Dah sebulan lebih dia kahwin..Dan dalam masa itu juga aku tak lupakan dia. Dia tetap ada dlm ingatan aku. How i wish to forget her....Harap sngt dengan seberapa segera. Bunyi macam teruk kan? Aku merindui isteri orang...Sesuatu yg tak patut..Aku tahu semua tu. Dan disebab tu jugak aku tak menghubungi dia. Aku nak menjauhkan diri dari dia. Bila dia call pun sebolehnya aku tak nak jawab. Tapi aku rasa tak sampai hati...
Banyak cara aku buat untuk melupakan dia. Aku cuba menyibukkan diri. Aku juga menerima kawan perempuan yang di rekemen kan untuk aku. Aku terima sj semua tu. Aku berharap dengan cara tu aku boleh melupakan dia dengan cepat.
Betul, aku sunyi tanpa dia selama ni. Siang aku rasakan kosong. Malam pulak aku rasakan lambat masa berlalu..Aku rindukan gelak tawa dia...Gurauan dia..I miss all about her.....Dia membuatkan aku ketawa dan dia membuatkan aku gembira. Hati aku akan merasa senang dengan hanya melihat dia..Dengan hanya mendengar suara dia...Begitu kuat kesan dia kepada aku....
Apa yang aku nak kan dari seorang perempuan semua ada pada dia..Memang la dia tak sempurna tapi dia menyempurnakan hidup aku...Kekurangan aku di lengkapkan oleh dia...Kalau bukan sebab dia nak kahwin, dah tentu aku akan jadikan dia tulang rusuk aku walau banyak halangan yg melanda sekalipun...
Apa2 pun, dia bukan jodoh aku. Mungkin dia akan lebih bahagia dengan laki tu...Hidup kita ni dah diaturkan dengan baik oleh Yg Maha Esa...Aku gembira untuk dia..Itu yang pasti.....
Bila dengar lagu ni, rindu aku pada dia makin bertambah...Rindu sngt.....Terkenang masa-masa yg lalu..masa yg indah....
No comments:
Post a Comment