Aku kerja hari ni..Dia cuti. Aku tahu hari ni dia akan keluar dengan lelaki tu. Aku tak senang hati. Tapi bila aku fikirkan balik secara rasional, kenapa aku patut cemburu???Mereka akan kahwin tak lama lagi. Itu hak mereka…Siapa lah aku???
Malam tu dia call aku meminta pertolongan. Dia nak aku hantarkan dia balik umah. Lelaki tu tinggalkan kereta tapi dia simpan di opis..
Aku tak kisah. Bukan selalu dia minta tolong aku. Lagipun, ada juga peluang nk berjumpa dengan dia. Cuma kali ni perasaan aku dah jadi lain. Dari semalam lagi. Aku dah macam tak seronok untuk berjumpa dia..Dah macam tawar hati..Ntah la..Bukan aku tak suka, Cuma aku rasa jeles tu masih ada. Dan aku rasa aku menganggu hubungan mereka..Aku tak nak jadi seperti tu…
Bila berjumpa dengan dia, aku hanya mampu senyum kelat. Kami berbual-bual kosong. Aku tidak bertanya pun pasal cuti dia dan aktiviti mereka..Malas aku nk ambik tahu..
Lama kelamaan dia perasan perubahan aku..Memang layanan aku tidak seperi selalunya..Ntah..Rasa macam tawar hati..Dia memahami aku sebab tu dia perasan aku jadi lain macam sikit pada malam tu..
Dia bertanya namun aku aku tak kata tak ada apa2 yang lain..Cara dia layan aku pun dh lain Dia macam nak ambil hati aku tapi aku buat macam endah tak endah…
Biarlah dia nk kata apa pun…Dia tk kan faham apa yg aku rasa…
No comments:
Post a Comment