Hari ini, aku masih lagi
merindukan dia. Hanya facebook tempat dimana aku tahu kehidupan dia. Aku happy
kerana dia bahagia bersama keluarga dia. Aku juga. Cumanya kerinduan aku kepada
dia tak pernah hilang. Senyuman dia, gelak tawa dia..Itulah keriangan kehidupan
aku dahulu. Setelah banyak yang kami lalui walau dalam masa yang singkat, ia
memberi kesan dalam kehidupan aku. Kesan yang amat mendalam. Terhiris, terguris
sewaktu dia pergi dari hidup aku.
Bukan aku tak pernah frust
sebelum ni tetapi dengan dia aku rasa luka yang aku rasakan amat amat dalam.
Jauh dilubuk hati. Aku sendiri tak tahu kenapa aku tak dapat lupakan dia.
Walaupun macam tu tak bermakna aku tergila gila kan isteri orang. Aku Cuma merindukan
saat saat aku bersamanya. TAk pernah aku contact dia walaupun aku teringin
bertanya khabar. Bagi aku mencegah lebih baik. AKu tahu itu dosa.
Apa pun, aku doakan dia makin
bahagia. Aku juga masih berkesempatan melihat dia tersenyum walaupun dari jauh.
Itu sudah mencukupi bagi aku. Buat seorang yang pernah menggembirakan hidup
aku..Aku Cuma ingin luahkan apa yang tak dapat aku zahirkan..Aku merindukan dia..
sesuatu tentang kita......
No comments:
Post a Comment