Thursday, 5 April 2012

Dalam seminggu dua ni, aku dapat rasakan sesuatu…Sesuatu yang susah untuk aku terangkan..Ntah.Nak kata aku tak hepi, aku hepi..Nak kata aku hepi, aku tak hepi…Tapi aku akui, aku sebenarnya sunyi tanpa dia..Rasa lain…Mengharungi hari-hari tanpa dia seolah-olah masa itu lambat berlalu…

Dalam setahun ni, kebanyakan hari dan masa aku dihabiskan dengan dia..Selalu berhubung dan bercerita..Tak kira sama ada remeh ataupun tak..Semuanya kami kongsi. Bergelak ketawa..Kadang2 merajuk dan macam-macam lagi. Sebab tu bila dia tiada, aku rasa sedikit janggal..

Sebelum aku mengenali dia, aku melalui fasa frust yang amat. Aku kecewa dengan seseorang. Jujur aku katakan, itu adalah waktu-waktu yang sangat sukar bagi aku. Setiap saat yang berlalu terasa amat perlahan. Malam pula terlalu panjang. Bersendirian dalam bilik, tidak bersosial dengan kawan. Berfikir macam-macam..Tak dapat aku nak lelapkan mata dengan mudah..Hati aku remuk ketika itu….

Dan bila aku kenal dia, sedikit demi sedikit perasaan frust itu hilang dan semakin lama aku aku telah melupakannya..Dia membuatkan hidup aku kembali bersemangat. Aku gembira. Sekurang-kurangnya aku sudah boleh bergelak ketawa dengan ikhlas…

Dan kali ini, walaupun dia sudah tidak lagi bersama aku, aku tidaklah terlalu frust seperti dulu. Bila masa terluang aku akan menyibukkan diri aku dengan sesuatu. Layan CD ataupun main futsal..Aku tak mahu memikirkan sangat..Mungkin peristiwa lalu membuatkan aku menjadi kuat. Tambahan lagi aku sejak dari awal sudah pun tanam satu kenyataan bahawanya aku dan dia akan ada pengakhiran...Berbeza dengan bulan 7 dahulu dimana aku dan dia juga dalam keadaan seperti ini..Waktu itu memang aku agak tertekan.....Teruk juga aku rasa time tu...

Aku gembira dia berkahwin. Tipu kalau aku cakap aku tak sedih. Tapi aku hepi..Kami berakhir dengan baik…Aku dan dia akan tetap terus berkawan sampai bila2 Cuma aku sebolehnya dah tak mahu berhubung dengan dia kecuali kalau ada hal…

No comments:

Post a Comment