Aku bangun dari tidur dengan rasa yang sedikit gundah...Dari semalam lagi..Aku tahu, aku memikirkan pasal dia..Aku sedar hari ni secara rasminya seseorang yang aku sayang melangsungkan perkahwinan. Dan pengantin lelaki itu bukanlah aku...
Pagi ni adalah hari bahagia dia...Dimana dia akan menjadi milik orang lain...Pastinya dia bergembira. Begitu juga aku...Aku hepi bila dia hepi.. Betul, aku mendoakan kebahagian dia...Selalu.....
Petang khamis lepas dia ada call aku..Walaupun dalam keadaan janggal aku masih sempat mengucapkan selamat pengantin baru kepada dia....Dia berterima kasih pada aku......
Aku cuba untuk tidak bersedih pada hari ni...Aku lawan perasaan aku....Aku sibukkan diri dengan datang opis....Sekurang-kurangnya ada juga benda yang nak dibuat....
Bila aku online fb, aku tengok kat wall dia di tagged pic...Pic dia sedang bersiap...memakai baju putih..Cantik aku tengok...Dia senyum kegembiraan..Begitu juga aku...Tumpang gembira...
Walau apa pun, aku mengucapkan selamat pengantin baru kepada dia.....Dan aku cuma nak dia tahu aku adalah diantara seorang yang pernah menyayangi dia.....
No comments:
Post a Comment