Aku tipu kalau aku kata aku tak rindukan dia. Aku tipu kalau aku kata aku tak mahu jumpa dia. Aku tipu kalau aku kata aku tak menunggu panggilan dari dia.Aku tipu kalau aku kata aku tak da perasaan cemburu dia dah kahwin. Aku tipu kalau aku kata aku tak gembira dapat jumpa dia.
Aku hipokrit pada semua itu. Aku berpura-pura. Aku melawan apa yang aku rasa..Aku masih belum mendapat kekuatan untuk menanggung perasaan itu. Dah hampir dua minggu dan sehingga sekarang aku masih teringatkan dia. Waktu aku merasa berjalan begitu lambat sekali. Aku buntu...Benarlah kata orang, kita tak kan tahu berharganya seseorang sehinggalah kita kehilangannya..
Aku cuba untuk hidup gembira buat masa ini. Aku tak mahu terikat dengan ingatan terhadap dia. Untuk melupakan setiap detik dengan dia bukannya senang. Aku memerlukan masa. Ianya bukan boleh dengan sekelip mata, bukan boleh dengan sehari dua..Aku tak tahu berapa lama lagi aku harus melalui semua ini. Aku memerlukan seseorang. Seseorang yang dapat membuatkan aku melupakan dia sepertimana kehadiran dia yang membuatkan aku lupa pada peristiwa lalu.
Benar, aku amat memerlukan seseorang ketika ini. Seseorang yang dapat menyokong aku ketika emosi aku masih belum stabil. Aku tak suka berperasaan begini. Betul kata orang, luka dihati lebih memeritkan..
Tapi aku mesti kuat.. Aku mesti menjauhkan diri dari dia. Biarlah dia nak kata aku kejam sekalipun, aku tak peduli. Memang wajar aku berbuat begitu. Ini bukan benda main2...Ini berkaitan rumah tangga orang.. Sekalipun kami hanya kawan, lebih baik kami membawa haluan masing-masing. Itu adalah yang terbaik...Cerita aku dan dia telah pun berakhir..
Seperti apa yang aku katakan, aku hepi dia dah kahwin....
heppi hanya di mulut...utk memujuk hati yang lara...sedih perit semua xterluah....pelbagai cara utk menutup smua kesedihan....but life stil must go on....memang payah...memang susah...tapi itu hakikat...jodoh pertemuan di tangan tuhan...insyaallah...ada kegembiraan di sebalik smua nie...bila dan di mana...kita xtau....sabar eii.....nak xnak tetap kene teruskan...walau berbelah bagi...walau tindakan dgn hasrat hati jauh bertentang...but u must....pikirlah yg terbaik...kadangkala kata hati betul tapi adakal juga dn seperti pepatah ikut hati binasa....jadinye...sabar ye...sabar dan terus sabar.......insyaallah
ReplyDelete