Tuesday, 25 October 2011

03.04.2011 - the best celebration...

Seperti yang dijanji kan, di hari lahir aku, kami akan keluar bersama. Kali ni destinasi kami adalah di Zoo Taiping. Pelikkan? Meraikan hari jadi dengan keluar dating di Zoo. Heheh.. Sebenarnya aku pun tak tahu nak pergi mana. Bagi aku pergi Zoo tak la teruk sangat. Ada Taman Tasik . Boleh jugak lepak2 sembang-sembang.

Selepas merayau di Zoo, kami lepak2 kat Taman Tasik. 1st time aku lepak ngan perempuan kat situ. Seronok jugak rasanya. Heheh. Kami dah jadi agak rapat time tu. Sembang2, gelak2 dan gurau2. Memang kami hepi. Nampaknya pra dating kami telah berhasil . Memang kami sembang tanpa henti. Dan dia jugak begitu. Jujur, aku suka bila dia bercakap.  Aku suka perhatikan dia.

Lepas lepak kat taman Tasik, aku bawa dia pergi makan Mee Udang di Kuala Sepetang. Kiranya situ tempat yang famous  di Taiping. Orang pun ramai.

Aku hepi dapat keluar dengan dia. Semakin lama semakin aku mengenali dia. Rupanya dia amat ramah. Ada sense of humor. Macam aku jugak. Perasaan kekok aku dah semakin hilang. Bagi aku, birthday aku kali ni bermakna sangat. 

No comments:

Post a Comment