Monday, 23 July 2012

13 Julai 2012 - Jumaat


Pagi ni aku pergi kerja dengan mengerti ini adalah hari yang terakhir kami akan berjumpa. Selepas ini rasanya mungkin tak ada jodoh untuk bertemu lagi. 

Kami dah plan dari semalam masa lunch tu kami akan makan bersama. 4 orang kami dimana ianya seperti permulaan kami saling mengenali dahulu. Tapi disebabkan kawan aku demam, jadi orang lain yang ganti. Tapi tak mengapalah, bukan makan yang penting, tapi masa dengan dia tu…

Masa kami makan tu barulah aku dapat tahu yang dia akan bertolak pada petan g tu juga. Awal dari jangkaan kami. Sebenarnya kami dah plan untuk makan bersama di kedai dekat rumah dia disamping nak tolong mengangkat barang2 dia ke kereta. Tapi nampaknya tak kesampaian.

Masa kami duduk berdua, dia meminta maaf pada aku..Aku tengok riak muka dia berubah..Aku tidak membalas dan tidak juga melihatnya..Aku tak mahu dia membaca riak muka aku sebab dia memahami semua tu…

Aku sedikit ralat sebenarnya. Aku ingin berjumpa dengan dia untuk kali terakhir berdua. Namun, kita hanya merancang bukan kita yang tentukan.  Aku sedikit sedih. Banyak benda yang aku ingin cakapkan pada dia yang betulnya.

Disebabkan tak berpeluang, apa yang aku nak cakapkan tu, aku akan tuliskan disini…

Pertamanya, aku nak sangat cakapkan pada dia, terima kasih untuk segalaya. Sepanjang aku mengenali dia kira-kira setahun lebih, ia adalah sesuatu pengalaman yang tak kan aku lupakan. Tak dapat aku nk luahkan apa yang aku rasa…

Keduanya, aku nak dia tahu aku gembira sebab dia telah pun mengapai apa yang dia impikan.. Perkahwinan, family dan bakal menjadi ibu…Dan dia juga akan bersama dengan orang yang disayanginya. Sentiasa. Dia bertuah kerana mendapat seseorang yang akan menjaga dia saat susah dan senang dengan penuh tanggungjawab. Yang sayangkan dia lebih dari yang aku mampu beri.
Ketiganya..????Ntah.aku pn tak tahu…Mungkin bila aku brdepan dengan dia aku tahu apa yang akan aku cakapkan….

Lepas dari sembahyang Jumaat tu dia nak jumpa aku sekejap di opis..Bila jumpa tu dia Cuma nak bg sticker kereta yan dia pinjam drpada aku. Mungkin masa tu dia agak bz jadi kami tak sempat bual apa pun…Dan masa aku keluar lif, itulah kali terakir aku melihat dia…Hanya senyum pahit..Aku tak dapat nak berkata-kata…Aku agak sedih……Senyuman terakhir yang dapat aku lihat. Senyuman yang menyenangkan hati aku selalu…..

Aku balik dengan rasa tak senang dihati. Berat untuk menerima hakikat dia akan pergi jauh dari aku…Mungkin, perasaan ini tidak sama sepertimana  kali terakhir kami berjumpa sebelum dia berkahwin tetapi ianya mempunyai satu persamaan… Perasaan yan menyesakkan…..
Sebolehnya aku nak berjumpa dengan dia tapi dah tak berpeluang…Aku gundah…Tak tahu apa yang aku rasakan. Bilamana cahaya itu mula membuat aku tersenyum, tiba2 cahaya itu hilang dengan sekelip mata..

Aku pun mesej dia….

Awak, terima kasih untuk semuanya…terlalu banyak…minta maap jugak sbb banyak wat salah..jaga diri baik2 k. Apa pun, tahniah..epi2 selalu…

Pastu dia pun reply…

Xpa wak, sy suka semua yg saya buat tuk awk. Bnyk benda yg saya nk cakap utk yg last ni tp xtkeluar dari mulut ni. Awk lagi bnyk bekorban tuk saya. Sy tau awk sangup buat biar  awk sakit asal saya epi..bnyk sngt sy sakitkn awk. Sy minta maaf sgt pasal hal2 yg lpas tau..smua knangan tu sy tetap simpan n ingt smp bila2..tq gak sanggup terima sy sbgai kwn wlupun lpas apa yg berlaku antara kita. Kimslm family awk semua ya.sy da anggap dorg mcm kluarga sndiri..salam syg sy utk awk n yg lain tau….

