Sehingga ke hari ini aku tidak mendengar berita dari dia. Yang aku tahu dia dalam keadaan yang baik disana. .Cuma yang membuat aku tertanya tanya bagaimana suasana kehidupan dia dan sekeluarga di kampung halaman. Ya la, sekarang ni ditempat dia berlakunya pencerobohan dari puak sulu. Tempat dia agak berhampiran dengan Lahad Datu. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah mendoakan mereka semuanya dalam keadaan yang baik2 saja termasuk dengan masyarakat disana. Harapnya tak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Aku disini masih lagi mengingatinya. Macam biasa, sering teringatkan kisah kami masa dulu. Cumanya sekarang ni aku merasakan aku sudah boleh menerima kehadiran seseorang. Itupun jika aku berjumpa. Buat masa ni belum lagi tapi aku rasa aku telah bersedia. Bila sampai detik tu, aku akan terus masukkan gear 1 dan terus ke gear 5 tanpa berhenti lagi..Hehehe...Saatnya telah sampai dimana aku harus simpan cerita-cerita aku dan dia.
Dan sekarang, aku hanya mahukan aku menjadi diri aku yang dulu.. Bebas tanpa terbelenggu oleh perasaan yang membebankan. Buang semuanya jauh-jauh dan merancang masa depan yang lebih baik. Bila umur-umur begini keseronokan hidup bukanlah satu tujuan utama. Memang sekarang ni aku melalui hari-hari yang bosan seolah-olah tak ada tempat yang nak dituju. Aku perlukan sesuatu untuk menjadikan aku lebih bersemangat menjalani kehidupan seharian. Ramai kawan-kawan aku telah melaluinya. Mengharungi hari-hari yang tidak dirasai cepatnya masa berlalu kerana kesibukan hidup dengan kerja dan keluarga. Kegembiraan bersama-sama keluarga akan membuatkan hidup itu lebih bermakna dan walaupun aku tidak merasa seperti itu tapi aku faham. Satu hari nanti aku juga ingin melalui apa yang mereka lalui...InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment