Aku sudah menempuhi minggu-minggu yang aku rasakan sunyi. Betul, tanpa dia, aku rasa lain. Aku rasa kosong. Hari-hari yang aku lalui seolah-olah tawar..Tidak lengkap...
Sehingga ke hari ini aku masih mengenangkan dia. Aku cuba untuk melupakan dia secara perlahan-lahan. Aku menghiasi masa lapang dengan lepak bersama kawan dan paling kurangpun aku layan internet. Sedikit sebanyak ingatan aku pada dia tidak lah terlalu kuat.
Dulu kebanyakan masa aku habiskan bersama dia, call dan mesej. Tapi sekarang tidak lagi. Tu salah satu faktor yang membuatkan aku seperti tak tahu nak buat apa....Jadi bosan...
Aku ada juga bertemu dengan dia. 3 kali.. Tu pun di opis. 1st, aku bagi hadiah kawen. Kedua dia bagi jeli yang dia masakkan. Time tu dia nak pergi ujian kecergasan untuk naik pangkat. Ketiganya aku bagi ole2 yang aku beli dari Terengganu...Tapi semua tu tak la kami sembang sngat pun..Just senyum2....
Semalam pun dia ada call aku. mengucapkan terima kasih atas hadiah yang aku beri..Perbualan kami kekok...Aku pun tak tahu nak cakap apa. Dia pun jd janggal bila aku tak banyak bertanya. Tapi jujurnya aku hepi bila dia call...
Apa pun, setakat ini aku masih kuat untuk bertahan dan aku yakin sedikit masa lagi dia akan aku lupakan walaupun tak sepenuhnya. Aku juga nak hidup dengan hepi....Dan aku akan terus mendoakan kebahagiaan dia...Amiinnn....
No comments:
Post a Comment