Aku sedih bila baca mesej tu…

12 Julai 2012 - Khamis



 Malam tadi aku dan dia pergi makan bersama. Ditemani oleh kak kat opis dia.Mereka ingin makan berdua buat kali terakhir sebelum dia berpindah. Aku menjadi peneman dan juga driver. Ok r tuh. Bawa diaorang g makan2. Malam ni ja yang berpeluang pun.

Kami pergi ke tempat yang kali terakhir kami pernah makan bersama. Ditepi pantai dan juga pemandangan jarak jauh lampu-lampu jambatan yang indah..Aku tak banyak bercakap. Bagi peluang untuk mereka berdua.

Memang agak sedih bila memikirkan dia akan berada disini hanya sehingga esok sahaja. Selepas ini memang kami tak kan berpeluang untuk berjumpa dah. Hari depan adalah hari yang tujuannya adalah untuk diri masing-masing. Aku dengan hidup aku, dia dengan hidup dia..Aku juga sebolehnya akan cuba melenyapkan dia dari hati.

Aku dah banyak menunaikan apa yang dia inginkan sebelum ni. Cuma ada satu dua lagi yang aku tak sempat tunaikan. Berger king, teluk tempoyak dan seoul garden. Kalau la aku kami mempunyai masa 2-3 hari lagi, aku rasa aku nak tunaikan semua tu.

Balik tu dia ada beri almari dia pada aku. Tu jugak bermakna aku akan ingatkan dia setiap hari bila aku tengok almari tu. Memang susah la aku nak lupakan dia rasanya..Dia akan tetap ada bersama aku..Pink pun pink lah….huhu…

Walaupun aku agak moody malam tu, tapi aku hepi sebab dapat teman dia..Aku tak terkata..Speechless..Rasa berat dihati….

11 Julai 2012 - Rabu


Malam tu aku membelikan dia nasi ayam pecel  dekat rumah aku. Dia teringin makan. Aku pun ingin tunaikannya. Jadi malam tu selepas aku membeli aku pun hantar kepada dia..

Masa aku bagi nasi tu, dia juga memberikan aku 2 mug. Satu sederhana dan satu lagi besar punya. Teringat aku, dulu kami ada membeli sepasang mug untuk kami berdua dengan alasan  bila gunakan mug tu kami akan saling mengingati..Huhu. Dah ada 3 mug dia berikan pada aku. Aku hanya berikan dia 2….

Tak ada apa yg aku nak berikan pada dia..Aku bukan la banyak duit...Hanya sekadar apa yang termampu...

Tuesday, 10 July 2012

time is near...



Sejak kami semakin baik, dia selalu jugak call aku. Bukan sembang apa pun, sembang kosong ja. Tambahan pulak dia dah dapat tukar. Namun sejak akhir-akhir ni aku dapat rasakan ada sedikit perubahan pada diri aku…Aku dah boleh bergurau-gurau dengan dia.Tak macam sebelum ni. Selalu aku wat muka serius ja..

Aku dapat rasakan aku semakin gembira kebelakangan ni…Aku dah boleh melawak dengan dia..Aku rasa ni sesuatu yang positif…Perasaan pun dah tak terbelenggu oleh rasa rindu aku pada dia. Aku semakin hari semakin dapat menerima kenyataan dia dah jadi milik orang lain. Aku rasa seolah-olah dah bebas…Aku hepi….

Kalau dia kata aku hepi sebab orang lain, aku rasa dia silap…Satu alasan ja yang aku hepi..Aku dah semakin menerima kehilangan dia dari hidup aku..Tu yang aku nak kan sangat. Bila aku dah boleh lupakan dia, maknanya aku jugak boleh menerima orang lain…Aku harap masa tu cepat berputar..

Aku tahu, dia tak kan hilang dari ingatan aku dengan mudah. Tapi aku yakin lama kelamaan dia akan menjadi kenangan yang indah dalam hidup aku..Dia adalah masa silam, bukan masa depan aku…Aku harus sedar tu…Hati aku adalah pada orang yang berhak..Jadi sekarang ni, apa yang aku harapkan, aku dapat lupakan dia secepat mungkn. Aku dah tak  berdaya nak hidup sesak lama2..

Kawan-kawan aku pun semakin galak nak cari jodoh kat aku..Ada lagi 2 orang yang menanti..Hehe.. Dia orang bersungh-sungguh sebab tu aku tak nak hampakan…Tak salah rasanya untuk kenal2..Tu bukan bererti kena kawin….Aku kena bergerak sekarang ni..Kawan-kawan aku kebanyakan anak dah 2 orang. Jadi, aku nak kejar dia orang.Lagi ramai lagi baik…hehehehe….

