Tadi dia ada call aku...Dia bagitau dia da dapat tukar ke Melaka..Aku agak terkejut. Ya la, baru ja dia bgtau aku dia buat permohonan. Tiba2 ari ni dah dapat tukar. Cepat sungguh...
Aku agak sedih tapi dalam masa yang sama aku hepi. Ya la, dia dah dekat dengan husband dia. Tu satu yang menggembirakan. Tk perlu dia nak melayan semua perangai orang kat sini...Semua masalah selesai...Time2 mengandung ni memang sepatutnya tinggal bersama dengan husband. Apa2 senang nanti..
Apa pun, aku hepi...Walaupun dia kata dia sedih nak tinggalkan tempat ni tapi ni adalah kebaikan dia...Aku harap dia akan lebih hepi disana nanti disamping husband dan bakal cahayamata.....
Dan ini bermakna, kisah aku dan dia akan berakhir......... Tiada lagi cerita tentang aku dan dia...
Friday, 29 June 2012
Tuesday, 26 June 2012
26 Jun 2012 - Selasa
Sejak kami baik dia ada juga menghubungi aku sekali sekala. Aku faham keadaan dia..Emosi dia kurang stabil. Kawan serumah pun macam tak wujud...
Semalam aku makan malam di kedai berhampiran rumah dia..Dia mengajak aku meneman dia..Sembang-sembang kosong dan jugak pasal rumah sewa yang dia cari..Aku berharap dia dapat mencari rumah secepat mungkin...Aku tak mahu dia makin tertekan....
Thursday, 21 June 2012
400 days with her....
Hubungan aku dan dia bertambah baik. Kami menjadi kawan seperti yang lainnya...Cuma buat masa ni bila berdepan dengan dia, aku masih lagi janggal untuk bercakap dengan selesa. Ntah la..Tapi aku yakin, sikit hari lagi semuanya akan kembali menjadi normal..
Mungkin sebelum ni aku seperti susah untuk melupakan dia. Tapi perasaan itu beransur-ansur lenyap bila aku kembali berbaik dengan dia...Betul kata orang, kemaafan itu adalah yang terindah...Walaupun dia tidak ada kesalahan dengan aku, tapi aku maafkan dia dengan erti kata lain aku menerima dengan kerelaan hati yang dia milik orang...Dan itu membuatkan aku semakin gembira dengan hidup aku. Tak ada lagi kongkongan perasaan yang menghimpit..Aku patut lepaskan dia pergi dari dulu lagi sebenarnya...
Dulu, aku dan dia selalu hepi bersama. Setiap apa yang kami lakukan penuh dengan gelak dan tawa..Bila kami shoping, mall seperti kami yang punya..Gurau sana-gurau sini dan tidak pedulikan orang sekeliling..Sekejap aku menyorok dari dia, sekejap dia menyorok dari aku..Dan macam2 lagi kami buat..Mungkin, kami tak seperti orang dewasa ketika itu...Bila masuk di bahagian barang2 rumah, kami selalu kata nak beli itu, nak beli ini untuk rumah..Nak buat itu, nak buat ini nak cantikkan lagi rumah kami..Bila di bahagian pakaian kanak2, kami juga selalu nak belikan pakaian untuk anak2 kami. Syazlee, Syifa dan sufia...Nak belikan seluar, skirt dan macam2 lg untuk mereka...Macam2 lagi gurauan kami..Walaupun kami tahu di penghujung cerita kami adalah sebaliknya, tapi kami tetap bergembira seperti itu...Dan sememangnya kami gembira walaupun itu hanya sekadar angan-angan....
Memang, dengan dia adalah hari yang terbaik bagi aku...Dia memahami aku..Itu yang membuatkan aku gembira....Bila aku dan dia gembira, itu adalah hari yang hepi untuk aku..Tapi bila kami bergaduh, itu adalah hari yang sangat sesak untuk aku...Namun itu semua sudah pun berlalu..Aku menerima kenyataan itu...
