Monday, 23 July 2012

12 Julai 2012 - Khamis



 Malam tadi aku dan dia pergi makan bersama. Ditemani oleh kak kat opis dia.Mereka ingin makan berdua buat kali terakhir sebelum dia berpindah. Aku menjadi peneman dan juga driver. Ok r tuh. Bawa diaorang g makan2. Malam ni ja yang berpeluang pun.

Kami pergi ke tempat yang kali terakhir kami pernah makan bersama. Ditepi pantai dan juga pemandangan jarak jauh lampu-lampu jambatan yang indah..Aku tak banyak bercakap. Bagi peluang untuk mereka berdua.

Memang agak sedih bila memikirkan dia akan berada disini hanya sehingga esok sahaja. Selepas ini memang kami tak kan berpeluang untuk berjumpa dah. Hari depan adalah hari yang tujuannya adalah untuk diri masing-masing. Aku dengan hidup aku, dia dengan hidup dia..Aku juga sebolehnya akan cuba melenyapkan dia dari hati.

Aku dah banyak menunaikan apa yang dia inginkan sebelum ni. Cuma ada satu dua lagi yang aku tak sempat tunaikan. Berger king, teluk tempoyak dan seoul garden. Kalau la aku kami mempunyai masa 2-3 hari lagi, aku rasa aku nak tunaikan semua tu.

Balik tu dia ada beri almari dia pada aku. Tu jugak bermakna aku akan ingatkan dia setiap hari bila aku tengok almari tu. Memang susah la aku nak lupakan dia rasanya..Dia akan tetap ada bersama aku..Pink pun pink lah….huhu…

Walaupun aku agak moody malam tu, tapi aku hepi sebab dapat teman dia..Aku tak terkata..Speechless..Rasa berat dihati….

No comments:

Post a Comment