Wednesday, 21 December 2011

Sandaran hati…….


Bila perasaan aku dah jadi macam ni, mulalah aku berfikir macam-macam..Nak ja aku jauhkan diri dari dia sekarang tapi rasanya macam tak boleh. Aku seolah-olah belum bersedia untuk melalui hari2 tanpa dia bersama aku..

Kadang2 aku jadi kusut. Susah hati..Fikiran bercelaru…Rasa seperti aku mendukung sesuatu yang membebankan…Ntah la..Bila hati ingin itu, perasaan ingin ini, aku dah tak dapat nak fikir….Mana satu yang perlu aku ikutkan?....

Ya, suatu hari nanti dia akan pergi dari aku..Dia akan berkahwin..Dan saat itu, apa bila melihat orang yang aku sayang berkahwin ,dan lelaki itu bukanlah aku,ianya pasti menyakitkan..Sedangkan bila mendengar dia akan berkahwin pun aku dah rasa luluhnya hati ni, ni kan pulak dia berkahwin…Tak sanggup untuk aku melihatnya.


Tapi saat-saat seperti itu akan tiba juga..Diamana hari bahagia dia dan lelaki itu akan disatukan. Aku tak boleh nak lari dari  kenyataan. Sebab tu aku perlu belajar untuk menerima semua itu dari sekarang..Aku perlu kuat . Andai aku sayangkan dia, aku patut gembira bila dia gembira…


Dan sememangnya aku gembira untuk dia..Tak pernah terlintas pun dihati ni untuk melihat dia tak bahagia..Aku positifkan diri. Menerima bahawa dia bukan jodoh aku..Dia bukan untuk aku…Bukan juga tulang rusuk aku… Aku bukanlah imam dia..Mungkin ini takdir. Aku perlu redha dengan apa yg terjadi. lelaki itu lebih dia perlukan…Tu yang aku tanamkan dalam diri aku..

Sekarang ni aku buntu..Patutkah aku meneruskan hubungan aku dan dia?..Kali ni aku kena lebih kuat. Ramai kawan aku yang nak aku berhenti berhubung dengan dia..Aku tahu, apa yang mereka cakapkan tu betul. Untuk kebaikan aku juga Cuma mereka kena faham untuk aku lakukan tu, bukanlah sesuatu yang mudah..


Aku dah set….Aku hanya perlukan sehingga tengah bulan Januari saja lagi.Lepas tu aku akan bercakap dengan dia..Masanya untuk kami hidup dengan haluan masing2..Aku rasa tempoh dua bulan tu cukup untuk aku mengubati hati aku…Aku akan cuba…

No comments:

Post a Comment