Saturday, 9 June 2012

06 Jun 2012 - Rabu

Ari ni dia ada mesej aku. Bgtau dia dh dapat surat pertukaran kerja di daerah....Bila dapat mesej tu, aku rasa macam sedih pun ada...

Pastu ajak dia kuar makan..Bukan kat mana pun, kt opis ni jugak...Ya la, ari jumaat ni dia dah last keja kat sini...Jadi, nak jugak jumpa dia wat kali terakhir kt bangunan ni. Tempat dimana 1st kami kenal...

Aku tak tahu apa yang aku buat ni elok atau tak..Tapi lepas ni memang susah aku nak jumpa dia dah. Tak pa la, niat aku yang sebolehnya tak nak jumpa dia dah tu aku tangguhkan dulu...

Malam pulak dia ada call aku. Saja nak sembang2 katanya...Dalam dok sembang2 tu akhirnya dia pun meluahkan apa yang dia rasa selama ni...Bukan mengenai aku, tapi pasal kehidupan dia..Stress dengan orang sekeliling di tempat kerja...Macam2 jugak dia ceritakan dengan aku...Dia jugak menangis....

Aku cukup tak suka kalau dia menangis..Baru aku tahu selama ni aku membiarkan dia keseorangan dalam melalui hari2 yang aku sangkakan dia gembira....Aku rasa bersalah. Aku tak hiraukan perasaan dia. Aku tak kotakan janji aku pada dia bila aku akan tetap ada untuk dia bila dia memerlukan...Aku biarkan dia bersedih...Kejam rasanya aku......Rasa bersalah...

Dalam pada tu jugak dia kata dia seperti tak dipedulikan oleh aku...Dia rasa terpinggir..Kes bowling hari tu...Aku dah agak dia terasa jugak sebabkan hal tu...Lagi sekali aku rasa bersalah....

Lama jugak kami berbual..Tu la perbualan kami paling lama sejak dia berkahwin...Banyak yang dia ceritakan.. Aku tahu dia melalui tekanan yang berat.. Aku akan tetap ada untuk dia....Apa yang aku harapkan kesedihan dia akan berakhir dengan cepat dan aku jugak mengharapkan dia cepat dapat bertukar di samping suami dia agar dia lebih hepi...... Itu yang pasti....


No comments:

Post a Comment