Sebenarnya aku agak sedih sebab dia nak pergi jauh dari aku. Bukan apa, wlupun dia hak orang, tapi aku hepi dia dekat dngan aku. Boleh jugak aku tahu kehidupan dia..Aku  tahu dia akan lebih hepi kalau dekat dengan husband dia..Aku jugak hepi macam tu..Yang penting dia hepi…u hepi I hepi…aku tak kan lupa trademark kami…

Kenangan dengan dia tak kan aku lupakan..Senyuman dia…Gurauan dia…Aku hepi untuk semua tu..Aku rasa senang hati hanya dengan melihat dia…Tu lah kelebihan dia…Aku akan sentiasa rindukan semua tu…Walaupun lepas ni mungkin aku dan dia tak kan bertemu dah, tapi aku nak dia tahu yang dia sentiasa ada dalam hati aku…Dekat..Sepertimana aku selalu katakan pada dia dulu, perasaan aku pada dia adalah sepenuh dan segenap ruang dialiter hati aku..Dia adalah kenangan aku yang terbaik….

Sudah tiba masanya dia kembalikan semula hati aku…Aku akan baikinya dan menjadikan lebih baik agar dapat aku serahkan pada seseorang yang sepatut mendapatnya..Dan aku berharap orang itu akan mendapat lebih baik dari apa yang aku beri pada dia dulu…InsyaAllah….

09 Julai 2012 - Isnin



Kami ada mesej masa tengah ari…Kami plan nk makan dalca pas balik kerja..Nak bagi hajat tercapai..Pas keja dia pun amik aku kt opis..Masa dia drive, aku curi2 tengok dia..Pas ni tak dapat nk tgk dah..Rasa rindu tu masih ada..Sebolehnya aku nak tengok lama2 tapi tak elok buat mcm tu…huhu..

Akhirnya hajat kami tercapai.Kedai buka kali ni. Jadi apa lagi, kami pun serang la..hehehe…

Lepas makan kami pun balik….

Malam tu dia call aku..Sembang2 kosong..Dia beriya iya menyuruh aku mesej pompuan tu.Aku pun ye ye kan ja..

Sebenarnya memang aku dah bermesej dgn pmpuan tu. Dah bercatting dlam fb pun..Cantik jugak orangnya…Dan aku senang berchatting dengan dia…Ada saja kami berbal.Aku slalu ngusik dia..Hehe..Wat masa ni aku tengok budak ni key..Peramah..TApi aku tak berara apa pun…Just kawan2…Biar masa menentukan…..

08 Julai 2012 - Ahad



Dia ada program hari ni..Petang tu dia call aku ajak makan nasi dalca. Semalam hajat tak kesampaian. Aku pun setuju..Ya la, orang dah ngidam..Huhuhu..

Kami pun pergi. Masa otw tu dia nampak aku bermesej-mesej sambil tersenyum. Dia menegur aku.Katanya aku dh ada awek..Tapi aku tak ngaku..Ya la, dah mmg betul aku tak da awek..Hehe..Pas tu dia kata ptt la aku hepi…Memang 2-3 ari ni aku agak hepi tapi bukan disebabkan pmpuan tu…

Kami pun meneruskan perjalanan. Apabila sampai,  kedai tutup pulak..Huhu...Dah alang2 kami pun pergi singgah makan di tempat yang kami selalu peri..Kedai Nurul..Tak sangka aku ngan akan pergi lagi kat situ…Duduk di tempat yang sama….

Masa makan tu dia bertanya dengan siapa aku mesej..Aku pun cerita pada dia..Pompuan ni aku baru ja mesj dia..Ni masuk kali kedua. Tak kenal pun..Tak pernah jumpak..Kawan aku yang rekemen..Beriya-iya suruh aku mesej.Aku tak nak la hampakan kawan aku tu.Tu yang aku mesej..So far, ok la jugak mesej2 tu..Pompuan tu pn ramah..Tak la mati kutu sangat..Cerita kami abis setakat tu ja..

Lepas makan kami pun balik. Kami pun tak da mengungkit cita lama..Cerita kosong ja pun…Dari dulu lagi…Bia la suma tu kami simpan masing2…Cuma aku nak dia tahu, aku tak lupa suma kenangan aku dengan dia….

