Sejak dia berpindah jauh, kami dah jarang
berhubung. Ada pun pada 3 mggu lepas. Dia
bgtau dapat interview. Lepas tu mggu lepas dia ada mesej bertanya
khabar.Itu saja. Sekarang, aku dah tak berapa tahu perkembangan cerita dia. Aku
tipu kalau aku kata aku tak kisah kalau dia tak call. Bukan apa, at least nak
jugak aku tahu khabar berita dari dia. Walaupun begitu, yang pastinya aku tahu
dia gembira disana.
Dalam masa yang sama, aku meneruskan kehidupan harian dengan azam yang aku semat untuk melupakan dia. Perlahan-lahan. Aku juga berdoa agar diberi kekuatan untuk melalui hari-hari yang mendatang. Buat masa ni, aku masih merindukan dia tapi yang nyatanya hati aku tidak lagi sesesak dulu. Aku akan menumpukan perhatian untuk melupakan dia. Itu saja yang aku mahukan.
Aku harus sedar. Dia hanya kenangan
lalu.Kenangan yang tak akan akan
berulang lagi. Walaupun aku rasakan kenangan itu sangat berharga, namun aku
harus akur untuk melepaskan dia pergi. Aku tak perlu bersedih.Aku tak kan dapat
menerima orang yang lain sekiranya aku masih menganggap waktu aku bersama dia
adalah yang terbaik untuk aku. Aku
juga tak boleh menganggap
kenangan dia adalah yang terindah sehinggakan aku tak boleh mencipta
keindahan dengan orang lain. The reason people find it so hard to be
happy because they think the past better than it was. Jika aku berfikiran
begitu, maknanya sampai bila-bila pun aku akan bersedih dengan kehilangan dia.
Sampai bila2 pun aku akan rasakan tiada siapa yang boleh menggantikan dia. Mind
set aku patut berubah. Kenapa aku patut dikongkong perasaan sebegini
sedangkan aku masih mempunyai seribu
alasan untuk bergembira. Aku masih mempunyai kawan-kawan yang begitu baik
disekeliling aku. Lagi pun dia sedang bergembira, aku juga patut gembira.
Aku akui, memang susah untuk aku lupakan
dia. Dah banyak yang kami lalui bersama. Ini bukan cerita sehari dua. Tapi
melangkaui setahun lebih. Lebih kurang 500 hari. Gelak tawa, sedih duka telah
menghiasi hari2 kami. Segala cerita juga kami kongsikan bersama seiring dengan
perasaan. Tak ada hari-hari aku yang aku lalui tanpa dia. Dia sentiasa ada tak
kira sejauh mana aku berada.Aku tak keseorangan.Siang malam dia menghiasi aku.
Aku tak tahu kenapa aku begitu mudah
sayangkan dia sedangkan aku tahu dia sudah mempunyai orang lain.Setiap hari aku
berperang dengan perasaan aku. Fikiran aku cuba untuk tidak dekat dengan dia
tapi hati aku sebaliknya.Aku tewas. Dia begitu baik dengan aku. Memahami
aku.Cara dia melayan,cara dia mengambil berat,cara dia bergurau membuatkan aku
semakin hari semakin sayangkan dia. Walaupun aku sedar hakikat dia tak akan
menjadi tulang rusuk aku, tapi hati aku masih berdegil untuk meneruskan
perasaan yang aku rasakan indah dalam kepahitan. Setiap hari kami mencipta
keindahan dan setiap hari juga aku tahu bila sampai masa, dia akan meninggalkan
aku. Namun sedikitpun tidak mengurangkan apa yang aku rasa pada dia. Gila.
Memang gila bila kita tahu dia akan tinggalkan kita tapi kita masih tetap terus
sayangkan dia. Aku sanggup mengambil risiko tu hanya untuk keindahan sementara.
Dihari perkahwinan dia, ketika orang lain
bergembira, aku juga turut menumpang gembira walaupun jauh disudut hati aku,
remuk. Tak ada kata dapat diluahkan, tak ada perasaan dapat digambarkan dan tak
ada lagu sedih yang dapat menandingi apa yang aku rasa pada hari itu. Remuk
sepertimana pertama kali aku mendapat tahu dia akan berkahwin. Aku tak dapat
nak terangkan bagaimana perasaan aku bilamana orang yang aku sayang berkahwin.
