Friday, 2 December 2011

10 November 2011 - khamis


Aku masih lagi dlm mood kesedihan. Nak buat kerja pun rasa macam malas. Aku dah tak tau nk buat apa lalu aku online YM..Aku tgk ada mesej dari dia...Lalu aku membalas dan mula berchatting...

Dia ada mengadu pada aku mengenai masalah kerja dia. Dia call aku semalam sebab untuk berkongsi dengan aku namun aku tidak menjawabnya..

Sekali lagi aku rasa amat bersalah. Saat dia perlukan aku, aku tidak berada disampingnya. Aku terkilan..

Agak lama juga kami berchatting..Aku fikir, tk mengapala kami dah tak rapat namun tak salah kalau  aku dan dia terus berkawan. Chatting mcm biasa...Sekurang-kurangnya pada hari itu, hati aku rasakan amat lega...

Malam tu aku masih memikirkan dia. Aku tahu dia bersedih sebab masalah kerja. Lama aku berfikir dan akhirnya aku buat keputusan.....

Aku terus call dia dan ajak berjumpa. Aku nak berkongsi masalah kerja dia. Aku nak dengar luahan dari dia. Aku harapkan aku dapat kurangkan tekanan dia...

Malam tu kami berjumpa. Makan2 dan dengar dia bercerita.Saat itu, tiada keresahan pada diri aku. Cuma kali ni cara aku lain sikit. Tidak ada gurau senda dari aku. Mood serius...

Wlupun masih dlm mood sedih, tapi aku gembira dpt berjumpa dengan dia. Satu perasaan yang susah untk aku terangkan...

2 comments:

  1. difficult but happy...happy but "WORST FEELING".....nga nga nga.... keep it up dear..... ^_^ ~cccc(,)(,) me......

    ReplyDelete
  2. the feeling that never understand...

    ReplyDelete