Saturday, 31 March 2012

30 Mac 2012 – Jumaat


Sepanjang minggu ni setiap hari dia call aku walaupun sekejap dan tak kerap, tapi dia masih ambil masa untuk itu..Kami dah menjadi semakin janggal untuk bercakap..Dah tak ada idea...Masing2 senyap..Aku pun dah tak tahu nak cakap apa dan sejujurnya, aku dah tak mahu dia menghubungi aku.aku nak dia fokus untuk kenduri dia....

Masa berlalu dengan pantas. Sekejap sangat aku rasa....Aku mengerti, setiap saat yang berlalu bermakna waktu aku dan dia akan tiba di penghujungnya. Setiap saat yang berlalu adalah permulaan kepada pengakhiran antara aku dan dia. Aku tak mampu untuk menghalang waktu dari terus berputar. Semakin aku fikir semakin sesak aku rasa....Kadang-kadang aku fikir kalau dari dulu aku menjauhkan diri dari dia mungkin keadaan akan lebih baik. Baik untuk kami berdua.

Aku tahu dia pun merasa sedih. Dia juga memikirkan waktu2 terakhir ini sejak 2 – 3 hari lepas. Dia ada bagitahu aku. Tapi apa yang aku mampu buat??? Sebolehnya aku tak mahu dia bersedih. Begitu juga dengan aku. Ingin sekali aku mengakhiri cerita kami dengan kegembiraan. Bila dia menangis aku tidak menunjukkan kesedihan aku. Aku berlagak kuat walaupun dalam hati aku lain dari apa yang aku tunjukkan.
 Aku dah memikirkan benda ni dari dulu lagi. Setiap hari..Dari dulu lg aku dah menanam rasa agar tidak berasa sedih bila sampai waktunya..Aku akan cuba untuk tidak merasa sunyi dengan ketiadaan dia. Dan akhirnya waktu yang aku tak ingini  itu  tiba...

Esok adalah hari dia kahwin. Jujurnya, memang aku sedih. Tapi disebalik kesedihan itu aku juga gembira kerana dia menemui seseorang yang dia perlukan. Bermakna selepas ini dia tidak lagi keseorangan. Akan ada seseorang yang akan bersama dia dikala waktu susah ataupun senang. Yang tak akan berganjak walau apa sekalipun yang menimpa..Aku tak perlu bimbang lagi untuk memikirkan dia kerana seseorang akan menjaganya dengan penuh kasih sayang.

Aku tahu dia akan hidup gembira. Aku juga gembira...Apa yang aku nak lakukan sekarang hanyalah menyimpan segala apa yang aku lalui dengan dia dalam masa setahun ni. Setahun yang cukup bermakna. Setiap gelak tawa, suka duka, merajuk dan dipujuk, marah dan dimarahi akan tetap aku kunci dalam hati. Dan kuncinya itu telah aku buangkan jauh2...Aku juga berharap sebolehnya aku tidak mahu lagi berjumpa dengan dia namun hubungan aku dan dia sebagai kawan tetap tidak akan putus sampai bila2....Aku akan terus mendoakan kebahagiaan dia

No comments:

Post a Comment