Aku redha.Terima kenyataan dia bukan jodoh aku. Dalam duka aku menumpang
gembira untuk dia. Memang berat untuk aku menerima tapi hakikat ni aku dah tahu
dari dulu lagi. Akhirnya masa ini telah tiba juga.Sekejap sangat aku rasa.
Seolah-olah masa itu mencemburui aku.
Banyak sebab kenapa aku masih rindukan dia.
Banyak tempat-tempat yang kami teroka berdua. Di sini, semua shoping kompleks
kami dah terjah.Tempat-tampat yang menarik juga kami dah singgah. Tempat lain
pula di kedai makan berhampiran dengan rumah dia. Selalu kami makan disitu.
Kopok goreng menjadi menu kegemaran. Selain tu,tempat yang sangat aku kenang
dan suka ialah semasa kami berdua bersama-sama memerhati kapal terbang yang
mendarat. Bagi aku ianya sangat istimewa. Sesuatu yang meninggalkan kesan
kepada aku. Tapi satu-satunya tempat yang menjadi legend untuk aku dan dia,
tempat dimana menjadi persinggahan kami setiap kali kami jumpa.Tempat yang
cantik dan menjadi kesukaan kami. Strait Quay. Terlalu banyak kenangan kami
disini. Aku tak kan lupakan tempat ni.Disini juga lah tempat terakhir kami
singgah sebelum dia balik untuk menjadi tulang rusuk seseorang.
Aku juga tak lupakan saat-saat dia marah
dan merajuk. Huh, bukan senang nak pujuk. Habis semua ayat aku keluarkan. Dia
tu jenis keras hati tapi tapi boleh bertolak ansur. Dan aku juga rindukan saat
bilamana dia pula memujuk aku. Memang sekeras-keras hati aku, sejual-jual mahal
aku, aku akan lembut.Aku tak tahu kenapa tapi aku lemah bila dia menangis.Aku
tak suka dia menangis. Dia jenis tak cepat putus asa. Dia akan terus pujuk
sampai aku mengalah.Tu yang aku suka. Boleh nempak keikhlasan dia meminta
maaf.Sepanjang kami kawan, Cuma sekali aku buat dia marah betul2 dan dia juga
sekali buat aku marah sungguh-sungguh.Tapi bila dah setel, kami tak mengungkit.
Cuma aku masih lagi ingat leteran panjang lebar dia kat aku dan aku jugak ingat
leteran berjela aku pada dia..Di tempat yang sama. Hehehe..
Dulu, setiap hari aku memikirkan kesudahan
hubungan aku dan dia.Setiap hari aku kuatkan hati agar bila tiba saat itu, hati
aku cukup kuat untuk melepaskan dia pergi . Aku sudah menyiapkan diri untuk
menerimanya. Anggapan aku bila masa itu datang, aku akan melepaskan dia dengan
senang namun aku tersilap. Rupanya sukar untuk aku membiarkan dia pergi. Berat.
Semakin hari semakin aku menanggung perasaan yang menyesakkan. Rasa lain tanpa dia. Satu perasaan yang
kosong. Seolah-olah tidak lengkap. Seperti irama yang tiada lagu. Seperti bulan
yang tak ada bintangnya. Tak ada lagi gelak tawa dia.Gurau senda yang buat aku
gembira. Tak akan ada lagi detik-detik seperti itu. Tak ada lagi senyuman dia
yang membuatkan aku rasa senang di hati.
Kini masanya untuk aku meneruskan kehidupan
aku.Alhamdulillah aku semakin sembuh. Benar ,masa itu sesungguhnya adalah
penawar.Aku sudah boleh bergembira.Aku tanamkan dalam hati akan ada seseorang
yang lebih aku perlukan.Yang akan melengkapkan aku. Yang akan membuatkan aku
kembali bersemangat. Yang akan membuatkan akuh lebi h teguh dalam mengharungi
hari-hari kami. Yang aku akan menghabiskan sepenuh masa aku dengannya..Aku akan
terus menunggu saat itu. InsyaAllah.Semuanya telah tertulis.
Kenangan terindah dengan dia aku akan terus simpan dalam hati.Sketsa sebuah cinta ini akan terus menjadi yang isgtimewa. Setiap detik akan aku kekalkan kerana cintamu mekar dihati. Hati yang larut ini akan menjadi selimut hati. Disamping itu, aku akan terus bermunajat cinta agar satu hari nanti, dan mungkin nanti bintang hati akan hadir yang akan memberikan mimpi yang sempurna kerana dia tercipta untukku.
No comments:
Post a Comment