Untuk apa aku menulis diari ini??? Kerana dari mula lagi aku tahu hubungan aku dengan dia tidak akan berakhir seperti yang aku inginkan. Aku sedar semua tu dari dulu lagi. Sebab tu aku buat semua ni..Untuk jadikan satu kenangan yang indah antara kami...Ada orang kata, melupakan kesedihan adalah melalui tulisan. Mungkin betul, tapi sekurang-kurangnya bila dia dah tak ada dengan aku, aku masih ada ini untuk mengingatkan kembali cerita aku dan dia...Kenangan aku dan dia akan terus hidup walaupun watak aku dan dia telah mati...
Jadi, untuk apa aku terus menerus bersedih?.Aku sayangkan dia..Dari dulu lagi aku nakkan dia hidup dengan gembira..Dan kini, memang dia gembira...Perlukah aku bersedih lagi??Tak, aku juga seharusnya gembira..Menikmati hidup..Dah tertulis dia bukan untuk aku..Dan dah tertulis ada seseorang yang dijadikan untuk aku.. Aku patut melepaskan dia pergi dengan bayang-bayang dia bersama...Kami seharusnya gembira sepertimana kami bergembira dahulu..Hidup itu tak berubah....Yang berubah cuma aku dan dia..Sekarang, aku patut menciptakan sesuatu yang indah untuk diri aku seperti dia ada sesuatu yang indah bersama dia..Aku patut buang semua yang membelenggu hati ini..Kerinduan pada hari semalam tak kan dibawa pada hari ini...Kadang-kadang kita kena lupakan seseorang pada masa silam kita kerana mereka tak mempunyai ruang dlm hidup kita dimasa depan...
Kini adalah masa untuk aku melupakan dia..Aku harus meneruskan kehidupan aku tanpa dia..Dah 400 hari lebih hidup aku terikat dengan dia dan sudah tiba untuk aku melalui hari hari baru..Hari pertama aku tanpa kewujudan dia....Aku masih lagi menunggu hari itu..InsyaAllah aku yakin tak lama lagi ianya akan tiba...Hari pertama yang bakal tiba...InsyaAllah....
21 Jun 2012 - Khamis
Hari ni aku pergi opis kejap..Doktor suruh datang untuk setelkan kerja sikit..Aku pun datang..
Kebetulan time tu ada meeting, jadi ada la makan free..Dan kebetulan jugak tu bubur pulut hitam..Jadi aku tak lepaskan peluang tu untuk tapau. Aku nak bg pada dia..Aku tau dia suka...
Petang tu kami berjumpa berhampiran opis..Kami sembang2 lepas tu kami pun balik...Malam tu pulak dia call aku...Sembang2..Dia jugak tanya pasal rumah sewa..Buat setakat ni belum ada kekosongan lagi.Dah ramai kawan aku tanya tapi masih belum ada....

19 Jun 2012 - Selasa
Petang ni dia minta tolong aku belikan bubur untuk dia...Mengidam kot..Jadi aku pun belikan dan beri pada dia kt opis..Dia pakai baju baru..Cantik...Hehehe..Aku hepi dapat tolong dia hari tu...
15 Jun 2012 - Jumaat
Malam ni aku berjumpa lagi dengan dia.. Di kedai yang berhampiran dengan rumah dia...Bukan apa, aku nak balik kampung keesokan harinya. Dia nak bagi barang untuk kakak aku..Tak apa la, aku on ja..
Dah lama aku tak makan di sini dengan dia..Kali terakhir kami makan disini masa dia baru balik ke Penang selepas dia kawin..Rindu jugak suasana aku kt sini..
Kami just sembang2...Lepas tu baru dia teringat dia terlupa untuk bawa barang tu. Jadi, masa balik tu aku mengiringi dia ke rumah.Like the old days..Berjalan sambil bergurau..Romantiuk..Sekali lagi aku rindu saat2 macam ni..Huhu..Aku tak sangka boleh lagi berulang...
Lepas dia bagi ikan bilis tu, aku pun balik....

13 Jun - Rabu
Sejak aku dan dia berjumpa pada minggu lepas, hubungan aku dan dia bertambah baik. Baik tu bukan bermaksud kami menjadi seperti dulu. Tak, cuma aku dan dia dah boleh sembang-sembang. Dia dah mengandung pun. Tak kan aku masih nk berharap jd mcm dulu..Hiiisshhhh....Merepek...
