27 Ogos 2019
Semalam aku termimpikan dia.
Sehinggakan aku terjaga dan saat itu juga aku seolah olah nak update terus
dalam blog ini. Aku ingin mengatakan aku rindukan dia supaya dia dapat membaca
isi hati aku ini. Yaa, aku mimpikan dia membaca blog aku. Itulah sebabnya.
Entah kenapa tiba2 boleh termimpikan dia. Aku merindukan dia..
Aduhhh..Sakit hati aku. Kenapa
aku masih merindukan dia? Sudah hamper 7 tahun. Aku tk dapat melupakan dia.
Bukan lah bermakna aku tak sayangkan isteri aku cumanya perasaan aku ini tidak
dapat memadamkan kerinduan aku pada dia. Betapa peritnya aku masa dapat tahu
dia akan berkahwin. Perit yang aku tak dapat jelaskan. Remuk hati aku. Walaupun
dia tak pernah kisah, tapi itu bukan salah dia..dan aku akan terus merindukan
dia…
No comments:
Post a Comment