Ari ni ari Isnin. Aku dan dia keluar dating lagi. Just pergi breakfast then pergi tempat yang bermakna bagi kami...Strait Quay..Ya, tempat dimana kami lepak bersama setiap hari di waktu dulu dan kali ni buat pertama kali kami datang lagi setelah lastnya pada bulan 7. Memang aku hepi..Teringat dan rindu sangat saat2 yg dulu...
Agak lama juga kami berbual..Tenang rasanya hati ni bila bersama dia..Aku tak tahu, 2 - 3 ari ni perasaan aku pada dia lain mcm sikit..Sayang aku pada dia semakin bertambah..Kejadian ari tu telah membuatkan perasaan aku padanya semakin kuat...Dan setelah dia beraya di rumah aku, bertambah-tambah lagi sayang aku pada dia.
Namun aku sedar, dia tak kan jadi tulang rusuk aku..Aku redha...Cuma sekarang ni aku nak menghabiskan masa bersama dia..Biar lah aku dengan perasaan aku. Aku tahu dia gembira dengan dia...Aku pun tumpang gembira..Aku nak kan mereka berakhir dengan hepi ending..Berkahwin dan mempunyai anak2...Boleh la aku jadi pakcik...heheh...
Aku juga tahu dia rasa bersalah. Aku takkan menyalahkan dia..Aku tak memerlukan simpati dari dia..Aku tak mahu dia melayan aku atas rasa bersalah...Cuma layan aku seperti seorang kawan pun dah mencukupi...
Apa pun, aku sangat gembira dapat mengenali dia..Bagi aku, dia adalah sempurna walaupun tak ada manusia yang sempurna...Dia adalah kenangan terindah untuk aku......Aku akan mendoakan kebahagiaan dia bersama orang tersayang...Amiinnn

No comments:
Post a Comment