Sebenarnya, sejak dari perjumpaan tu, aku menyedari satu perkara. Rupanya keredhaan itu mendatangkan ketenangan hati..Manakan tidak, selama ni aku cuma mahu menjauhkan diri dari dia. Lari dari dia..Dan disebabkan itu, aku terbelenggu oleh perasaan aku. Aku terseksa diatas perbuatan aku sendiri. Setiap hari aku merindukan dia seolah-olah aku tak dapat menerima kenyataan yang dia telah pergi dari aku.
Tapi setelah berjumpa dan berbaik-baik dengan dia, aku seolah-olah bebas. Tidak lagi dihimpit perasaan yang membebankan. Perasaan yang menyesakkan aku seolah-olah telah pun terbang jauh ..Aku rasa tenang....Aku menjadi semakin gembira...Dan yang penting, aku telah benar-benar dan dengan sepenuh kerelaan melepaskan dia pergi dari hati...
Aku gembira. Tidak lagi sesak didada.

Tuesday, 12 June 2012
12 Jun 2012 - Selasa
Malam tadi dia ada call aku...Tanya pasal exam dan sembang2 kosong...Dia minta tolong aku carikan rumah...Aku faham masalah dia..Lagipun dia penat nak naik tangga. Tingkat 4 pulak tu..Memenatkan bg perempuan yg mengandung...
Aku menasihatkan dia jaga kesihatan baik2..Jangan bersedih dan jgn stress sangat..Tak elok untuk kesihatan tu. Aku tahu, emosi dia sedikit terganggu. Ya la, dah la kerja ditempat baru, kawan rumah pulak tak amik peduli sngt, husband pulak jauh. Tu adalah satu dugaan yang sangat berat...Keseorangan..Dah la seorang perempuan...Pertama kali mengandung...Agak susah untuk sesuaikan diri...Aku mungkin boleh menolong sekadar yang mampu....
Aku tahu dia sebak bila bercakap dengan aku..Dia tak dapat nk sembunyikan..Aku tak suka dia bersedih sebenarnya...Aku nak dia selalu hepi...Tapi bila aku bayangkan kalau aku di tempat dia, aku juga akan merasakan kesedihan yang sama....Tak banyak yang boleh aku lakukan...
Aku akan tetap ada untuk dia...Aku tak mahu dia rasa keseorangan....Kami akan tetap kawan baik smp bila2...
11 Jun 2012 - Isnin
Pagi ni lepas breakfast aku berselisih dengan dia di cafe..Terkejut jugak aku. Ya la, kalau diikutkan hari ni 1st dia kena kerja ditempat lain..Sempat juga aku menegur dia...
Tak lama selepas itu dia mesej aku...Dia kata datang sbb nak setelkan meeting. Lepas tu akan balik sana.
Dah alang-alang tu, aku ajak dia jumpa sekejap tengah ari nanti...Dia setuju..
Bila kami berjumpa tu, tak banyak sngt dibualkan..Berkisarkan kerja dengan exam..Mungkin lepas ni kami tak berkesempatan untuk berjumpa dah...
Dia pakai baju putih. Aku ingat lagi baju ni...Baju baru...Cantik dia....Rindu aku masa dulu....huhu
10 Jun 2012 - Sabtu
Malam tu dia ada call aku..Bertanya mengenai exam...Lepas tu dia ada bagitu aku dia mmg mengandung. Dah dua bulan...Aku tumpang gembira bila mendengarnya...
Tiba-tiba aku teringatkan pada Syazlee, Syifa dan juga Sufia...huhu....
Saturday, 9 June 2012
07 Jun 2012 - Khamis
Seperti yang telah dirancang, lepas balik kerja ni kami akan berjumpa..Disebabkan tak jadi di opis, kami pergi makan di stadium...tempat ni aku selalu jugak datang makan dengan dia dulu...
Sebenarnya, aku kekok..Aku rasa macam susah untuk face to face dengan dia..Ntah la..Tak boleh nak bertentang mata..Rasa berat..Tapi aku kuatkan jugak...
