Akhirnya, hari yang tak dingini telah tiba......Aku bangun dari tidur dengan mengerti sesungguhnya ini adalah hari terakhir untuk aku dan dia...Perasaan aku memang tak dinafikan lagi sedih tapi aku terima....
Pagi-pagi lagi aku pergi ambil dia. Aku nak hantar dia ke aiport. Dia nak balik kampung dah. Jadi inilah hari terakhir untuk kami...Kami berjumpa dengan perasaan yang tidak gembira. Mungkin suasana sedikit sedih.
Pagi tu aku dan dia singgah di tempat biasa. Strait Quay. Kami berbual-bual..Mood sedih. Dia juga menangis. Tu yang aku tak suka. Aku pun turut sama sedih tapi mcm biasa, aku tak tunjukkan. Cukup la sekali aku tunjukkan dulu..
Aku cuba kawal keadaan. Tak mahu dia terus menangis. Bila dah agak ok aku pun cakap apa yang aku nak cakap dari dulu lagi....Aku dah tak nak berjumpa dengan dia selepas dia balik sini nanti. Biar kami hanya atas nama kawan tapi buat hal masing-masing. Aku dah nekad..Dia masih lagi menangis....Aku dah tak tahu nak kata apa....
Lepas tu kami singgah Tesco kejap. Dia nak beli roti...Dia juga belikan roti untuk kak aku...Aku sedar, ini adalah kali terakhir aku dan dia shoping barang di Tesco...
Lepas tu kami singgah Tesco kejap. Dia nak beli roti...Dia juga belikan roti untuk kak aku...Aku sedar, ini adalah kali terakhir aku dan dia shoping barang di Tesco...
Selepas itu kami pun pergi airport. Dah selesai packing barang, masanya untuk dia berlepas...Aku masih ingat lagi saat-saat itu..Saat melihat dia pergi yang mana menandakan bila dia kembali nanti, dia akan kembali sebagai orang lain....
Dan aku juga melafazkan perasaan aku buat kali terakhir padanya..Berulang kali...Aku tahu selepas itu aku dah tak akan katakan lagi padanya..Aku melihat dia pergi....Perasaan aku ketika itu.............Tak dapat nak aku katakan.....
Aku pun balik. Tapi masih ada satu lagi sebab aku terpaksa berjumpa dengan dia nanti..Dia tinggalkan kunci kereta dan beg dia pada aku...Nampaknya nanti aku akan berjumpa dia lagi...
Biarpun dah sampai rumah, aku tetap mengingatinya....Rasa gundah......Ntah la...Susah nak cakap..Dia juga kerap menghubungi aku ketika itu..
Malam tu bila dia sampai sana banyak kali juga dia call aku..Masih boleh bergelak ketawa. Aku tahu dia tak mahu aku bersedih. Aku jugak tahu dia rasa bersalah....
Petang tu aku balik kampung......Kak aku minta no tel dia..Nak ucapkan terima kasih sebab kain tu kot....
Malam tu aku curi2 baca mesej kak aku...Dia ucapkan terima kasih ngan ucap selamat pengantin baru...Dan ayat yang buatkan aku sebak kak aku tulis kirim salam sayang dari kak untuk dia.....Aku sedih...

No comments:
Post a Comment