Thursday, 21 June 2012

400 days with her....


Hubungan aku dan dia bertambah baik. Kami menjadi kawan seperti yang lainnya...Cuma buat masa ni bila berdepan dengan dia, aku masih lagi janggal untuk bercakap dengan selesa. Ntah la..Tapi aku yakin, sikit hari lagi semuanya akan kembali menjadi normal..

Mungkin sebelum ni aku seperti susah untuk melupakan dia. Tapi perasaan itu beransur-ansur lenyap bila aku kembali berbaik dengan dia...Betul kata orang, kemaafan itu adalah yang terindah...Walaupun dia tidak ada kesalahan dengan aku, tapi aku maafkan dia dengan erti kata lain aku menerima dengan kerelaan hati yang dia milik orang...Dan itu membuatkan aku semakin gembira dengan hidup aku. Tak ada lagi kongkongan perasaan yang menghimpit..Aku patut lepaskan dia pergi dari dulu lagi sebenarnya...

Dulu, aku dan dia selalu hepi bersama. Setiap apa yang kami lakukan penuh dengan gelak dan tawa..Bila kami shoping, mall seperti kami yang punya..Gurau sana-gurau sini dan tidak pedulikan orang sekeliling..Sekejap aku menyorok dari dia, sekejap dia menyorok dari aku..Dan macam2 lagi kami buat..Mungkin, kami tak seperti orang dewasa ketika itu...Bila masuk di bahagian barang2 rumah, kami selalu kata nak beli itu, nak beli ini untuk rumah..Nak buat itu, nak buat ini nak cantikkan lagi rumah kami..Bila di bahagian pakaian kanak2, kami juga selalu nak belikan pakaian untuk anak2 kami. Syazlee, Syifa dan sufia...Nak belikan seluar, skirt dan macam2 lg untuk mereka...Macam2 lagi gurauan kami..Walaupun kami tahu di penghujung cerita kami adalah sebaliknya, tapi kami tetap bergembira seperti itu...Dan sememangnya kami gembira walaupun itu hanya sekadar angan-angan....

Memang, dengan dia adalah hari yang terbaik bagi aku...Dia memahami aku..Itu yang membuatkan aku gembira....Bila aku dan dia gembira, itu adalah hari yang hepi untuk aku..Tapi bila kami bergaduh, itu adalah hari yang sangat sesak untuk aku...Namun itu semua sudah pun berlalu..Aku menerima kenyataan itu...

Untuk apa aku menulis diari ini??? Kerana dari mula lagi aku tahu hubungan aku dengan dia tidak akan berakhir seperti yang aku inginkan. Aku sedar semua tu dari dulu lagi. Sebab tu aku buat semua ni..Untuk jadikan satu kenangan yang indah antara kami...Ada orang kata, melupakan kesedihan adalah melalui tulisan. Mungkin betul, tapi sekurang-kurangnya bila dia dah tak ada dengan aku, aku masih ada ini untuk mengingatkan kembali cerita aku dan dia...Kenangan aku dan dia akan terus hidup walaupun watak aku dan dia telah mati...

Jadi, untuk apa aku terus menerus bersedih?.Aku sayangkan dia..Dari dulu lagi aku nakkan dia hidup dengan gembira..Dan kini, memang dia gembira...Perlukah aku bersedih lagi??Tak, aku juga seharusnya gembira..Menikmati hidup..Dah tertulis dia bukan untuk aku..Dan dah tertulis ada seseorang yang dijadikan untuk aku.. Aku patut melepaskan dia pergi dengan bayang-bayang dia bersama...Kami seharusnya gembira sepertimana kami bergembira dahulu..Hidup itu tak berubah....Yang berubah cuma aku dan dia..Sekarang, aku patut menciptakan sesuatu yang indah untuk diri aku seperti dia ada sesuatu yang indah bersama dia..Aku patut buang semua yang membelenggu hati ini..Kerinduan pada hari semalam tak kan dibawa pada hari ini...Kadang-kadang kita kena lupakan seseorang pada masa silam kita kerana mereka tak mempunyai ruang dlm hidup kita dimasa depan...

Kini adalah masa untuk aku melupakan dia..Aku harus meneruskan kehidupan aku tanpa dia..Dah 400 hari lebih hidup aku terikat dengan dia dan sudah tiba untuk aku melalui hari hari baru..Hari pertama aku tanpa kewujudan dia....Aku masih lagi menunggu hari itu..InsyaAllah aku yakin tak lama lagi ianya akan tiba...Hari pertama yang bakal tiba...InsyaAllah....




No comments:

Post a Comment