Malam tu dia ada call aku. Dia bertanya lagi pasal pompuan tu..Dia kata dia hepi sbb ak berkawan dengan orang lain. Dia nak aku dengan pmpuan tu lbh rapat. Dia nak pmpuan tu jadi yang terbaik utnk aku. Aku mengiyakan saja..Aku tak nak harap apa2 buat masa ni..Malas nak pikir jauh2.Kalau ada jodoh tu ada la..Aku sebenarnya dah serik kalau hubungan putus di tengah jalan..Aku dah tak nak rasa sakit yang aku lalui sebelum ni….

07 Julai 2012 - Sabtu



Ari tu dia ada call aku. Dia nak pergi rumah aku kat kampung. Nak jumpa jumpa family aku untuk kali terakhir kata dia. Aku pun bersetuju.

Jadi, pagi ni kami jumpa di bengkel kereta. Dia nak servis kereta dia. Nanti dia nak jalan jauh.  Lepas kami antar kereta, kami pegi makan di kedai ceri. Dia teringin nk makan roti canai.Ya la, roti kat cni mamak pure punya. Kat sana tak da da nanti..Lepas makan kami pun gerak ke kampung aku..

Masa sampai kt kampung aku tu mcam biasa la..Suma dah kenai dia..So, sumanya ok..Cuma mula2 tu anak menakan aku tu malu2 ngan dia..Hehe..Dia tu mmg cm tu..Lama2 tak malu dah..Letih pulak nk layan nnt.. Disebabkan sebelum dia mai pun family aku tau, jadi kak ipar aku, anak2 menakan aku datang rumah sembang2 ngan dia…DIa tu ramah jadi family aku senang dengan dia…

Kami dok kejap ja.. Petang tu kami nak balik dah. MAsa nak balik tu, dia ngan kak aku siap cium2 pipi lg..huh..jeles aku…hehehehehe…Aku tahu family aku suka dengan dia..Kak aku pun..Kalau la aku dengan dia ni jadi, tentu kak aku hepi..tapi dah kami tak da jodoh..huhu…

Aku rasa senang sebab dia rapat ngan family aku..Tak da kekok2..Aku suka suasana macam tu…Orang mudah suka kat dia..MAcam aku jugak.Snang aku nak suka kat dia.Ntah..Macam ada something…Ada tarikan..Aku senang suka kat orang tapi nak sayang tu susah sikit. Tapi aku akui dengan dia aku tak cam tu…

Balik tu dia plan nak makan nasik dalca. Ngidam kot..Tapi asa otw tu dia rasa tak selesa perut. Jadi kami pun balik terus.

Apa pun, aku hepi dia datang rumah aku sebelum dia pindah jauh…

Thursday, 5 July 2012

02 Julai 2012 - Isnin



Malam ni aku dan dia makan kat Domino..Dia teringin tu yang dia ajak aku. Mulanya aku keberatan. Ya la, wife orang..Aku suruh dia minta kebenaran dari husband dia dulu..Dia kata ok…Husband dia sporting..
Ni adalah 1st time aku g amik dia..Teringat cita lama masa aku dok kerap amik dia dulu..Aku tak sangka aku akan amik dia lagi. Akhirnya keta aku kembali hepi…Hehehe…

Kami g makan kejap ja..Abis makan tu terus balik. Lebih kurang sejam..Lama2 tak elok pulak..  Masa kami makan tu kami tak face to face sngt..Aku segan. Mungkin dia pun sama. Sebenarnya aku tak ada kekuatan nak tengok mata dia. Ntah la…Rasa kekok..Aku pun dah tak wat kepala gila cam dulu..Kebanyakan masa kami dlm keadaan serius… Lain la kalau dulu, sentiasa bergelak ketawa…

Dia akan pindah Melaka tak lama lagi. Sebab tu aku setuju nak makan ngan dia. MAsa yang dia ada kat sini Cuma 2 minggu saja lagi. Lepas tu mungkin aku dah tak berkesempatan nak berjumpa dia sampai bila2..Dan aku tahu, aku harus mengucapkan selamat tinggal kepadanya nanti..Terasa sedikit sedih bila dia tak ada. Ya la, wlupun status dia dah lain, at least aku tahu dia masih dekat dengan aku. Tapi kali ni dia akan pindah jauh, aku akan rasa lain. Tapia pa pun, aku tumpang gembira untuk dia sebab ada seseorang yang akan menjaga dia tika susah dan senang. Itu adalah yang terbaik bagi dia…