Hari ni adik dia dimasukkan ke Hospital . Terkejut juga aku bila terima mesej dari dia. Dia bagitahu yang dia nak bertolak ke Selangor malam tu jugak.
Malam tu dia bagitahu yang dia tak jadi pergi. Kalau bertolak malam, mesti sampai dalam pukul 3 – 4 pagi. Waktu yang agak bahaya bagi seorang perempuan apatah lagi bersendirian. Aku pun tak suka kalau dia pergi lewat-lewat malam. Risau aku.
Bila dia bagitahu dia nak pergi waktu pagi, aku rasa agak lega. Dia meminta aku membelikan tiket.Aku rasa berbesar hati dapat membantu dia.
Aku tahu dia bersedih malam tu. Sepertinya aku ingin menemani dia waktu itu. Sebolehnya aku tak mahu dia bersedih. Aku ingin berkongsi kesedihan dengan dia. Masa mak aku meninggal hari tu, dia kerap juga menemani aku walaupun hanya melalui telefon.Dia nak teman aku dan buat aku hepi selalu katanya.Dan kali ni giliran dia pula melalui masa yang sukar. Aku mahu berada disisinya kalau boleh.
Keesokan harinya seawal 6 pagi aku mengambilnya untuk menghantar ke stesen bas. Kami singgah makan di kedai dan aku berpeluang berbual dengannya. Sudah ada sedikit senyuman dari dia.
Selepas makan aku pun menghantarnya menaiki bas.
Petang tu dia ada menghubungi aku. Kali ni nada suara dia agak berubah. Dia dah mula gelak ketawa. Lega aku bila mendengarnya. Aku tahu keadaan semakin baik. Aku pun gembira.
Aku akan menunggu dia pulang nanti. Sebolehnya jangan lama sangat. Aku rindu..Huhu..
No comments:
Post a Comment