Sekarang ni dalam tak sedar dah pun masuk pertengahan bulan 3. Sekejap sangat rasanya. Dan aku sedar, setiap hari yang akan aku lalui adalah saat-saat bermulanya perpisahan antara aku dan dia. Maksud perpisahan itu adalah hubungan aku dan dia tidak lagi akan menjadi sebagaimana sekarang. Tidak ada lagi gelak tawa mesra. Tidak ada lagi bergurau senda.
Kini aku sudah mulai merasa bahang perpisahan antara aku dan dia. Aku sudah mulai rasa satu perasaan yang seakan-akan takut untuk menghadapi hari itu. Aku tidak tenang. Aku gundah. Sering aku bertanya kepada diri sendiri bolehkah aku melalui saat-saat itu walaupun luarannya aku berlagak seperti aku mampu untuk melakukannya.
Bulan 3 adalah genap setahun aku mengenali dia. Dalam setahun ini dah banyak kami melalui waktu-waktu suka dan duka. Terlalu banyak cerita tentang aku dan dia. Bagi aku setahun ini adalah setahun yang menggembirakan dan penuh makna. Aku gembira kerana mengenali dia walaupun dia akan menjadi milik orang lain nanti...
Dalam 365 hari aku mengenali dia, aku rasa cuma 3 - 4 hari saja yang aku dan dia tak berhubung. Selebih itu kami kerap berhubung tak kira la bermesej ataupun call. Sebab itu aku akan berasa lain bila kami sudah tidak lagi berhubung. Aku akan berasa sunyi...
Aku tak mampu nak menghalang waktu dari terus berputar. Namun aku juga tak menghalang hari indah dia nanti. Sebaliknya aku akan berasa gembira. Dia menemui seseorang yang lebih baik. Jadi aku patut tumpang kegembiraan itu. Aku juga akan tetap terus mendoakan semua yang terbaik buat dia. Kebahagiaan dia.
Biarlah perasaan takut aku ini hilang di telan masa nanti. Masa itu adalah penawar. Buat masa sekarang aku akan menghabiskan masa bersama dia selagi ada. Walaupun dari dulu aku sebolehnya nak menjauhkan diri dari dia tapi aku sedar sebenarnya aku tak mampu nak berbuat begitu. Aku akui aku tak boleh jauh dari dia. Dengan masa yang tinggal ini aku rasa ini saja peluang untuk aku menghabiskan sisa-sisa waktu bersama dia. Cuma tinggal minggu depan saja lagi..Selepas itu aku akan menempuh hidup aku keseorangan. Aku akan terus merindukan waktu-waktu aku bersama dia. Gelak tawa dia. Senyuman dia.Bauan dia. ngomelan dia. Mulut muncung dia. Masakan dia. Dia selalu kejutkan aku bangun dari tidur. Dia selalu mengingatkan aku..Banyak sebab lagi untuk aku rindukan dia.Dia membuatkan aku ketawa. Dia membuatkan aku gembira.
Dia pernah berkata pada aku yang dia rasa bersalah sebab dia seperti mementingkan diri. Diakhirnya nanti dia akan tetap tinggalkan aku..Dia akan mengecewakan aku..Tidak....Dia tak mengecewakan aku..Dia tidak bersalah. Aku juga sedikitpun tidak pernah menyalahkan dia. Aku percaya pada takdir. Aku percaya pada jodoh. Dah tertulis dia bukan jodoh aku. Aku terima. Aku redha. Aku cuma nak dia tahu kehadiran dia dalam hidup aku adalah sesuatu yang membahagiakan. Sesuatu yang sangat bermakna. Ianya tidak ternilai....
Aku akui pemergiannya nanti akan menyedihkan aku..Aku tipu kalau aku kata tak..Memang aku akan bersedih. Aku akan sunyi. Tapi itulah hidup. Bagi aku biarlah hari ini aku bersedih asalkan hari depan aku akan gembira. Aku mahukan kehidupan aku dan dia akan di penuhi dengan kegembiraan tak kira aku bersama siapa dan juga dia dengan sesiapa.,Aku nak kan dia gembira....Dia tahu tu. Dia memahami aku sepertimana aku memahami dia..Aku mahukan semua yang terbaik pada dia...
Dari dulu aku berfikir. Setiap hari...Aku tahu kesudahan antara kami....Sebab itu sebolehnya aku tak mahu bersedih bila hari itu tiba. Aku mahu bersama-sama berkongsi rasa gembira di hari bahagia dia...Itu yang aku akan lakukan nanti. Aku tahu aku boleh lakukan....
No comments:
Post a Comment