Sejak dia balik kampung pada ahad lepas, dia ada juga menghubungi aku. Cuma semalam saja seharian aku tidak mendengar khabar berita dari dia. Tak mengapa. aku faham. Dia pasti sibuk dengan urusan disana. Aku cuma harapkan dia melalui hari-hari dengan lancar.
Hari ni aku pergi kerja dengan rasa tidak sabar untuk menunggu petang tiba. Bukan apa, dia kan balik hari ni dan aku akan menjemput dia. Girang rasa hati. hehe..Maklumlah, 3 hari tak jumpa..
Petang tu selepas kerja aku pun pergi ambil dia. Aku suka jumpa dia. Hilang rasa rindu aku.Huhu..Macam biasa kami gembira hari tu. Aku pun mula la bermanja-manja ngan dia..Hehehehe....Bila jumpa tu aku rasa lain macam sikit. Susah untuk aku terangkan tapi perasaaan tu aku tahu. Aku tahu sebenarnya aku sanggaaat merindukan dia.............Betul..Rindu sangat.....
Aku dan dia saling bergelak ketawa berdua. Aku dapat rasakan dia sangat gembira. Ya la, baru lepas jumpa dengan keluarga tambahan pulak buat persiapan nak kahwin. Hati siapa tak gembira ooiiii...Heheh.. Aku juga tumpang gembira untuk dia. Aku hepi bila dia hepi...Aku pun apa lagi, aku juga ambik kesempatan dengan membuat lawak untuk bagi dia lebih hepi.. Gelak besart juga la dia time tu...Hehehehe....LIIIIKKKEEE..
Petang tu kami singgah makan. Sembang-sembag, gelak-gelak. Dah habis makan kami singgah di tempat romantik kami..Heheh..Tengok aeroplane mendarat...Kebetulan time tu time bertuah kami. Sampai-sampai kat situ dah ada dua kapal nak mendarat..Besssttt...Heheh...Teringat aku masa dulu...Rindu aku time2 cm tu..Aku rasa heepiii sangat.....Lepas tu aku hantar dia balik....
No comments:
Post a Comment