Friday, 1 June 2012

01 Jun 2012 - Jumaat


Last dia call aku rabu minggu lepas. Tu pun sebab nak bagi kad kenduri.Kalau bukan sebab tu, aku rasa dia tak call dah. Mungkin dia masih terasa hati pasal ari tu tak pun dia memang tak nak contact aku dah . Tak pa la..Aku macam mana pun tak pa..Cuma tipu la aku kata aku tak tunggu dia call..Walaupun aku mcm jual mahal, tapi at least aku nak tahu jugak macam mana dgn kehidupan dia..Aku tahu dia sedang bahagia sbb baru lepas kenduri cuma aku nak tahu pasal hal dia yang lain contohnya perkembangan kerja dia..

Setiap hari aku datang kerja mesti aku akan cari kereta dia dulu. Aku nak tahu dia datang atau tak. Lagipun dah lama aku tak jumpa dia. Bak kata orang, tak dapat tengok orang tengok kereta pun jadi lah...huhu..

Aku mengharapkan agar dia tak memusuhi aku..Aku nak dia faham sejak dia jadi milik orang aku dah tak boleh nak layan dia macam dulu lagi. Aku dah tak boleh nak rapat2 dengan dia lagi. Memang betul aku ramai kawan perempuan yang rapat dengan aku sekalipun diaorang dah berkahwin. .Aku boleh berbaik dengan diaorang sebab aku tak da perasaan apa..Tapi kes aku dengan dia lain..Buat masa ni apa yang aku nak fokuskan ialah cari jalan macammana nak lupakan dia...

Aku selalu terkenangkan cerita indah aku dan dia..Aku selalu baca mesej2 lama yang dia antar dulu..Banyak kenangan yang akan membuatkan aku teringatkan dia...Banyak yang kami lalui...Banyak yang kami kongsi...Semua tu aku rindukan...Saat aku bershoping dengan dia, saat makan bersama,sehinggakan saat kami berjalan kaki ketika menghantar dia ke rumah juga adalah indah. Walaupun semua tu dah berlalu, namun aku tetap akan simpan dalam hati.

Kenapa aku suka dia?..aku tak ada jawapan untuk itu tapi yang pastinya cara dia memandang aku, cara dia melayan aku lain dari yang lain. Dia jenis yang caring, ada sense of humor,pandai amik hati, keras hati,jenis yang tak berputus asa, cepat ramah, manja, bertanggungjawab, senang tersinggung, tak berkira, pandai masak  dan banyak lagi....Bertuah husband dia....Aku mendoakan dia akan berbahagia sebab dia layak untuk semua tu..Aku yakin dia dapat menguruskan rumah tangga dengan baik...

Minggu depan aku ada final exam. Sampai sekarang ni aku tak prepare apa pun. Aku tak kata sebab dia aku tak boleh nak fokus cuma aku mcm tak ada semangat nak study...Mungkin disebabkan malas sama rasanya. Dulu aku masih ingat lagi masa mula-mula aku pergi daftar utnuk study di USM..Dia ada mesej aku. Memberi dorongan dan kata-kata semangat. Bila aku dapat mesej macam tu, aku rasa terharu sangat. Kalau la boleh diukur semangat aku hari tu, aku rasa tinggi lagi dari gunung everest. Sampai macam tu sekali kesan kata-kata dia pada aku..Dan aku jugak dapat mms dari dia. Berbaju kesukaan aku..My pinky girl...Memang aku hepi sangat....Memang betul kalau kita dapat kata-kata semangat dari orang yang kita sayang, ianya tak ternilai....

Aku mendoakan agar dia gembira selalu disamping orang tersayang. .Cepat jadi ibu..Dan semua yang terbaik untuk dia..Aku akan tetap simpan kenangan setiap kenangan kami kerana cintamu mekar dihati...

No comments:

Post a Comment