Dari jauh aku dah nampak dia...Dalam hati aku hepi..Ya la, dah lama tak jumpa dia...Macam biasa, dia tetap cantik...Senang ati aku tengok dia....
Bila dah jumpa tu aku cuba control diri aku..Ya la, klu dua2 blur, nak sembang apa nnt.....Tapi, disebabkan kami macam dah faham masing2, perbualan kami lancar wlupun kadang kadang ada juga suasana diam...
Dalam dok bersembang tu, ada juga muzik latar dari kedai..Lagu kenangan kami pulak tu..Cintamu mekar dihati..Hai, macam tau2 ja kedai ni..Dah la time tu suasana agak sentimental..Aku tak pasti dia dengar atau tak, tapi time tu, aku 'terindukan' dia.....
Apa pun, aku hepi dpt jumpa dia..Mungkin luaran tu aku kata aku tak nak jumpa dia tapi dalam hati sebenarnya berlawanan..huhu.....
06 Jun 2012 - Rabu
Ari ni dia ada mesej aku. Bgtau dia dh dapat surat pertukaran kerja di daerah....Bila dapat mesej tu, aku rasa macam sedih pun ada...
Pastu ajak dia kuar makan..Bukan kat mana pun, kt opis ni jugak...Ya la, ari jumaat ni dia dah last keja kat sini...Jadi, nak jugak jumpa dia wat kali terakhir kt bangunan ni. Tempat dimana 1st kami kenal...
Aku tak tahu apa yang aku buat ni elok atau tak..Tapi lepas ni memang susah aku nak jumpa dia dah. Tak pa la, niat aku yang sebolehnya tak nak jumpa dia dah tu aku tangguhkan dulu...
Malam pulak dia ada call aku. Saja nak sembang2 katanya...Dalam dok sembang2 tu akhirnya dia pun meluahkan apa yang dia rasa selama ni...Bukan mengenai aku, tapi pasal kehidupan dia..Stress dengan orang sekeliling di tempat kerja...Macam2 jugak dia ceritakan dengan aku...Dia jugak menangis....
Aku cukup tak suka kalau dia menangis..Baru aku tahu selama ni aku membiarkan dia keseorangan dalam melalui hari2 yang aku sangkakan dia gembira....Aku rasa bersalah. Aku tak hiraukan perasaan dia. Aku tak kotakan janji aku pada dia bila aku akan tetap ada untuk dia bila dia memerlukan...Aku biarkan dia bersedih...Kejam rasanya aku......Rasa bersalah...
Dalam pada tu jugak dia kata dia seperti tak dipedulikan oleh aku...Dia rasa terpinggir..Kes bowling hari tu...Aku dah agak dia terasa jugak sebabkan hal tu...Lagi sekali aku rasa bersalah....
Lama jugak kami berbual..Tu la perbualan kami paling lama sejak dia berkahwin...Banyak yang dia ceritakan.. Aku tahu dia melalui tekanan yang berat.. Aku akan tetap ada untuk dia....Apa yang aku harapkan kesedihan dia akan berakhir dengan cepat dan aku jugak mengharapkan dia cepat dapat bertukar di samping suami dia agar dia lebih hepi...... Itu yang pasti....

Monday, 4 June 2012
04 Jun 2012 - Isnin
Ari ni aku buka YM...Aku dah jarang online sejak tak chat ngan dia....
Bila aku buka, aku dpt mesej dari dia jumaat lepas...Dia kata dia akan kerja di daerah tak lama lagi...Tak kerja di bangunan yang sama dah..Ini bermakna aku tak akan jumpa dia dah...Ini bermakna semangat aku di bangunan ini juga akan hilang....
Bila kami chat, memang confirm dia kena pindah nnt..Tak lama dah..Minggu ni last..Bertambah sedih aku...Dah la keja satu bangunan pun susah nak jumpa. Ni kan pulak dia keja kat lain..Memang tak berpeluang la nak jumpa dia lepas ni...
Dah lama aku tak jumpa dia. Ada jugak terlintas di fikiran aku nak lunch dengan dia ari jumaat nanti..Last makan dengan dia di opis. Lepas tu rasanya dah tak kan ada peluang...
