Sunday, 4 December 2011

Perasaan aku dan dia..........

Sebenarnya, bila dah jadi macam tu, aku rasa lain macam sikit...Ntah...Sukar untuk aku jelaskan apa yang aku rasa..

Aku tahu, dia sayangkan lelaki tu..Dan aku menyokong penuh perhubungan mereka..Aku juga berdoa agar mereka sering berbahagia...

Dulu, masa hubungan kami erat dan diwaktu hujung perhubungan kami, aku meminta dia berjanji agar menjaga dengan baik perhubungan mereka..Aku tak nak kehadiran aku menganggu gugat ikatan yang telah mereka jalinkan..Memang aku cemburu tapi aku sedar akan hakikat..Jodoh aku bukan dengan dia..Aku hanya mampu menyayangi dia namun dia bukan tulang rusuk aku..

Bagi aku, lelaki tu bertuah kerana mendapat dia..Ya la, aku kenal perangai dia..Dia boleh menerima seadanya..Suka bergurau..Ceria dan memahami..

Sepanjang aku rapat dengan dia, setiap hari aku memikirkan hubungan kami...Kesudhan antara kami..Perasaan antara aku dia dan lelaki itu...Benar, aku sangat sayangkan dia..Aku memerlukan dia..Namun aku faham, aku bukan lah orang yang dia sayang...Aku sedar semua itu...

Mungkin sekarang ni dia cuma menganggap aku hanya teman baik dia...Tapi aku tak..Walaupun aku cuba lawan, aku gagal...Bila aku dh mula sayang seseorang, aku akan sayang dengan sepenuh hati...Ntah la..Aku walaupun gembira, sebenarnya dalam hati aku tidak...Aku sebolehnya nak hubungan ini tamat secepat mungkin..Aku perlu mencari kekuatan...Sebab tu aku cuba untuk berkawan dengan orang lain..Ada kawan2 yang rekemen aku akan cuba untuk menerima..Aku memerlukan seseorang yang memahami hati aku...Tempat aku curahkan perasaan...Aku berharap sangat agar aku menemui seseorang yang dapat membuatkan aku melupakan dia....Kalau tidak, amat susah untuk aku buat macam tu....

Aku masih ingat lagi, kami berdua berchatting..Lepas tu dia ada kata yang dia akan kawin pada bulan 3...Dalam chat tu aku kata aku hepi,..Aku ucapkan tahniah..Tapi sebenarnya dalam hati aku............
Aku rasa hati aku macam dah luruh..Aku jadi resah dan tak menentu..Aku berasa sedih sangat..

Aku tahu benda ni akan terjadi tapi aku tak tahu kenapa aku masih berasa sedih...Aku cuba melawan dan macam biasa, aku gagal...Hati aku luluh..Bayangkan bila kita mendapat berita seseorang yang amat kita sayang akan berkahwin...Tentu rasa duri yang mencucuk hati.......Hari tu memang mood aku hilang sehilangnya....

Memang aku melalui hari2 dengan teruk....Hati aku sepertinya mahu menangis...Aku dah tak tahu nak buat apa...

Dan ramadhan pun tiba..Bila setiap kali selesai solat, aku akan mendoakan kesihatan mak aku ketika itu...Dan juga kekuatan untuk aku melupakan dia...SubhanAllah...Aku rasa seperti doa aku dimakbulkan..Mak aku semakin sembuh dan aku juga seperti ada kekuatan untuk melupakan dia..Aku sudah semakin boleh menerima kenyataan dan tidak terlalu asyik merindukan dia...Aku sangat gembira..Setiap kali sembahyang aku akan memohon doa seperti tu...

Bila aku dah makin pulih walaupun tk sepenuhnya, memang sebolehnya aku dah tak mahu berhubung dengan dia...Dan disebabkan itu juga aku tak menghubungi dia..Cuma bila dia contact aku, barulah aku akan bercakap dengannya...Bukan apa, aku cuba untuk berjauhan dari dia...Tapi dia selalu contact aku..Walaupun dia hanya menganggap aku sebagai kawan, tapi aku tak..Aku tetap sayangkan dia..Sedikit pun tak berubah....

Aku fikir tak mengapa lah, biarlah kami sebagai kawan....Aku sedar dia akan kahwin tak lama lagi...Aku akan mendoakan kebahagiaan mereka....Aku gembira sebab dia mendapat seseorang yang sangat sayangkan dia..Aku yakin dia akan hepi sampai akhir nanti....

Sekarang ni, aku akan cuba untuk mencari seseorang yang diciptakan untuk aku...Seseorang sebagai tulang rusuk aku dimana aku akan menghabiskan saat-saat susah dan senang bersama-sama....InsyaAllah aku akan menemuinya...

No comments:

Post a Comment