku teruskan kehidupan ini dengan bersyukur pada Allah kerana telah banyak doa doa aku yang telah dimakbulkan. Didalam ketika aku merindukan dia, aku juga ingin memperbaiki diri. Ingin menjadi yang terbaik buat agama dan keluarga. Aku akan usaha walaupun kadang kala aku gagal. Aku bukan sempurna...Aku banyak berdosa. Biar aku pendam kerinduan ini sampai bila bila..

Friday, 16 June 2017

pudar


Waktu telah berlalu..Juga bergantinya masa. Namun, dihati ini masih teringatkan dia..Yaa, aku tak pernah melupakan dia walaupun dia telah melupakan aku sejak sekian lama...Mungkin dia tidak lagi mengenang cerita-cerita kami sebagaimana aku...Pudarnya ingatan dia kepada aku bukan bermakna pudarnya ingatan aku kepada dia. Mungkin keadaan  kami tidak sama dan berbeza. Mungkin juga tiada lagi bait-bait suka duka kami yang menjadi secebis peringatan untuk dia mengenang kembali apa yang telah kami lalui..Pudar sepudarnya cerita aku dan dia yang sebelum ini menjadi detik bahagia......Apa lagi yang boleh aku katakan....Takdir tidak menyatukan kami..Namun itu adalah yang terbaik bagi aku dan dia...Dan kenangan itu, suka duka itu tidak akan aku lupakan walaupun pudarnya ingatan dia kepada aku....

Monday, 14 July 2014

kini



Dah setahun lebih aku tak update cerita aku ni. Ye la, sejak aku berkahwin bulan Ogos dulu. Tak ada apa yang aku nak perkatakan sangat cumanya aku gembira dengan apa yang aku lalui sekarang. Walaupun dia masih lagi di ingatan, namun itu tak bermakna aku tak sayangkan isteri aku. Dan sekarang aku sedar rupanya banyak sebab dan hikmahnya Allah tidak menjodohkan aku dengan dia. Benarlah kata orang, Allah memberikan kita apa yang kita perlukan..Bukan yang kita inginkan. Dan kini aku tahu dia juga bahagia bersama suami dan anak. Aku gembira kerana memang itu yang aku inginkan.
 
Aku juga bakal mendapat cahaya mata tidak lama lagi. InsyaAllah...Aku harus bersedia untuk menjadi seorang ayah yang baik dan juga suami...Benda yang lepas tu hanya untuk dikenang bukan untuk diratap. Aku ada kehidupan aku sendiri begitu juga dia..
 
Aku tahu kehidupan dia agak sukar kerana berjauhan dengan suami disebabkan tuntutan kerja tapi aku tahu dia seorang yang kuat. Aku kenal dia. Aku cuma mendoakan yang terbaik buat dia. Satu hari nanti mereka sekeluarga akan tinggal bersama.
 
Mungkin ada ketikanya aku merindukan dia..Namun ianya hanya sekadar mengimbau masa lampau yang indah. Banyak yang aku lalui bersama dia.Walaupun dalam jangkamasa yang singkat, namun ianya penuh dengan kegembiraan. Apabila aku melalui tempat-tempat yang pernah kami pergi, aku sering teringatkan detik-detik aku dan dia..
 
Kini aku tidak lagi berhubung dengan dia.Bagi aku cukuplah masa lalu. Kini aku dan dia ada kehidupan masing-masing dan ada tanggungjawab terhadap keluarga.
 
 

Monday, 24 June 2013

semalam yang aku tinggalkan...


Dia tidak lagi beraja di hati aku.
Dia tidak lagi menjadi kehujanan rindu.

Dia bukan lagi peneman yang aku dambakan.
Dia bukan lagi seseorang yang aku nantikan..

Mungkin semalam itu telah aku tinggalkan. Cerita aku dan dia yang akan tetap aku kenang. Betapa penuh dengan kegembiraan dan keceriaan yang orang lain tak akan faham. Benar, kami melalui detik-detik yang kami tahu penghujung cerita kami akan berakhir secara mutlak. Kami tak akan kemana pada akhirnya.

Aku juga hanyut. Aku tahu akan kecewa di penghujung namun dek kerana kebahagiaan sementara aku telah lupa semua tu.Aku menjadi buta dengan keindahan yang tidak kekal. Sesungguhnya tak ada apa yang kekal. Namun sedikitpun aku tak menyesal. Dengan dia aku melalui sesuatu yang mengujakan hari demi hari. Tiada sesiapa yang memahami aku sepertimana dia. Tak ada siapa yang melayan aku dengan begitu baik seperti dia. Sebab itu aku tewas dalam berperang dengan perasaan. Aku sanggup lakukan apa saja untuk dia. Itulah buktinya perasaan aku yang sepenuh hati.

Dia telah pergi dari aku. Aku sedar dari permulaan lagi. Dimana kami akan berakhir dan bagaimana ianya menjadi perpisahan bagi kami. Aku lepaskan dia dengan rela dalam terpaksa. Kerana aku tahu, kami tidak ditakdirkanuntuk  hidup bersama. Ada seseorang yang lebih baik untuk menjaga dia. Oleh sebab itu, aku redha. Aku mendoakan kebahagiaan dia selalu..

Bukan mudah untuk aku melupakan dia.Aku  mengaku. Tiap2 hari yang aku lalui sepertinya aku mengharungi duri-duri tajam yang menusuk hati. Dia sentiasa ada disisi aku walaupun disisi dia adanya orang lain yang mana lebih berhak terhadapnya. Aku cuba merangkak dengan tabah sekalipun aku parah. Hari-hari yang berlalu tak ada yang lain aku pinta sangat melainkan aku dapat meneruskan hidup tanpa dia...Melenyapkan dia dari hati aku yang cedera...

Akhirnya, saat-saat yang aku doa telah pun hadir tanpa aku sangka. Kehadiran seseorang telah menamatkan peperangan dingin dalam hati aku. Dia hadir ketika aku terhuyung hayang mencari arah. Tanpa aku ada tujuan... Aku bersyukur, aku ditemukan dengan orang yang memang aku inginkan. Kini aku sudah mempunyai matlamat hidup. Aku sudah punyai arah tujuan...Aku berada dilandasan lurus dimana seseorang ada bersama aku ketika aku susah dan senang...Aku bersyukur kerana doa akau selama ini telah dimakbulkan. Walaupun dia bukan yang pertama, wlupun sebelum ini aku pernah memberikan keseluruhan hati aku pada orang lain, namun dengan izinNya, aku mahu dia menjadi yang terakhir dalam hidup aku. Bersama dengan dia di tempat kekal abadi satu masa nanti. Aku akan memberikan yang termampu dan yang terbaik untuk dia...Aku juga akan memastikan aku akan memberikan dia lebih dari hati aku yang pernah aku buat pada orang lain sedangkan yang berhak adalah seseorang yang halal dunia akhirat....

Aku tinggalkan semalam yang indah......