Monday, 23 July 2012

13 Julai 2012 - Jumaat


Pagi ni aku pergi kerja dengan mengerti ini adalah hari yang terakhir kami akan berjumpa. Selepas ini rasanya mungkin tak ada jodoh untuk bertemu lagi. 

Kami dah plan dari semalam masa lunch tu kami akan makan bersama. 4 orang kami dimana ianya seperti permulaan kami saling mengenali dahulu. Tapi disebabkan kawan aku demam, jadi orang lain yang ganti. Tapi tak mengapalah, bukan makan yang penting, tapi masa dengan dia tu…

Masa kami makan tu barulah aku dapat tahu yang dia akan bertolak pada petan g tu juga. Awal dari jangkaan kami. Sebenarnya kami dah plan untuk makan bersama di kedai dekat rumah dia disamping nak tolong mengangkat barang2 dia ke kereta. Tapi nampaknya tak kesampaian.

Masa kami duduk berdua, dia meminta maaf pada aku..Aku tengok riak muka dia berubah..Aku tidak membalas dan tidak juga melihatnya..Aku tak mahu dia membaca riak muka aku sebab dia memahami semua tu…

Aku sedikit ralat sebenarnya. Aku ingin berjumpa dengan dia untuk kali terakhir berdua. Namun, kita hanya merancang bukan kita yang tentukan.  Aku sedikit sedih. Banyak benda yang aku ingin cakapkan pada dia yang betulnya.

Disebabkan tak berpeluang, apa yang aku nak cakapkan tu, aku akan tuliskan disini…

Pertamanya, aku nak sangat cakapkan pada dia, terima kasih untuk segalaya. Sepanjang aku mengenali dia kira-kira setahun lebih, ia adalah sesuatu pengalaman yang tak kan aku lupakan. Tak dapat aku nk luahkan apa yang aku rasa…

Keduanya, aku nak dia tahu aku gembira sebab dia telah pun mengapai apa yang dia impikan.. Perkahwinan, family dan bakal menjadi ibu…Dan dia juga akan bersama dengan orang yang disayanginya. Sentiasa. Dia bertuah kerana mendapat seseorang yang akan menjaga dia saat susah dan senang dengan penuh tanggungjawab. Yang sayangkan dia lebih dari yang aku mampu beri.
Ketiganya..????Ntah.aku pn tak tahu…Mungkin bila aku brdepan dengan dia aku tahu apa yang akan aku cakapkan….

Lepas dari sembahyang Jumaat tu dia nak jumpa aku sekejap di opis..Bila jumpa tu dia Cuma nak bg sticker kereta yan dia pinjam drpada aku. Mungkin masa tu dia agak bz jadi kami tak sempat bual apa pun…Dan masa aku keluar lif, itulah kali terakir aku melihat dia…Hanya senyum pahit..Aku tak dapat nak berkata-kata…Aku agak sedih……Senyuman terakhir yang dapat aku lihat. Senyuman yang menyenangkan hati aku selalu…..

Aku balik dengan rasa tak senang dihati. Berat untuk menerima hakikat dia akan pergi jauh dari aku…Mungkin, perasaan ini tidak sama sepertimana  kali terakhir kami berjumpa sebelum dia berkahwin tetapi ianya mempunyai satu persamaan… Perasaan yan menyesakkan…..
Sebolehnya aku nak berjumpa dengan dia tapi dah tak berpeluang…Aku gundah…Tak tahu apa yang aku rasakan. Bilamana cahaya itu mula membuat aku tersenyum, tiba2 cahaya itu hilang dengan sekelip mata..

Aku pun mesej dia….

Awak, terima kasih untuk semuanya…terlalu banyak…minta maap jugak sbb banyak wat salah..jaga diri baik2 k. Apa pun, tahniah..epi2 selalu…

Pastu dia pun reply…

Xpa wak, sy suka semua yg saya buat tuk awk. Bnyk benda yg saya nk cakap utk yg last ni tp xtkeluar dari mulut ni. Awk lagi bnyk bekorban tuk saya. Sy tau awk sangup buat biar  awk sakit asal saya epi..bnyk sngt sy sakitkn awk. Sy minta maaf sgt pasal hal2 yg lpas tau..smua knangan tu sy tetap simpan n ingt smp bila2..tq gak sanggup terima sy sbgai kwn wlupun lpas apa yg berlaku antara kita. Kimslm family awk semua ya.sy da anggap dorg mcm kluarga sndiri..salam syg sy utk awk n yg lain tau….

Aku sedih bila baca mesej tu…

No comments:

Post a Comment