Sejak aku dan dia berjumpa pada minggu lepas, hubungan aku dan dia bertambah baik. Baik tu bukan bermaksud kami menjadi seperti dulu. Tak, cuma aku dan dia dah boleh sembang-sembang. Dia dah mengandung pun. Tak kan aku masih nk berharap jd mcm dulu..Hiiisshhhh....Merepek...
Sebenarnya, sejak dari perjumpaan tu, aku menyedari satu perkara. Rupanya keredhaan itu mendatangkan ketenangan hati..Manakan tidak, selama ni aku cuma mahu menjauhkan diri dari dia. Lari dari dia..Dan disebabkan itu, aku terbelenggu oleh perasaan aku. Aku terseksa diatas perbuatan aku sendiri. Setiap hari aku merindukan dia seolah-olah aku tak dapat menerima kenyataan yang dia telah pergi dari aku.
Tapi setelah berjumpa dan berbaik-baik dengan dia, aku seolah-olah bebas. Tidak lagi dihimpit perasaan yang membebankan. Perasaan yang menyesakkan aku seolah-olah telah pun terbang jauh ..Aku rasa tenang....Aku menjadi semakin gembira...Dan yang penting, aku telah benar-benar dan dengan sepenuh kerelaan melepaskan dia pergi dari hati...
Aku gembira. Tidak lagi sesak didada.
No comments:
Post a Comment