Wednesday, 21 December 2011

20 Disember 2011 - selasa

Hari ni kerja macam biasa..Masa pergi brekpes dari kejauhan aku Nampak dia dan kawan dia. Dia melambai pada aku dan mengajak aku makan bersama mereka tapi aku tolak..Makan dengan geng2 aku pun lebih baik…Biasa la, dah mood tak baik…

Kami pun berYM macam biasa…Dia bertaya soalan lagi pada aku..Dia rasa lain macam..Tak sedap hati napa aku jadi mcm ni..Aku tetap tak member jawapan…

Biarlah aku memendam rasa..Tak kan aku nak jawab yang aku jeles dia keluar dengan lelaki tu??.Statement kurang bijak la klu cm tu..Tapi aku dapat rasa dia tahu…Dia tahu aku ni jenis kuat cemburu..Kalau dengan lelaki tu, memang aku tak kan kata apa2 pada dia..Tapi kalau lelaki lain, memang aku cakap depan2 aku jeles..Aku tak suka..Sebab tu dia faham aku ni macam mana…

Dia tahu aku tak hepi..Sebab tu dia cuba ambik hati aku..Nak belikan minuman untuk aku lah..Tapi aku tolak..Tak kan nk biar heroin yang beli…So, aku turun ke café dan belikan minuman untuk dia..Aku dan dia berjumpa di café..Walaupun sekejap, rasanya dah cukup bagi aku..

Memang dari dulu, aku selalu belikan minuman untuk dia.Kenapa???Sebab tu adalah alas an untuk aku berjumpa dengan dia..Memang dari dulu sampaikan dia pun dah tahu tu alas an aku semata-mata..

Apa pun, sebenarnya aku hepi bila dia dekat dengan aku.Cuma perasaan aku ni susah nak faham. Aku pun tak faham apa yg aku rasa sebenarnya…

Malam tu kami berbual..Aku tahu dari cara dia bercakap dia tengah bersedih…Dia meminta maaf pada aku kalau dia ada buat salah..Pastu dia cakap dia nak tido..Aku pun tak nak kacau dia..
Aku pulak rasa bersalah sekarang ni….Aku tahu dia merajuk..huhu..


So, aku saja buatkan puisi ni utk dia...Saja ja buat..tak puitis pun...



Saat bintang itu sirna…
Kelam hati perasaan juga senada
Tak ada lagi gelak tawa penawar duka
Tak ada lagi senyum yang sejuta rasa

Tahukah kau wahai bintang..
Malam ini sepi bertandang…
Resah hadir tanpa diundang
Buatkan perasaan bagai berperang

Tahukah kamu wahai bintang
Aku merindukan setiap senyum itu
Aku mendambakan setiap tawa kamu
Aku menghargai setiap masa kau dan aku
Aku juga menjadi pemuja kau yg satu..

Aku bukan penyair…aku bukan penyajak…
Tapi dalam diri aku ada kamu..
Semua tentangmu menjadi ilhamku
Diri kamu adalah semangatku…

Tahukah kamu wahai bintang
Kau lebih dari kejora
Kerana setiap masa kau ada
Setiap masa kau buat aku gembira
Indah tiap saat bila kita berdua..

No comments:

Post a Comment