Memang ralat jugak rasa. Dah la dia pergi dari perasaan aku, sekarang ni nak pergi jauh dari aku pulak...Mungkin dah ditakdirkan macam ni..Tak terkata aku...
Apa pun, aku harapkan dia hepi bekerja walau dimana pun...

Friday, 1 June 2012
01 Jun 2012 - Jumaat
Last dia call aku rabu minggu lepas. Tu pun sebab nak bagi kad
kenduri.Kalau bukan sebab tu, aku rasa dia tak call dah. Mungkin dia masih
terasa hati pasal ari tu tak pun dia memang tak nak contact aku dah . Tak pa
la..Aku macam mana pun tak pa..Cuma tipu la aku kata aku tak tunggu dia
call..Walaupun aku mcm jual mahal, tapi at least aku nak tahu jugak macam mana
dgn kehidupan dia..Aku tahu dia sedang bahagia sbb baru lepas kenduri cuma aku
nak tahu pasal hal dia yang lain contohnya perkembangan kerja dia..
Setiap hari aku datang kerja mesti aku akan cari kereta dia
dulu. Aku nak tahu dia datang atau tak. Lagipun dah lama aku tak jumpa dia. Bak
kata orang, tak dapat tengok orang tengok kereta pun jadi lah...huhu..
Aku mengharapkan agar dia tak memusuhi aku..Aku nak dia faham sejak dia jadi milik orang aku dah tak boleh nak layan dia macam dulu lagi. Aku dah tak boleh nak rapat2 dengan dia lagi. Memang betul aku ramai kawan perempuan yang rapat dengan aku sekalipun diaorang dah berkahwin. .Aku boleh berbaik dengan diaorang sebab aku tak da perasaan apa..Tapi kes aku dengan dia lain..Buat masa ni apa yang aku nak fokuskan ialah cari jalan macammana nak lupakan dia...
Aku selalu terkenangkan cerita indah aku dan dia..Aku selalu
baca mesej2 lama yang dia antar dulu..Banyak kenangan yang akan membuatkan aku
teringatkan dia...Banyak yang kami lalui...Banyak yang kami kongsi...Semua tu
aku rindukan...Saat aku bershoping dengan dia, saat makan bersama,sehinggakan
saat kami berjalan kaki ketika menghantar dia ke rumah juga adalah indah. Walaupun
semua tu dah berlalu, namun aku tetap akan simpan dalam hati.
Kenapa aku suka dia?..aku tak ada jawapan untuk itu tapi
yang pastinya cara dia memandang aku, cara dia melayan aku lain dari yang lain.
Dia jenis yang caring, ada sense of humor,pandai amik hati, keras hati,jenis
yang tak berputus asa, cepat ramah, manja, bertanggungjawab, senang
tersinggung, tak berkira, pandai masak
dan banyak lagi....Bertuah husband dia....Aku mendoakan dia akan
berbahagia sebab dia layak untuk semua tu..Aku yakin dia dapat menguruskan
rumah tangga dengan baik...
Minggu depan aku ada final exam. Sampai sekarang ni aku tak
prepare apa pun. Aku tak kata sebab dia aku tak boleh nak fokus cuma aku mcm
tak ada semangat nak study...Mungkin disebabkan malas sama rasanya. Dulu aku
masih ingat lagi masa mula-mula aku pergi daftar utnuk study di USM..Dia ada
mesej aku. Memberi dorongan dan kata-kata semangat. Bila aku dapat mesej macam
tu, aku rasa terharu sangat. Kalau la boleh diukur semangat aku hari tu, aku
rasa tinggi lagi dari gunung everest. Sampai macam tu sekali kesan kata-kata
dia pada aku..Dan aku jugak dapat mms dari dia. Berbaju kesukaan aku..My pinky
girl...Memang aku hepi sangat....Memang betul kalau kita dapat kata-kata
semangat dari orang yang kita sayang, ianya tak ternilai....
Aku mendoakan agar dia gembira selalu disamping orang
tersayang. .Cepat jadi ibu..Dan semua yang terbaik untuk dia..Aku akan tetap
simpan kenangan setiap kenangan kami kerana cintamu mekar dihati...
Subscribe to:
Comments (Atom)