Ari ni aku sempat jumpa dia dua kali. Secara tak sengaja sekali. Kami jumpa dalam lig untuk turun beli makan. Petang tu jumpa lg sekali kat parking. Aku bg bekas kat dia.
Malam pulak kami video call...Dalam kami gelak2 tu dia kata minggu ni adalah minggu last antara kami..Aku tak menjawab tapi aku nyayikan lagu sambil mainkan gitar untuk dia. Niat aku untuk elakkan dari bercakap pasal topik ni. Tapi aku pun tiba2 jadi sebak. Aku macam menyanyikan dengan penuh perasaan. Lagu May. Cintamu mekar dihati. Tiba2 suasana berubah. Jadi sayu...
Dia berpaling menyorok dari kamera...Terus dia call aku...Bila aku mendengar suara dia aku tahu dia menangis. Aku pun jd tak berapa epi...Dia sedih sebab masa dah makin hampir. Aku cuba pujuk hati dia.
Aku kata masa tahun lepas kami ending dengan kesedihan jadi kali ni aku kata biarlah ending dengan hepi. Aku nak kami sama-sama hepi..Dia masih lg menangis. Dia meminta aku berjanji supaya aku mencari seseorang untuk aku...Dia nak aku juga gembira...Ada seseorang....
Dia juga rasa amat bersalah pada aku. Seolah-olah mementingkan diri..Sudah banyak kali aku katakan pada dia,..Dia tak bersalah sedikitpun..Ini takdir..Kami patut terima.....Yang penting aku hepi dapat kenal dia...Makin lama dia dah kurang menangis. Aku pun mula buat lawak agar suasana tak janggal. Dia pun dah mula ketawa..Lega...
Dia pun masuk tido..Tapi tak lama selepas tu dia cal aku lg..Tak dapat lelap katanya...Aku rasa mungkin dia still fikirkan lg hal td...Aku sebolehnya tak nak ungkit dah pasatl tu..Biar saja....Yang bestnya esok kami dah plan nak datang kerja bersama.. Dia pakai baju baru...Like..hehehe
No comments:
Post a Comment