Monday, 19 March 2012

19 Mac 2012 - Isnin

Ari ni dah masuk ari isnin...Maknanya inilah minggu-minggu terakhir antara kami..Sekejap saja rasanya...Sebolehnya minggu ni aku spent time dengan dia...Tak lama lg dah.....Minggu ni dia dah nak balik ke kampung halaman dia....

Aku harap minggu ni kami berpeluang untuk keluar berdua...Detik-detik terakhir dimana nanti dia akan pergi dari hati aku....Berat juga aku nak lepaskan dia.....Tapi apakan daya aku......

Hari tu dia pernah bertanya pada aku apa akan jadi pada kami selepas dia balik kampung nanti...Tapi aku tak jawab. Aku kata aku akan bgtau pada minggu ni...Sebenarnya aku pun tak tahu apa yang patut aku jawab.. Aku tahu apa yang akan aku lakukan nanti tapi buat masa ni aku tak mahu hubungan kami jadi lain bila aku bagitahu.

Dah lama aku simpan..Sebolehnya lepas dia balik sini nanti, aku dah tak mahu berhubungan dengan dia.. Aku nak stabilkan dulu hati aku...Biarkan aku biasakan diri hidup tanpa dia...Biar aku boleh lalui hari-hari aku tanpa dia...Biarkan dia lenyap perlahan-lahan dari hati aku...Biar kenangan aku dan dia pergi dari hidup aku...Biar aku boleh tersenyum gembira walaupun tanpa dia.....

Dan bila semua itu sudah aku lalui, barulah aku akan berhubung dengan dia...Sebagai kawan baik.....Ketika itu aku rasa aku sudah boleh berkawan dengan dia seperti orang lain.........

Memang nanti aku akan hidup tanpa dia.....Tapi segala yang aku lalui dengan dia, makan bersama, tengok wayang bersama, melihat kapal terbang, swindow shoping berdua, dan semuanya akan tetap aku kenang. Semua tu akan aku simpan dalam hati....Semua itu adalah waktu-waktu indah aku....

No comments:

Post a Comment