Saturday, 22 December 2012

21 Disember 2012 - day 1


Aku cuba untuk mencari jalan baru. Jangan lagi dikenang cerita lama. Yang berlalu tu biarlah berlalu. Hanya menjadi kenangan..Berjalan hanya memandang ke depan. Toleh ke belakang apabila keadaan memerlukan. Jadi, kenapa perlu bazirkan masa?...

Wednesday, 19 December 2012

19 Disember 2012

Aku masih lagi mengenangkan cerita kami berdua. Ntah kenapa aku rasa sangat susah nak lupakan dia.Aku cuba membiarkan hari yang berlalu. Aku cuba tinggalkan semalam yang indah namun aku masih lagi macam ni. Aku rindukan dia.

Aku teringatkan di waktu-waktu gembira kami. Kami sentiasa berhubung. Bila aku balik kampung, dia akan bertanya samada aku sampai atau belum. Aku juga akan bertanya samada dia dah sampai ke rumah atau tidak. Tiap-tiap hari kami macam tu. Jadi bila dia dah tak ada sedikit sebanyak membuatkan aku rindukan saat-saat dulu.

Sekarang ni dia dah gembira. Dia akan mendapat cahayamata tak lama lagi. Aku tumpang hepi. Aku akan sentiasa mendoakan kebaikan untuk dia. Dan dalam masa yang sama aku ingin lenyapkan dia dari hati aku. Biarlah secara luarannya aku dan dia sudah saling tidak mengenali. Biar dia dengan hidup dia. Aku dengan hidup aku.Aku sebolehnya tak mahu kami saling berhubungan lagi sepertinya kami tak pernah rapat.Biarlah dia cuma wujud dalam hati aku dan persahabatan kami juga akan berkekalan secara tersirat.Itu lebih baik.