Monday, 4 June 2012

04 Jun 2012 - Isnin

Ari ni aku buka YM...Aku dah jarang online sejak tak chat ngan dia....

Bila aku buka, aku dpt mesej dari dia jumaat lepas...Dia kata dia akan kerja di daerah tak lama lagi...Tak kerja di bangunan yang sama dah..Ini bermakna aku tak akan jumpa dia dah...Ini bermakna semangat aku di bangunan ini juga akan hilang....

Bila kami chat, memang confirm dia kena pindah nnt..Tak lama dah..Minggu ni last..Bertambah sedih aku...Dah la keja satu bangunan pun susah nak jumpa. Ni kan pulak dia keja kat lain..Memang tak berpeluang la nak jumpa dia lepas ni...

Dah lama aku tak jumpa dia. Ada jugak terlintas di fikiran aku nak lunch dengan dia ari jumaat nanti..Last makan dengan dia di opis. Lepas tu rasanya dah tak kan ada peluang...

Memang ralat jugak rasa. Dah la dia pergi dari perasaan aku, sekarang ni nak pergi jauh dari aku pulak...Mungkin dah ditakdirkan macam ni..Tak terkata aku...

Apa pun, aku harapkan dia hepi bekerja walau dimana pun...

No comments:

Post a Comment